|
|
Prinsip-prinsip Konstruktivisme

|
|
Konstruktivisme merupakan suatu pendekatan p&p yang
berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran) diakibatkan oleh
"pembinaan mental". Dengan kata-kata lain, pelajar mempelajari
dengan mencantumkan maklumat baru dengan pengetahuan sedia adanya. Ahli
konstruktivis menegaskan bahawa pembelajaran dipengaruhi oleh konteks
sesuatu idea diajar serta kepercayaan dan sikap pelajar.
Caine dan Caine (1991) menenaraikan 12 prinsip
pembelajaran ala konstruktivisme:
- Otak itu prosesor yang selari. Ia memproses banyak
jenis maklumat termasuk fikiran, emosi dan pengetahuan budaya.
Pengajaran yang efektif menggunakan pelbagai strategi pengajaran.
- Pembelajaran melibatkan keseluruhan fisiologi. Guru
tidak boleh menumpukan kepada intelek sahaja.
- Usaha untuk mencari makna bersifat semula jadi.
Pengajaran efektif menyedari bahasa pengertian bagi seseorang adalah
personal dan unik, pemahaman seseorang pelajar bergantung kepada
pengalaman uniknya.
- Usaha untuk mencari makna berlaku melalui pencorakan.
Pengajaran efektif menghubungkaitkan idea dan maklumat dengan konsep dan
tema global.
- Emosi adalah kritikal kepada pencorakan. Pembelajaran
dipengaruhi oleh emosi, perasaan dan sikap.
- Otak memproses bahagian kecil dan keseluruhannya secara
serentak. Orang menghadapi masalah membelajari sesuatu jika bahagian
kecil atau keseluruhan diabaikan.
- Pembelajaran melibatkan perhatian berfokus dan persepsi
keliling (peripheral). Pembelajaran dipengaruhi oleh persekitaran,
kebudayaan dan iklim.
- Pelajaran melibatkan proses sedar dan tak sedar.
Pelajar memerlukan masa untuk memproses 'apa' dan 'bagaimana' isi
pelajarannya.
- Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ingatan: sistem
ingatan ruang (spartial) dan sistem ingatan untuk pembelajaran hafalan.
Pengajaran yang terlalu mengutamakan pembelajaran hafalan tidak
memajukan pembelajaran ruang dan pembelajaran berasaskan pengalaman
boleh menghalang pemahaman murid.
- Pelajar memahami dan mengingati dengan baik jika fakta
dan kemahiran diselitkan dalam ingatan natural dan ruang. Pembelajaran
eksperimen adalah paling efektif.
- Pembelajaran diperkuatkan oleh cabaran dan dibantutkan
oleh ancaman. Iklim bilik darjah harus mencabar tetapi tidak mengugut
pelajar.
- Setiap otak adalah unik. Pengajaran mestilah
dipelbagaikan agar murid-murid dapat menyatakan kecenderungan
masing-masing.
|
|
|
Disunting oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
06 Ogos 1999
http://www.teachersrock.net
|