Pangkal
|
Perkembangan Potensi Pelajar
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Tugas guru ialah membantu proses
perkembangan yang menyeluruh seorang pelajar dan bukan semata-mata menyampaikan sesuatu
pakej pengetahuan. Beliau tidak akan berjaya melakukan tugas ini jika beliau tidak
memahami erti potensi pelajar serta konsep-konsep yang berkaitan.
Hasil PembelajaranSetelah selesai membaca dan meninjau sumber serta bahan-bahan dalam tutorial ini, anda sepatutnya dapat:
Sumber
Proses
Nasihat PembelajaranUntuk memastikan anda memahami dan mengingati apa yang dipelajari, sesuaikan gaya pembelajaran diri dengan cara membuat nota. Anda boleh buat nota teks, peta minda atau menanda bahagian salinan fotostat. Selalu kaitkan apa yang dipelajari dengan pengalaman diri. Berhenti seketika untuk membuat refleksi tentang sesuatu idea atau isi sebelum meneruskan bacaan. Sekiranya gaya anda berbentuk global, baca keseluruhan bab sebelum menjalankan tugas yang diarah.
KuizSetelah anda telah menyiapkan proses pembelajaran yang disediakan, cuba kuiz yang disediakan untuk mengukuh dan meningkatkan pemahaman anda mengenai tajuk ini. Kuiz ini berbentuk interaktif dan anda akan dapat respons dengan serta merta.
KesimpulanSetiap individu mempunyai potensi dan kecerdasan. Soalan yang perlu ditanya bukan berapakah kecerdasan seseorang malah apakah jenis kecerdasan yang dimilikinya. Justeru itu, adalah tanggungjawab setiap guru untuk membantu pelajar mengembangkan potensi masing-masing seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Anda seorang yang amat cerdas! Adakah anda mengetahui kecerdasan anda?
|