|
|
Senarai Semak:
Refleksi Pengajaran

|
|
oleh John Barell
Gunakan skala 1 hingga 4 untuk menggredkan sekolah atau
bilik darjah mengikut petunjuk berikut:
- jarang sekali
- jarang
- selalu
- sangat selalu
BILIK DARJAH
- Apabila pelajar menyoal soalan yang luar biasa atau
divergen, saya bertanya, "Apakah yang menyebebkan anda bertanya
demikian?"
- Apa sahaja yang dinyatakan dalam buku teks diterima
sebagai jawapan yang betul.
- Apabila dikehendaki membuat pilihan di antara
- melibatkan seluruh kelas dalam
membincangkan idea pelajar yang menarik dan berkaitan dengan topik
pelajaran, atau
- menghabiskan isi kandungan yang ditetapkan
dalam sukatan pelajaran;
saya memilih (a.)
- Saya menggalakkan pelajar untuk mencari jawapan
alternatif.
- Pelajar memberi hujah apabila membuat penyataan.
- Saya menggunakan isi kandungan sebagai alat agar
pelajar menjanakan soalan atau masalah yang dipertimbangkan bersama-sama.
- Semasa mengajar, saya duduk atau berdiri di belakang
meja guru.
- Kebanyakan soalan yg timbul dalam bilik darjah boleh
dijawab dengan jawapan ringkas atau sepatah dua kata sahaja.
- Pelajar selalu mengkritik secara spontan pemikiran
pelajar lain.
- Pelajar menghubungkaitkan isi kandungan dengan
pengalaman dalam mata pelajaran lain atau dalam kehidupan sehariannya.
- Saya menekankan apa yang difikir, bukan bagaimana
berfikir.
- Pelajar kerap menetapkan objektif untuk
pembelajaran sendiri.
- Pelajar bekerja secara kolaborasi untuk menyelesaikan
masalah dalam pelajaran.
- Satu daripada fokus dalam kelas saya ialah cuba
memahami "mengapa dan bagaimana" orang lain (dalam buku teks)
mencipta idea, penyelesaian, eksperimen, peraturan, prinsip dan
lain-lain.
- Bilik darjah saya mencerminkan corak amalan penglibatan
dalam mesyuarat fakulti (guru).
- Pelajar mendengar secara aktif di antara satu sama
lain.
SEKOLAH
- Kami berbicara tentang fitrah pemikiran
- Sekolah saya mengutamakan penyelesaian masalah
pengajaran secara kolaboratif.
- Saya belajar daripada rakan sekerja dengan memerhati
pengajarannya.
- Saya dan penyelia saya berbincang tentang cara-cara
mencabar pelajar berfikir dalam corak yang lebih kompleks.

|
Jabatan
Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814 |
|
Disediakan
oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS
22 Februari 2000
http://www.teachersrock.net |