|
Contoh Soalan : Pengujian & Penilaian (I)
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Contoh 1.Penilaian merupakan aspek yang penting untuk memperolehi maklumat bagi mengesan pencapaian objektif pembelajaran. Penilaian formatif dan penilaian sumatif dijalankan bagi tujuan tersebut. Huraikan empat perbezaan di antara penilaian formatif dan penilaian sumatif. (12 markah) Jawapan: Mok (1994) Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. (Halaman 10, )
Contoh 2.
Jadual di atas menunjukkan skor yang diperoleh dalam satu ujian Bahasa Inggeris untuk kelas Tahun 5. Skor penuh bagi ujian tersebut ialah 100. (i) Lengkapkan jadual pada kertas jawapan anda. (4 markah) (ii) Kira min bagi skor ujian tersebut. Tunjukkan langkah kiraan anda. (2 markah) (iii) Lukis graf histogram untuk menunjukkan taburan skor ujian tersebut. (4 markah) (iv) Apakah tafsiran yang boleh anda buat tentang ujian Bahasa Inggeris tersebut? (3 markah)
Contoh 3.Dua jenis ujian yang digunakan di sekolah rendah ialah Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah (PKBS) dan Ujian Pencapaian Sekolah REndah (UPSR). Huraikan empat perbezaan di antara PKBS dan UPSR. (13 markah)
Contoh 4.
Jadual di atas menunjukkan min dan sisihan piawai mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik serta pencapaian 2 orang calon dalam mata pelajaran tersebut. Kajian dengan teliti maklumat yang terdapat dalam jadual itu untuk menjawab soalan-soalan berikut: (i) Berdasarkan min dan sisihan piawai, bandingkan prestasi keseluruhan mruid dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut. (ii) Kira markat z yang diperolehi oleh Ali dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Tunjukkan kiraannya. (iii) Kira markat T yang diperoleh oleh Ah P dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Maematik. Tunjukkan kiraannya. (iv) Bandingkan prestasi Ah P dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut berdasarkan markat T.
Contoh 5.(a) Guru-guru sekarang menerima penilaian sebagai sebahagian yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
(b) Terangkan 3 sifat ujian rujukan norma dan 3 sifat ujian rujukan kriteria. (6 markah)
Kembali Ke Atas |