Pilih jawapan yang tepat sekali bagi setiap soalan. Ulangi kuiz ini sekiranya skor anda kurang daripada 90%.
Setiap kali anda membuat sesuatu pilihan, komputer akan mengira skor anda. Sekiranya pilihan anda salah, anda boleh mencuba soalan berkenaan sehingga pilihan anda betul. Bagaimanapun, sekiranya jawapan anda betul, anda dikehendaki menjawab soalan-soalan lain.
Skor anda diperolehi berasaskan bilangan jawapan yang betul dibahagikan dengan bilangan percubaan yang telah anda buat.
Selamat mencuba!
Yang berikut ialah syarat-syarat am lantikan dan perkhidmatan bagi seseorang pegawai kerajaan KECUALI
bekas kakitangan kerajaan yang telah ditamatkan jawatan kerana tidak lulus peperiksaan perkhidmatan boleh diambil semula bekerja dalam perkhidmatan kerajaan
bekas kakitangan kerajaan yang telah berhenti daripada perkhidmatan kerajaan tidak boleh diambil balik berkhidmat kecuali dengan kebenaran khas suruhanjaya yang berkenaan
bekas kakitangan kerajaan yang telah diberhentikan atas sebab dasar untuk mengurangkan kakitangan pada satu-satu masa tidak boleh diambil semula bekerja di perkhidmatan kerajaan
bekas kakitangan kerajaan yang telah dibuang kerja kerana masalah tatatertib tidak boleh dilantik semula dalam perkhidmatan kerajaan kecuali dengan kebenaran khas suruhanjaya yang melantik
Antara yang berikut, yang manakah yang perlu dikepilkan oleh Ketua Jabatan kepada jabatan yang mengiklankan jawatan kosong bagi permohonan kakitangannya yang memohon jawatan kosong itu?
Kenyataan Perkhidmatan
Borang Pemeriksaan Doktor
Salinan iklan jawatan kosong
Salinan kad pengenalan Ketua Jabatan
Elaun berpindah rumah layak dibayar kepada kakitangan kerajaan yang berpindah rumah dari rumah sewa ke rumah yang dibeli di bawah skim Pinjaman Perumahan Kerajaan dalam lingkungan kawasan
25 km dari rumah lama ke rumah baru
33 km dari rumah lama ke rumah baru
35 km dari rumah lama ke rumah baru
50 km dari rumah lama ke rumah baru
Yang berikut ialah syarat-syarat am kemudahan perjalanan bagi kakitangan kerajaan kecuali
seseorang kakitangan kerajaan yang terpaksa berjalan atas urusan rasmi diberi kemudahan tambang percuma bagi perjalanan mangikut jalan yang paling dekat dan murah
seseorang kakitangan kerajaan digalakkan menggunakan perkhidmatan kapal terbang untuk menjalankan tugas rasminya jika cara itu lebih murah dan menjimatkan masa
seseorang kakitangan kerajaan yang layak menggunakan perkhidmatan kapal terbang boleh memilih mana-mana perkhidmatan penerangan yang diingini
keluarga seseorang kakitangan kerajaan berkelayakan mendapat tambang percuma mengikut kelas kelayakan kakitangan itu sendiri apabila ahli keluarganya dibenarkan mengikutnya
Seseorang pegawai kerajaan yang dikehendaki bertugas di seberang laut layak menuntut
I elaun kerja II elaun runcit III elaun kenderaan IV elaun pakaian panas
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Elaun pemangkuan tugas boleh dibayar apabila pemangkuan itu adalah bagi masa yang tidak kurang daripada
25 hari
28 hari
30 hari
3 hari
Antara yang berikut, yang manakah bukan cuti atas sebab-sebab perubatan?
Cuti bersalin
Cuti tanpa gaji
Cuti kecederaan
Cuti sakit lanjutan
Antara yang berikut, yang manakah langkah yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan awam, khususnya untuk menjadikan seseorang pegawai itu lebih bertanggungjawab terhadap pelanggannya?
Pemakaian tanda nama
Penggunaan kad perakam waktu
Penggunaan pusat perkhidmatan setempat
Penggunaan konsep pejabat pelan terbuka
Perkhidmatan yang berikut diperkenalkan untuk memberi perkhidmatan yang berkesan, cekap, menepati masa, dan mudah kepada orang ramai kecuali
perkhidmatan kaunter
perkhidmatan setempat
perkhidmatan pengurusan melalui mesyuarat
perkhidmatan pusat pembayaran bil setempat
Antara yang berikut, institusi yang manakah yang melaksanakan latihan dalam perkhidmatan?
Jabatan Perdana Menteri
Jabatan Perkhidmatan Awam
Institut Tadbir Awam Negara
Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
* Terdiri daripada 6 - 10 orang staf dalam satu pasukan * Bermesyuarat secara tetap untuk mengenal pasti, memilih, dan menganalisis masalah yang berkaitan dengan tugas mereka * Mengemukakan cadangan penyelesaian kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan dan keputusan
Yang di atas menerangkan hal
Fail Meja
Manual Kualiti ISO
Manual Prosedur Kerja
Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja
* Mengambil cuti rehat pada saat perkhidmatan diperlukan * Gemar mewujudkan suasana yang tegang di pejabat dengan melaga-lagakan rakan sejawat demi kepentingan diri sendiri
Seseorang kakitangan kerajaan yang melaukan perbuatan seperti dalam pernyataan di atas akan dianggap sebagai orang yang
tidak mempunyai kecekapan
tidak bertanggungjawab
membelakangkan kepentingan awam demi kepentingan persendirian
menghilangkan kepercayaan orang ramai terhadap perkhidmatan awam
Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan Piagam Pelanggan?
I Dipamerkan di tempat-tempat strategik dalam kawasan pejabat II Pernyataan tentang arah dan matlamat kualiti yang ingin dicapai oleh sesebuah jabatan/agensi III Perkhidmatan yang diberikan itu boleh dijadikan contoh dan ikutan oleh kakitangan awam yang lain IV Satu komitmen bertulis tentang jabatan/agensi kerajaan itu terhadap penyampaian keluarannya atau perkhidmatannya kepada kliennya
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Menurut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 3/1993, pelaksanaan Piagam Pelanggan perlu melalui proses berikut menurut urutannya. Susun urutan proses itu.
I Pengesanan II Pemulihan Perkhidmatan III Penilaian dan Penambahbaikan IV Pengubahan Piagam Pelanggan V Promosi Piagam kepada pelanggan
III, IV, V, I, II
III, V, IV, I, II
IV, I, III, V, II
IV, V, II, I, III
Antara yang berikut, yang manakah kesan Dasar Persyarikatan Malaysia?
Dasar-dasar negara banyak ditentukan oleh sektor swasta
sektor awam menjadi pelengkap kepada pertumbuhan ekonomi sektor swasta
Sektor swasta menjadi kurang cekap bernbanding dengan zaman sebelum wujud dasar ini
Sektor swasta terasa sektor itu dipergunakan oleh sektor awam dengan sewenang-wenang
Menurut Kempen Bersih, Cekap dan Amanah, sifat-sifat bersih meliputi
I skap yang tidak tegas kepada prinsip II perbuatan yang tidak khianat, hasad dan dengki III hal yang berkaitan dengan amalan tidak mementingkan diri sendiri IV hal yang menggambarkan kemampuan menghadapi krisis dengan tenang
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
En Z tidak melengahkan kerja yang diberikan kepadanya. Sekiranya kerja-kerja itu dpat disiapkan dalam masa sejam, beliau akan melakukannya dalam masa 50 minit sahaja. Cara En Z bekerja itu menggambarkan bahawa beliau
menepati masa
mempunyai perancangan masa
menumpukan masa pada kerja-kerja yang produktif
menyelesaikan tugas dalam tempoh yang ditetapkan
Dengan keazaman dan kegigihan yang tinggi, Pn K berjaya menjadka kerja yang sukar dlakuan berhasil dan beliau mendapat kepuasan daripada melaksanakan kerjanya itu
Pernyataan di atas memaparkan Pn K sebagai orang yang
sanggup berkorban
berpandangan jauh
rajin dan sentiasa berusaha
cekal menghadapi kesulitan semasa bertugas
Antara yang berikut, yangmanakah dialog yang bersifat tuduhan?
Hasil kerja rumah kamu sungguh cantik!
Nampaknya kamulah pelajar cemerlang
Kamu tidak memeriksanya dahulu, kan?
Awak sangup menolong kawan walaupun awak sendiri susah?
Yang berikut ialah pedoman bagi cara-cara bertanya yang berkesan KECUALI
meminta izin sebelum bertanya
memberikan alasan bagi mengemukakan pertanyaan itu
menanyakan soalan dengan terlalu cepat atau terburu-buru tanpa usul periksa
menggunakan perkataan yang boleh menyebabkan orang yang ditanya berasa dihargai
* Ditubuhkan pada tahun 1949 * Ditubuhkan di Singapora * PAda tahun 1957 membua cawangannya di Kuala Lumpur * Menjadi institusi pengajian tinggi pertama d Tanah Melayu
Pernyataan di atas berkaitan dengan
Maktab Raffles
Universiti Malaya
Institut Bahasa Melayu
Maktab Perguruan Sultan Idris
Yang berikut ialah pernyataan yang benar tentang pengenalan sistem kuota kemasukan pelaar-pelajar ke universiti tempatan KECUALI
sistem ini diperkenalan selepas peristiwa 13 Mei 1969
sistem ini diperkealkan berdasarkan Laporan Majid 1971
sistem ini diperkenalkan hasil daripada cadangan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979
sistem ini diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengimbangkan kemasukan pelajaran ke universiti mengkut kaum
Skim Pinjaman Buku Teks dimulakan pada tahun
1970
1973
1975
1979
Antara yang berikut, yang manakah aspek yang diberikan penekanandalam Akta Pendidikan 1996?
Mengawal selia pendidikan swasta
Mengadakan kurikulum ala Malaysia
Menekankan penguasaan pendidikan asas, iaitu 3M
Mengadakan dua jurusa pendidikan peringkat menengah atas, iaitu jurusan akademik dan jurusan vokasional
Yang berikut ialah hal-hal perundangan dalam bidang pendidikan KECUALI
Akta Hasutan 1971
Akta Pendidikan 1996
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
Akta Universiti dan Kolej
Peperiksaan X dimulakan pada tahun 1982. Peperiksaan ini diambil alih oleh Majlis Peperiksaan Malaysia daripada University of Cambridge Local Examination Syndicate. Peperiksaan X ialah
peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
peperiksaan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia
Sebelum Perang Dunia Kedua, sistem pendidikan di Tanah Melayu terdiri daripada
sekolah Cina dan sekolah Melayu
sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Melayu
sekolah Cina, Sekolah Tamil dan sekolah Inggeris
Sekolah Melayu, sekolah Cina, Sekolah Tamil dan sekolah Inggeris
Antara yang berikut, piihak yang manakah yang diberi kuasa untuk membatalkan pendaftaran sesebuah sekolah jika sekolah itu merosakkan kepentingan pedidikan negara?
Pendaftaran Sekolah
Pengarah Pendidikan Negeri
Pegawai Pelajaran Pendidikan Daerah
Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia
Antara yang berikut, yang manakah institusi yang tidak terletak di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia?
Institut Aminuddin Baki
Dewan Bahasa dan Pustaka
Maktab Rendah Sains MARA
Perbadanan Perpustakaan Negara
Antara yang berikut, ang manakah cadangan yang dikemkakan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 berkenaan dengan Pendidikan Islam
Semua murid Islam mesti mengikuti ata Pelajaran Pendidikan Islam dan diwajibkan mengambilnya dalam peperiksaan awam
Pendidikan Islam hendaklah diberikan kepada murid-murid Islam sekiranya terdapat 15 orang atau lebih di sesebuah kelas
Pendidikan Islam tidak boleh diwajibkan kepada murid-murid bukan Islam walaupun ada persetujuan bertulis daripada ibu bapanya
Ketika murid-murid Islam mengikuti Pendidikan Islam, murid-murid bukan Islam dikehendaki mengikuti mata pelajaran Pendidikan Moral
Kandungan kurikulum pada peringkat menengah rendah menurut Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) terdiri daripada komponen I bahasa II emosi III rohani IV perkembangan diri V manusia, masyarakat, dan alam sekitar
I, II, III dan IV
I, II, IV dan V
I, III, IV dan V
II, III, IV dan V
Konsep keberanian dalam nilai-nilai murni Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) merujuk kepada yang berikut KECUALI
berani kerana benar
berani bertanggungjawab
berani mempertahankan pendirian
berani dalam sebarang keadaan dan tempat
Untuk mencapai perimbangan antara kaum Bumiputera dengan bukan Bumiputera, kerajaan telah melaksanakan strategi pendidikan bersifat diskriminasi positif
Antara yang beriku, yang manakah institusi pendidikan yang ditubuhkan berdasarkan pernyataan di atas
Maktab Perguruan Ilmu Khas
Universiti Institut Teknologi MARA
Institut Perguruan Bahasa Antarabangsa
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Di bawah struktur organisasi Kementerian Pendidikan Malaysia, enam buah jabatan ditubuhkan. Antara yang berikut, yang manakah bukan bertaraf jabatan?
Pendidikan Khas
Pendidikan Tinggi
Pendidikan Swasta
Teknologi Pendidikan
Konsep Pensijilan Terbuka bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia mula dilaksanakan pada tahun
1998
1999
2000
2001
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, dan Sekolah Kebangsaan dicantumkan di satu kawasan bagi mewujudkan perpaduan kaum yang kuat tanpa mengabaikan bahasa dan budaya masing-masing.
Pernyataan di atas merujuk kepada penubuhan
Sekolah Integrasi
Sekolah Wawasan
Sekolah Pendidikan Khas
Sekolah Berasrama Penuh
Dalam sistem pendidikan negara tentang bidang sukan, yang manakah pernyataan yang BENAR? I Kegiatan sukan dimestikan kepada setiap pelajar di sekolah rendah. II Kegiatan sukan tidak dimestikan kepada setiap pelajar di sekolah menengah. III Kegiatan sukan dimestikan kepada setiap pelajar di sekolah berasrama penuh. IV Kegiatan sukan tidak dimestikan kepada pelajar yang tidak gemar bersukan tetapi mestilah memilih bidang kebudayaan sebagai ganti.di sekolah
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Pengurusan hal-ehwal pendidikan sukan dan pengelolaan kegiatan sukan diperingkat nasional di bawah Kementerian Pendidkan dikendalikan oleh
Bahagian Sukan
Majlis Sukan Negara
Institut Sukan Negara
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
Antara yang berikut, yang manakah terkandung dalam Etika Profesion Perguruan?
Seseorang guru boleh menggunakan berbagai-bagai cara untuk mendapatkan kenaikan pangkat
Seseorang guru boleh menawarkan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya bagi mendapatkan kenaikan pangkat
Seseorang guru boleh mempengaruhi murid-muridnya supaya menerima kepercayaan nilai, anutan politik, budaya, dan agama yang dipegangnya
Seseorang guru boleh mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua murid tanpa mengira bangsa, jantina, asal keluarga dan lain-lain
Peranan guru mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) adalah sebagai