Pilih jawapan yang tepat sekali bagi setiap soalan. Ulangi kuiz ini sekiranya skor anda kurang daripada 90%.
Setiap kali anda membuat sesuatu pilihan, komputer akan mengira skor anda. Sekiranya pilihan anda salah, anda boleh mencuba soalan berkenaan sehingga pilihan anda betul. Bagaimanapun, sekiranya jawapan anda betul, anda dikehendaki menjawab soalan-soalan lain.
Skor anda diperolehi berasaskan bilangan jawapan yang betul dibahagikan dengan bilangan percubaan yang telah anda buat.
Selamat mencuba!
Berikut ialah pernyataan yang benar tentang penamatan kerja seseorang kakitangan awam KECUALI
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam boleh membenarkan tempoh notis berhenti kerja seseorang pegawai kerajaan dipendekkan.
seseorang pegawai kerajaan yang didapati menyembunyikan apa-apa maklumat dalam borang pemeriksaan kesihatannya boleh ditamatkan perkhidmatannya.
seseorang pegawai kerajaan yang hendak meletakkan jawatan hendaklah memberi 3 bulan notis atau membayar sebulan gaji pengganti notis juka dia telah disahkan dalam jawatannya.
seseorang pegawai kerajaan yang memberikan maklumat palsu dalam surat sumpahnya boleh ditahan kenaikan gajinya sehingga dia membuat akuan sumpah yang baru.
Antara denda yang boleh dikenakan terhadap seseorang pegawai kerajaan yang memohon perlanjutan tempoh percubaannya ialah
menurunkan gred jawatannya
menanggunhkan tarikh persaraannya
mengenakan surcaj terhadap pegawai itu
menangguhkan kenaikan gaji tahunannya
Berapakah kadar cuti tanpa gaji yang boleh diluluskan untuk pegawai kerajaan atas sebab-sebab persendirian yang mustahak?
20 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatannya tetapi tidak melebihi 360 hari
24 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatannya tetapi tidak melebihi 360 hari
30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatannya tetapi tidak melebihi 360 hari
130 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatannya tetapi tidak melebihi 360 hari
Siapakah yang berkuasa untuk meluluskan cuti sakit untuk seseorang pegawai kerajaan?
Ketua Jabatan
Ahli penal doktor
Pegawai Perubatan
Lembaga Perubatan
Antara yang berikut, yang manakah tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang pegawai kerajaan yang mendiami rumah kerajaan?
I Mengambil orang gaji untuk duduk di dalam rumahnya II Membuat tambahan atau pindaan kepada bahagian luar rumah III Memelihara binatang ternakan seperti ayam dan itik di rumahnya IV Melaporkan hal kerosakan rumah yang diduduki kepada Jabatan Kerja Raya
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Seseorang pegawai kerajaan yang akan bersara dikehendaki mengosongkan rumah kerajaan yang didiami pada
hari akhir beliau bekerja sebelum bersara
hari ke-7 beliau bekerja sebelum bersara
hari ke-14 beliau bekerja sebelum bersara
hari ke-30 beliau bekerja sebelum bersara
Pilih pernyataan yang benar tentang elaun makan seseorang peawai kerajaan.
Elaun makan boleh dibayar untuk masa bertugas yang melebihi 3 bulan terus-menerus.
Elaun makan layak dituntut kerana makanan yang disediakan oeh penganjur atau kerajaan tidak mencapai piawaiannya.
Seseorang pegawai kerajaan yang menjalankan tugas rasmi diluar ibu pejabatnya bagi tempoh 24 jam atau lebih yang dikira mulai waktu bertolak layak menuntut elaun makannya.
Kadar tuntutan elaun makan malam bagi seseorang pegawai kerajaan yang disediakan sebahagian sahaja daripada kemudahan makanan ialah 50% daripada elaun makannya.
Kerajaan telah memperkenalkan suatu instrumen yang bertujuan untuk membantu jabatan-jabatan kerajaan mengesan setiap tindakan dalam pelaksanaan aktiviti selain memastikan semua pihak yang terlibat dalam sesuatu aktiviti mengambil tindakan yang sewajarnya. Instrumen itu ialah
Fail Meja
Carta Alir Proses Kerja
Manual Prosedur Kerja
Borang Tindakan Kerja
Di manakah Borang Tindakan Kerja perlu dikepilkan dalam sesuatu fail aktiviti?
Sebelah luar bahagian depan kulit fail
Sebelah dalam bahagian depan kulit fail
Sebelah luar bahagian belakang kulit fail
Sebelah kertas minit yang terdapat dalam fail
Menurut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil 3/1991, Anugerah Inovasi Perkhidmatan Awam diberikan kepada kategori
I agensi / jabatan II kakitangan kurang upaya III kakitangan bukan pegawai IV bahagian / unit dalam sesebuah agensi / jabatan
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Konsep inovasi merujuk kepada
hasil kerja yang berkualiti
prosedur kerja yang sistematik
ciptaan-ciptaan baru dalam menghasilkan output kerja yang popular di kalangan pengguna
idea-idea baru dalam semua aspek kerja yang boleh menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti
Jawatankuasa Pemandu Kualiti & Produktiviti | Penyelaras dan Pasukan Petugas Kualiti & Produktiviti | X
Rajah di atas ialah rajah struktur pengurusan kualiti dan produktiviti menurut Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 4/1991. X ialah
Penerima
Rakan sekerja
Pasukan kerja
Kakitangan bawahan
Antara yang berikut, yang manakah yang menggambarkan output produktiviti bagi sesebuah sekolah?
Gred jawatan Pengetua ialah DG48
Bilangan pelajar baru bertambah setiap tahun
Gaji guru-guru adalah 80% berada pada tahap P1 pada tahun ini
Bilangan pelajar yang mencapai keputusan cemerlang bertambah setiap tahun
Perbezaan antara Manual Prosedur Kerja (MPK) dengan fail Meja (FM) ialah
FM ialah dokumen rujukan bagi peringkat jabatan manakala MPK ialah dokumen rujukan bagi peringkat individu / jawatan
MPK ialah dokumen rujukan bagi peringkat jabatan manakala FM ialah dokumen rujukan bagi peringkat individu / jawatan
FM mengandungi fungsi dan objektif rasmi jabatan manakala MPK mengandungi carta jabatan yang menunjukkan keddukan individu dalam jabatan berkenaan
MPK meunjukkan prosedur kerja yang terlibat dengan jawatan individu yang berkenaan manakala FM menunjukkan kedudukan individu itu dalam jabatannya dengan terperinci
- Menekankan strategi pembasmian kemiskinan - Memberikan tumpuan kepada pembangunan sistem nilai dan etika - Menumpukan perhatian terhadap pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
Yang di atas ialah dimensi baru bagi
Dasar Penswastaan
Dasar Ekonmi Baru
Dasar Persyarikatan Malaysia
Dasar Pembangunan Nasional
Yang manakah langkah ang telah diambil oleh kerajaan untuk membaiki sistem dan prosedur kerja di seluruh jentera pentadbiran keraaan?
I Mengadakan Fail Meja II Mengadakan Pejabat Pelan Terbuka III Mengadakan penggunaan kad perakam waktu kerja IV Mengarahkan semua penjawat awam memakai tanda nama
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Berdasarkan Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam, nilai-nilai yang mengutamakan pelanggan ialah
I adil II integriti III peramah IV berbudi mulia
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
- Patuh kepada peraturan /undang-undang - Sentiasa menjaga imej dan maruah diri daripada perbuatan keji dan cuai
Pernyataan di atas merujuk kepada nilai
adil
amanah
berdisiplin
bertanggungjawab
Seseorang pengurus yang berkomunikasi dengan berkesan akan
I sentiasa mendengar untuk memahami sesuatu II memberitahu kejayaannya kepada orang bawahannya III menjelaskan sebab-sebab untuk tindakan-tindakannya IV memarahi orang bawahannya yang tidak bersetuju dengan ideanya
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara yang berikut yang manaka yang menggambarkan adanya unsur komunikasi dari atas ke bawah?
I Pemilihan Ahli Jawatankuasa program Hari Keluarga Jabatan T II Arahan tugas mengawas calon yang mengambil peperiksaan UPSR III Melaksanakan prosedur dan cara kerja dalam Manual Prosedur Kerja IV Mesyuarat Agung Badan Kebajikan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan S
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Susun laporan / akta yang berkaitan dengan dasar pendidikan di Malaysia mengikut kronologi.
I Akta Pelajaran 1961 II Akta Pendidikan 1996 III Laporan Rahman Talib IV Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Dasar Pelajaran Kebangsaan
I, II, III, IV
I, IV, III, II
II, III, I, IV
III, I, IV, II
Sekolah Melayu yang pertama didirikan oleh pihak British di Tanah Melayu ialah
Sekolah Melaka Free, Melaka
Sekolah King Edward VII, Taiping
Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang
Sekolah Victoria Institution, Kuala Lumpur
Susun penubuhan maktab-maktab perguruan yang berikut mengikutn kronologi.
I Maktab Perguruan Sultan Idris II Maktab Perguruan Melayu Matang III Maktab Perguruan Melayu Melaka IV Maktab Perguruan Perempuan Melayu Melaka
I, II, IV, III
III, II, I, IV
IV, II, I, III
IV, II, III, I
Susun penubuhan universiti-universiti yang berikut mengikut kronologi.
I Universiti Utara Malaysia II Universiti Malaysia Sabah III Universiti Malaysia Sarawak IV Universiti Islam Antarabangsaan Malaysia
I, II, IV, III
I, III, IV, II
II, III, IV, I
IV, I, III, II
Aspek yang menjadi tunjang kepada Falsafah Pendidikan Negara ialah
agama
sosial
politk
ekonomi
Yang berikut ialah jenis-jenis sekolah rendah di Malaysia KECUALI
Sekolah Kebangsaan
Sekolah Rendah Kebangsaan
Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan
Sekolah Berasrama Penuh
Universiti ini mengkhusus dalam bidang perguruan, khasnya di kalangan bakal-bakal guru yang akan mengajar di sekolah-sekolah. Pernyataa di atas merujuk nkepada
Universiti Putra Malaysia
Universiti Malaysia Sabah
Universiti Kebangsaan Malaysia
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pengajian di politeknik ialah pengajian di peringkat
I sijil II ijazah III diploma IV ijazah lanjutan
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah agensi yang diberikan taraf autonomi terkawal dalam urusan pentadbirannya?
Politeknik
Kolej komuniti
Universiti awam
Institut Perguruan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diadakan bagi murid-murid Tahun 6 di sekolah rendah. Peperiksaan ini diperkenalkan dalam
Akta Pelajaran 1961
Akta Pendidikan 1996
Falsafah Pendidikan Negara
Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Di sekolah, bidang akademik dipertanggungjawabkan kepada Penolong Kanan 1. Secara umumnya, bidang tugas beliau meliputi hal-hal
I bimbingan dan kaunseling II Lembaga Pengawas Sekolah III pengajaran dan pembelajaran IV penjadualan waktu pengajaran dan pembelajaran
I dan II
I dan IV
II dan III
III dan IV
Yang berikut ialah matlamatpenerapan nilai-nilai murni melalui pendidikan kecuali
menanam semangat cinta akan nilai-nlai mulia
menghormati kebaikan dan membenci keburukan
menjadi orang yang berguna kepada agama, bangsa dan negara
membentuk individu yang berakhlak mulia walaupun kurang berjaya dalam akademik
Salah satu matlamat pendidikan menerusi Wawasan 2020 adalah untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini. Matlamat ini cuba direalisasikan melalui pengajaran mata pelajaran
Sejarah
Matematik
Bahasa Inggeris
Kemahiran Hidup
- Mengandungi perencdanaan dan pemetaan strategi pengajaran - Didasarkan kepada sukatan pelajaran - Mempunyai format yang tertentu
Pernyataan di atas berkaitan dengan
Jadual Waktu
Buku Laporan Harian
Jadual Kedatangan Murid
Buku Persediaan Mengajar
Pengurusan dan hal-ehwal institusi pengajian tinggi swasta diselia dan dikawal oleh
Jabatan Sekolah, Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pelajaran Malaysia
Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pelajaran Malaysia
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (KBSR) diadakan sebagai ganti
Penilaian Tahap Satu
Penilaian Tahap Dua
Sijil Rendah Pelajaran
Ujian Penilaian Darjah V
Kerjaya sebagai guru dianggap sebagai bidang profesion yang profesional. Konsep profesional bermaksud
I menerima upah yang tinggi II mempunyai latihan yang diiktiraf III dipandang mulia oleh masyarakat IV mengandungi kod etika perjawatan
I dan II
I dan II
II dan IV
III dan IV
Antara yang berikut, yang manakah yang memaparkan gambaran seseorang guru yang profesional?
Tugas harian yang dilaksanakan bercorak konservatif
Menjalankan tugas dan tanggungjawab bukan secara rutin
Tugas harian yang dilaksanakan bersifat rutin dan perlu dipatuhi
Mematuhi prosedur-prosedur kerja dengan tepat tanpa elemen adaptasi
Mengikut Seksyen 44, Akta Pelajaran 1971, semua institusi pendidikan prasekolah perlu didaftarkan dengan
pihak berkuasa tempatan
Pejabat Pelajaran Daerah
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat
- Menjadi penghubung antara pihak sekolah dengan Jabatan Pelajaran Negeri - Memberikan khidmat nasihat profesional kepada Pengetua/GB dan guru-guru di sekolah dalam kawasannya