Rancangan Orientasi Mengajar
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Menu
KonsepROS merupakan pendedahan awal guru pelatih kepada alam persekolahan dari perspektif seorang guru. Program ini bertujuan memberi peluang kepada guru pelatih memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru dalam bilik darjah. Melalui pemerhatian, refleksi dan interaksi dengan guruj dan komuniti sekolah, guru pelatih dapat memahami tingkah laku murid, pengurusan sekolah dan pengurusan bilik darjah untuk menyepadukan teori dan amalan dalam konteks pengajaran pembelajaran. Kembali Ke Menu
ObjektifMelalui ROS guru pelatih dapat:
TempohTempoh pelaksanaan guru pelatih menjalankan ROS adalah seperti jadual berikut.
Kembali Ke Menu
Penempatan
Kembali Ke Menu
Prosedur Pelaksanaan
Tumpuan Tugasan ROSGuru pelatih dikehendaki membuat tugasan yang memberi tumpuan kepada tida komponen iaitu:
Kembali Ke Menu
Peranan-peranan
ARAHAN UNTUK PELATIH
Rancangan Orientasi Sekolah untuk Kursus Diploma Perguruan Malaysia Ambilan Julai 1998 akan berlangsung selama 2 minggu dari 22 Februari hingga 5 Mac 1999. Guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah-sekolah rendah yang berdekatan dengan kampung masing-masing seperti yang disenaraikan dalam Lampiran "A". Sebarang perubahan adalah tidak sah kecuali dengan kebenaran bertulis Jawatankuasa Praktikum Maktab. Semasa menjalani ROS, status guru pelatih kekal sebagai "Guru Pelatih". Mereka menjadi pembantu kepada guru terlatih dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di sekolah. Semua guru pelatih hendaklah melaporkan diri kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan sekolah yang ditempatkan pada hari Isnin 22 Februari 1999. Semasa menjalani ROS, guru pelatih adalah berperanan sebagai guru pembantu yang menekankan aspek-aspek: Setiap guru pelatih dikehendaki menyediakan buku jurnal yang mencatatkan masalah-masalah yang dihadapi dan langkah-langkah mengatasinya sepanjang ROS. Guru-guru pelatih harus sedar bahawa mereka sentiasa berada di dalam pengawasan masyarakat, termasuk ibu bapa dan pihak sekolah. Adalah mustahak guru pelatih berhati-hati dan menampakkan sahsiah yang boleh dijadikan teladan. Satu perbuatan yang melanggar tatasusila profesion perguruan amatlah dipandang berat oleh semua pihak dan boleh mendatangkan akibat yang buruk dan menjejaskan kejayaan guru pelatih. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian yang serius. Pakaian mestilah bersih dan kemas. Patuhi peraturan-peraturan yang ditentukan oleh pihak sekolah mengenainya. Rambut harus mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Guru-guru pelatih harus menunjukkan sifat bertanggungjawab, suka menolong, rajin, bermotivasi dengan tugas yang diberikan. Tatasusila perguruan hendaklah sentiasa dipatuhi. Adalah menjadi kesalahan yang besar kepada guru pelatih yang menghukum atau mendera murid-murid lebih-lebih lagi dengan cara memukul atau merotan. Sila rujuk masalah murid-murid yang berkenaan kepada pihak sekolah. Guru-guru pelatih juga tidak dibenarkan membawa murid-murid selolah keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis dari pihak Guru Besar. Sekiranya guru-guru pelatih menghadapi sebarang masalah semasa ROS dan tidak dapat mengatasinya sendiri, sila rujuk masalah itu kepada pihak sekolah atau maktab.
Sekian, Selamat Menjalani Program Rancangan Orientasi Sekolah. Kembali Ke Menu |