|
- Sebelum seseorang guru dapat memberi bimbingan, dia perlu
mempunyai maklumat mengenai muridnya. Huriakan dua jenis teknik bukan ujian yang guru
boleh gunakan untuk mengumpul maklumat murid?
- Huraikan tiga kemahiran yang harus ada pada seorang kaunselor
untuk mengendalikan sesi kaunseling dengan bersesan.
- Falsafah Pendidikan Negara menegaskan bahawa sistem persekolahan
memberi penekanan kepada perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke
arah melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. (a) Huraikan empat unsur penting yang
berkaitan dengan potensi individu. (b) Terangkan empat contoh iklim sekolah yang dapat
menyumbangkan ke arah melahirkan insan yang harmoni dan seimbang.
- Guru bimbangan dan kaunseling mempunyai personaliti yang sesuai
demi untuk member keyakinan kepada muridnya. Huraikan lima kualiti yang harus dimiliki
oleh seseorang guru bimbingan dan kaunseling.
- Peranan guru bimbingan sangat penting di sekolah. (a) Apakah
yang dimaksudkan dengan bimbingan? (b) Terangkan EMPAT peranan utama guru bimbingan di
sekolah.
- Dalam perkhidmatan bimbingan, pendekatan kajian kanak-kanak perlu
diketahui oleh guru untuk memudahkannya mengumpul maklumat tentang muridnya. Nyatakan
EMPAT pendekatan tersebut dan huraikan DUA daripadanya.
- Huraikan cara-cara guru bimbingan mengumpul maklumat murid.
- Huraikan LIMA masalah yang sering dihadapi oleh murid-murid yang
perlu diberi perhatian oleh kaunselor.
- Apakah yang dimuksudkan dengan kaunseling?
- Huraikan perkhidmatan-perkhidmatan bimbingan yang terdapat di
sekolah.
- Jelaskan prinsip-prinsip utama perkhidmatan bimbingan.

Contoh Jawapan Ringkas

Dua jenis teknik bukan ujian yang boleh digunakan untuk mengumpul maklumat ialah:
- Pemerhatian
Dalam teknik ini, maklumat boleh didapati dengan cara "ikut
serta" atau "tidak ikut serta". Pemerhatian perlu juga dibuat dalam situasi
semula jadi tanpa kesedaran seorang yang dikaji.
- Temubual
Pembimbing bersemuka dengan subjek dan bersoal jawab dalam suasana yang mesra
- Rekod Anekdot
Rekod anekdot adalah satu bentuk laporan yang mengandungi catatan tepat
dan secara terperinci mengenai seseorang murid yuang sedang diperhatikan oleh guru
bimbingan.
- Autobiografi
Guru mendapatkan riwayat hidup yang ditulis oleh murid sendiri
- Kad Kumulatif
Catatan-catatan mengenai peristiwa-peristiwa dan kes-kes tertentu

Tiga kemahiran yang harus ada pada seorang kaunselor ialah
- Tingkah laku memberi perhatian
Kaunselor perlu menjaga cara duduknya (posture),
perawakanmuda, pertemuan mata supaya klien dapat menerima kaunselor.
- Kemahiran mendengar
Kaunselor perlu memberi tumpuan pendengaran secara aktif dan cuba
memahami perasaan atau masalah klien.
- Kemahiran temubual
Seorang kaunselor boleh membantu kliennya supaya menyatakan isi
hatinya. Ia berkeupayaan menggalakkan klien bercerita di samping berkeupayaan mencungkil
maklumat daripada klien.
- Kemahiran penjelasan
Seorang kaunselor perlu menggunakan soalan terbuka untuk
menggalakkan seorang klien terus bercakap.

(a) Unsur-unsur penting yang berkatian dengan potensi individu:
(i) Intelek - unsur ini merangkumi
 | hikmah iaitu ilmu yang boleh membawa kepada kebenaran |
 | daya pemikiran yang lojik, analitis, kreatif dan inovatif |
 | ilmu yang bermanfaat |
(ii) Rohani - unsur ini merangkumi
 | keyakinan kepada Tuhan |
 | kepercayaan beragama |
 | penerapan/penghayatan nilai-nilai murni |
 | berbakti dan berkorban |
 | berbudi pekerti mulia |
(iii) Emosi - unsur ini merangkumi
 | kemantapan emosi |
 | berperasaan tenang menghadapi masalah |
(iv) Jasmani - unsur ini merangkumi
 | kecergasan fizikal, kebersihan dan kesihatan diri |
 | penamfaatan anggota tenaga fizikal |
(v) Sosial - unsur ini merangkumi
 | toleransi |
 | sifat terbuka |
 | bekerjasama |
 | berinteraksi |
(b) Contoh-contoh Iklim Sekolah Yang Positif
(i) Iklim yang terbuka memberi kebebasan kepada pelajar
menjelajahi dan meneroka interaksi yang sihat antara pelajar. Pelajar bebas memberi
pendapat dan menghormati pendapat orang lain.
(ii) Iklim yang mesra mewujudkan suasana yang memudahkan persahabatan
murid berasa tenteram, ramah, adil, berinisiatif dan berjenaka.
(iii) Iklim yang memberi galakan pelajar-pelajar menyedari harapan
guru dan guru besar serta berusaha untuk mencapainya.
(iv) Iklim yang tidak mengancam menggalakkan pelajar-pelajar
menyedari harapan guru dan guru besar serta berusaha untuk mencapainya.
(v) Iklim yang tidak menghukum memupuk perkembangan sosio emosi yang
sihat bagi pelajar. Pelajar rela menerima danmengikut peraturan.
(vi) Kepimpinan yang demokratik di kalangan guru besar dan guru-guru
dapat menjadi contoh kepada murid-murid memupuk perkembangan sifat-sifat sosial yang
positif serta kestabilan emosi pelajar.

Antara kualiti-kualiti guru bimbingan dan kaunseling ialah
- mudah didekati
mudah mesra dan dapat menunjukkan keyakinan serta mudah
dipercayai oleh klien
- peramah
- menepati masa
- beramah, jujur dan ikhlas
menyakinkan klien bahawa ia seorang yang boleh dipercayai
dan tiada niat buruk di sebalik setiap pertolongan
- berempati
menjiwai atau cuba merasai apa yang dirasai oleh klien pada masa itu. Dia
melakukannya dengan eletakkan dirinya di tempat klien dan cuba merasai masalah klien
- berdisiplin kendiri
- sistematik
- mudah senyum
- hormat dan menerima tanpa syarat
tidak membuat penghakiman atau penilaian terhadap
klien dan menghormati pandangan klien
- kerahsiaan - dapat menyimpan rahsia

(a) Maksud bimbingan
- Suatu proses menolong individu-individu untuk memahami diri mereka dan dunia mereka.
- Bimbingan ialah bantuan atau pertolongan yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa atau
normal yang sedang mengalami perkembangan dan pertumbuhan mental, sosial, intelek,
fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.
- Bimbingan ialah sebarang bantuan atau pertolongan yang diberikan kepada pelajar dengan
betul.
(b) Peranan utama guru bimbinagn di sekolah
- sebagai penghubung dengan guru lain, murid, ibu bapa dan masyarakat dari segi
 | kerjaya |
 | melanjutkan pelajaran |
 | peribadi dan tindkah laku |
 | penyalahgunaan dadah |
ii. sebagai pakar rujuk kepada guru biasa, murid
dan ibu pada mengenai:
 | kerjaya |
 | pelajaran |
 | sosial |
 | peribadi |
iii. mengadakan kaunseling individu atau kelompok
mengenai:
iv. merancang dan mengembangkan aktiviti-aktiviti dalam
program bimbingan melalui:
 | kelab bimbingan dan kaunling |
v. membuat penilaian murid dengan menggunakan
pelbagai cara dan teknik
vi. merujukkan masalah kepada sumber-sumber khusus
seperti :
 | dadah : PEMADAM |
 | jenayah : Polis |

Empat pendekatan kajian kanak-kanak dan huraiannya.
(i) Pendekatan Ujikaji
 | cara mendapatkan kepastian mengenai sesuatu benda atau perkara berdasarkan kelakuan
semula jadi |
 | 2 kumpulan - kumpulan terkawal dan kumpulan ujikaji |
 | memerlukan hipotesis |
 | penilaian - sebelum ujian (pretest) dan selepas ujian (posttest) |
(ii) Pendekatan Membujur
 | subjek yang dikaji diperhatikan dalam jangka masa yang panjang untuk menilai perubahan
tingkah lakunya |
 | kajian ini meliputi pemerhatian tentang individu atau kumpulan |
 | dapat memberi maklumat terperinci mengenai perubahan tingkah laku |
 | memakan masa yang lama dan belanja yang banyak |
 | contoh: mengkaji kanak-kanak dari lahir hingga ke 5 tahun |
(iii) Pendekatan Rentasan
 | cara mengkaji subjek yang mewakili peringkat-peringkat umur kanak-kanak |
 | contohnya diambil sampelan kanak-kanak peringkat umur Tadika, satu sampel peringkat umur
sekolah rendah dan seterusnya. |
 | perubahan-perubahan dalamperkembangan diukur dengan membandingkan perlakuan mereka dari
satu peringkat umur ke peringkat umur yang lain |
 | kajian ini ringkas dan menjimatkan |
(iv) Kaedah Klinikal
 | digunakan oleh pakar-pakar dalam kes-kes di mana kanak-kanak berkenaan menghadapi
kesulitan atau masalah yang serius untuk menyesuaikan diri dalam aspek mental, emosi atau
sosial - baik di sekolah ataupun di rumah |
 | kaedah ini digunakan untuk orang perseorangan bertujuan sebagai diagnosis dan pemulihan |
 | ahli psikologi dan psikiatri selalu menggunakan kaedah ini |
 | mengambil tahun sejarah hidup dan latar belakang kanak-kanak |
 | maklumat juga boleh didapati dengan cara temuduga, ujian kecedasan, bacaan, mionat,
kematangan emosi, sahsiah dll. |

- Pemerhatian - melalui pelbagai cara dan teknik, guru dapat mencari kebaikan dan
kelemahan murid, memerhatian dan menentuan faktor-faktor yang menyebaban sesuatu tingkah
laku dan membuat pemerhatian yang tepat tentang reaksi murid yang diperhatikan di dalam
situasi yang tertentu.
- Laporan daripada pihak tertentu - melalui pendaftaran dan klasifikasi murid, rekod
kedatangan, suat-surat kebenaran, laporan ibu bapa, laporan guru, rekod kesihatan dan
latihan fizikal, kad-kad khusus dan kad-kad kumulatif dan lain-lain.
- Rekod anekot/peristiwa - penyataan fakta tentang tingkah laku yang diperhatikan dalam
bentuk bertulis, mengandungi ringkasan tentang masa/peristiwa mengenai murid dan
tindakannya.
- Temuramah - temu bual antara guru bimbingan dengan pelajar berkenaan, ibu bapa/penjaga,
rakan sebaya, guru dan pihak lain - untuk mendapatkan pelbagai maklumat.

(i) Disiplin
 | melanggar peraturan: contohnya - ponteng, merokok, mengugut dan mencuri |
 | memusnahkan harta benda sekolah |
 | tidak hormat pada guru |
(ii) Akademik
 | kelemahan-kelemahan pelajaran |
 | kurang minat dan aspirasi |
 | peruntukan masa belajar |
 | gangguan dalam pelajaran |
 | ujian dan peperiksaan |
(iii) Kerjaya
 | memilih kerjaya |
 | pertentangan antara bakat, minat dan kebolehan |
 | persediaan/pencapaian kelayakan yang sesuai |
(iv) Keluarga
 | keretakan rumah tangga |
 | kemiskinan |
 | tidak bernasib baik (disadvantaged) |
(v) Fizikal
 | Kesihatan |
 | penyakit |
 | kecacatan deria |
 | warisan baka |
(vi) Emosi
 | gangguan emosi akibat beberapa faktor seperti sikap kendiri negatif, rendah diri, kurang
yakin diri, cepat marah dan pesimis |
(vii) Sosial
 | keahlian kumpulan sebaya |
 | penyesuaian diri |
 | perbezaan nilai antara keluarga, masyarakat dan sekolah |
(viii) Dadah
 | penagihan dadah |
 | ingin cuba |
 | pengaruh rakan sebaya |
 | masalah peribadi dan keluarga |
(ix) Peribadi
 | masalah bercinta |
 | masalah kejantinaan |
 | masalah perkebangan dan pertumbuhan diri |
(x) Pengaruh Kebudayaan Asing
 | lagu-lagu rock |
 | pakaian |
 | fesyen rambut |

- Proses interaksi memahami diri dan persekitaran sehingga boleh membuat pilihan yang
sesuai dengan diri sendiri
- Perhubungan professional untuk menolong murid-murid memahami diri sehinga dapat membuat
pilihan yang sesuai dengan diri sendiri.
- Merupakan pertemuan/proses hubungan bersemuka (face to face relationship) yang bertujuan
membantu klien membuat penyesuaian dan keputusan yang berkesan dalam menggunakan
sumber-sumber yang ada.
- Kauseling adalah pertemuan bersemuka di antara dua pihak, iaitu satu pihak yang
berpengalaman ikhtisas dan terlatih ang digelar sebagai kaunselor dan pihak kedua yang
memerluan bantuan, iaitu klien.

(i) Bimbingan peribadi
 | penyesuaian diri |
 | sosial dan persekiaran |
 | emosi |
 | kesihatan |
 | tingkah laku kendiri |
(ii) Bimbingan kerjaya
 | pemilihan pekerjaan |
 | maklumat mengenai pekerjaan |
 | persediaan |
 | cita-cita ibu bapa / diri |
 | lawatan, cermah dan media masa |
(iii) Bimbingan pelajaran
 | secara individu/kumpulan |
 | cara belajar yang berkesan |
 | pemilihan mata pelajaran yang bersesuaian |
 | keperluan pelajaran masa kini |
 | penyelesaian masalah-masalah yang berkaitan |
 | peluang-peluang pelajaran yang berkaitan |
(iv) Kaunseling
 | mengadakan sesi keunseling sama ada secara individu atau kelompok |
 | masalah peribadi/tingkah laku |
 | masalah sosial |
 | masalah penyalahgunaan dadah |
 | masalah pelajaran |
 | masalah disiplin |
(v) Bimbingan mencegah penyalahgunaan dadah melalui
 | ceramah |
 | risalah/poster |
 | bengkel |
 | pameran |
 | usaha mengenali pelajar yang ada gangguan emosi, disiplin dan lain-lain. |

- Melatih/mendidik pelajar ke rah perkembangan kendiri mereka - mempelajari pengalaman,
nilai-nilai, sikap dan perlakuan yang boleh diteria oleh masyarakat
- Membuka peluang kepada semua individu - memberi peluang kepada setiap pelajar mendapat
perkhidmatan bimbingan
- Mengakui hak setiap pelajar untuk mendapatkan bimbingan - setiap pelajar berhak mendapat
sokongan dan bimbingan apabila diperlukan
- Memenuhi keperluan-keperluan elajar - melayani keperluan-keperluan pelajar bagi
perkembangan potensi-potensi dan kebolehan-kebolehannya
- Menolong pelajar memahami dirinya dan orang lain dengan mendalam - menjelajah
tujuan-tujuan hidupnya dan menolongnya merancang dan memilih jalan hidupnya dengan
berkesan.
- Menjadikan pelajar lebih bertanggungjawab dan dapat menyesuaikan diri - memahami
implikasi tindakan-tindakan sekrang dan jangka masa panjang
- Menolong setiap pelajar menyedari kelemahan-kelemahannya dan memberi fokus kepada
kelebihan yang ada padanya
- menjadi penghubung dengan pihak awam, ibu bapa dan guru-guru sekolah untuk melibatkan
diri dalam rancangan bimbingan di sekolah
- menjadi pemimpin dan ketua kumpulan guru-guru di dalam aktiviti-aktiviti bimbingan
sekolah
- menolong ibu bapa sebagai orang tengah di antara rumah dan sekolah

|