| |

Praktikum adalah kesinambungan ROS yang memberi peluang kepada guru pelatih mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran pembelajaran dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara maktab perguruan, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan. 
Melalui program praktikum ini, guru pelatih dapat:
 | menyepadukan teori dan amali pengajaran pembelajaran |  | menguasai pelbagai strategi pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah |  | mengenal pasti dan menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran; |  | memupuk sikap positif, membentuk daya kefahaman, mengamalkan dan menghayati nilai profesion keguruan |  | mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek tugas bagi memperbembangkan potensi diri sebagai pendidik melalui catatan refleksi dalam portfolio |  | menguasi pelbagai strategi, perancangan dan pelaksanaan gerak kerja kokurikulum |  | Mengoptimumkan kegunaan sumber teknologi dalam proses pengajaran pembelajaran |  | menguasai kemahiran pemudahcaraan 
|
Tempoh pelaksanaan praktikum adalah seperti dalam jadual berikut:
| Kursus | Bilangan Minggu | Jumlah Minggu Keseluruhan | | Fasa I | Fasa II | | DPM | 6 | 16 | 22 |

 | Penempatan guru pelatih dibuat secara pemuafakatan di antara maktab dan sekolahd engan persetujuan JPN |  | Guru pelatih DPM ditempatkan di sekolah rendah |  | Guru pelatih KPLD, KPLI dan PPK di tempatkan di sekolah menengah |  | Guru pelatih KDC ditempatkan di sekolah mereka bertugas |

 | Minimum 8 waktu seminggu |  | Maksimum 12 waktu seminggu |  | Pengajaran berpasangan dijalankan dalam bilik darjah sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Fasa I |  | Agihan waktu mengajar adalah seperti dalam jadual berikut: |
| Kursus | Bilangan Waktu Mengajar Seminggu | | Major | Minor | | DPM | 6 - 8 | 2 - 4 |

 | Penyeliaan hendaklah berasaskan pencerapan klinikal |  | Bimbingan berterusan MESTI diamalkan sepanjang praktikum |  | Penilaian HANYA dibuat selepas bimbingan diberikan |  | Penyeliaan bersama antara pensyarah pembimbing dan guru pembimbing MESTI dijalankan dalam Fasa I dan Fasa II untuk tujuan penyelarasan markah |  | Agihan penyeliaan adalah seperti jadual berikut: |
| Kursus | Pengkhususan | Fasa I | Fasa II | Jum | | Pra | Mak | Sek | M&S | Jum | Pra | Mak | Sek | M&S | Jum | | DPM | Major | 1 | 1 | 2 | 1 | 5 | 1 | 3 | 5 | 1 | 10 | 15 | | Minor | - | 1 | 1 | - | 2 | - | 2 | 3 | - | 5 | 7 |

Peranan dan Tanggungjawab Guru PelatihMenghadiri taklimat praktikum. Memahami dan menghayati objektif praktikum. Berbincang dengan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk mencapai persefahaman tentang peranan dan tanggungjawab semasa praktikum. Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah, guru pembimbing dan staf sekolah. Menghantar pada minggu pertama senarai tugas, jadual waktu, takwim sekolah dan maklumat-maklumat lain kepada institut/maktab. Mematuhi dan mengamalkan etika keguruan, peraturan institut/maktab dan peraturan sekolah. Hadir di sekolah sepanjang tempoh praktikum. Menandatangani borang/buku kehadiran setiap hari persekolahan dan aktiviti anjuran sekolah. Mendapatkan sukatan pelajaran daripada sekolah. Membuat rancangan semester, mingguan dan harian dalam buku persediaan mengajar. Membuat persediaan mengajar yang lengkap sebelum melaksanakan pengajaran mengikut bilangan waktu mengajar yang telah ditetapkan. Merancangan pengajaran bersama-sama guru pembimbing. Melaksanakan pengajaran secara berpasangan (lihat Lampiran D) dan individu dengan mempelbagaikan strategi pengajaran pembelajaran. Mengamalkan penulisan jurnal sepanjang praktikum berdasarkan garis panduan penulisan jurnal (Lampiran C). Meneruskan penyediaan portfolio praktikum dan menyerahkannya kepada pensyarah pembimbing sebaik sahaja tamat praktikum. Melibatkan diri dalam membantu pengendalian sekurang-kurangnya satu aktiviti kokurikulum. Menyerahkan Borang Kehadiran Praktikum (Lampiran 10) kepada pensyarah pembimbing sebaik sahaja tamat praktikum.
Peranan dan tanggungjawab Pensyarah PembimbingMenerima perlantikan sebagai pensyarah pembimbing daripada Pengetua institut/maktab. Menghadiri taklimat praktikum. Berbincang dengan guru pelatih tentang urusan praktikum. Membuat lawatan ke sekolah, berjumpa dan berbincang dengan pengurus sekolah dan guru pembimbing untuk menjalin hubungan profesional. Melapor kemajuan guru pelatih dari semasa ke semasa kepada Jawatankuasa Praktikum Institut/Maktab. Menyemak dan membincangkan portfolio praktikum bersama guru pelatih. Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan/penyeliaan yang kemas kini. Memaklumkan secara bertulis kes-kes khas yang memerlukan perhatian dan tindakan Kawatankuasa Praktikum Institut/Maktab dengan segera. Menyemak buku persediaan mengajar guru pelatih dan mencadangkan pembaikan di mana perlu. Memberi bimbingan berasaskan unsur-unsur pencerapan klinikal Menyelia secara tersebar sepanjang tempoh praktikum mengikut jadual penyeliaan yang telah ditetapkan. Bekerjasama dengan guru pembimbing dalam menjalankan mentoring menerusi proses pencerapan klinikal, pengajaran berpasangan dan penyediaan portfolio praktikum. Memantau prestasi dan disiplin guru pelatih sepanjang tempoh praktikum. Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan sahsiah guru yang baik. Menyelia bersama-sama guru pembimbing untuk membuat rumusan prestasi praktikum guru pelatih. Melengkap dan menyerahkan dokumen-dokumen seperti Borang Rumusan ROS, Borang Penyeliaan Praktikum PR 1 - Penyelarasan, Borang Rumusan Prestasi PR 2, dan Borang kehadiran Guru Pelatih kepada Jawatankuasa Praktikum Institut/Maktab.
Peranan dan Tanggungjawab Guru PembimbingMenghadiri taklimat atau kursus yang dijalankan oleh maktab dan pengurus sekolah. Bekerjasama dengan pensyarah pembimbing dalam menjalankan mentoring menerusi proses pencerapan klinikal, pengajaran berpasangan dan penyediaan portfolio praktikum (Lampiran A, B, C, D dan E). Memahami dan mengamalkan peranan sebagai guru pembimbing. Memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada guru pelatih tentang:
 | jadual waktu |  | rancangan kerja semester/mingguan dan persediaan mengajar |  | sumber pengajaran pembelajaran |  | proses pengajaran pembelajaran |  | pengurusan bilik darjah |  | portfolio praktikum |  | pengelolaan kokurikulum |  | hal-hal lain yang berkaitan | Menyemak, memberi ulasan bertulis dan menandatangani buku persediaan mengajar guru pelatih. Membimbing guru pelatih ke arah perkembangan sahsiah pendidik terutama dari segi pergaulan yang sihat, peningkatan jati diri dan pemupukan nilai-nilai profesional keguruan. Menyelia pengajaran guru pelatih dengan menggunakan Borang Penyeliaan Praktikum PR 1 yang ditetapkan. Menyimpan rekod dan dokumen bimbingan/penyeliaan yang kemas kini dan menyerahkannya kepada institut/maktab mengikut jadual kerja yang ditetapkan. Memaklumkan pengurus sekolah mengenai kemajuan guru pelatih dari semasa ke semasa. Memantau dan memaklumkan disiplin guru pelatih kepada pengurus sekolah dan pihak institut/maktab dengan segera sepanjang tempoh praktikum. Berbincang dengan pensyarah pembimbing tentang kes-kes khas guru pelatih yang perlu diberi perhatian segera. Membuat rumusan bersama-sama pensyarah pembimbing. Peranan dan Tanggungjawab Pengurus SekolahMenghadiri taklimat praktikum yang dijalankan oleh pihak institut/maktab. Menubuhkan Jawatankuasa Praktikum peringkat sekolah. Mencalonkan guru pembimbing daripada kalangan guru pelatih yang berpengalaman dan bersesuaian. Memberi taklimat kepada guru pembimbing tentang:
 | Program dan pelaksanaan praktikum |  | peranan guru pembimbing | Memberi taklimat kepada guru pelatih tentang:
 | sejarah, struktur organisasi, pengurusan, peraturan, disiplin dan budaya sekolah |  | tugas dan tanggungjawab pengurus sekolah, guru penolong kanan, guru disiplin, guru panitia, guru kokurikulum, guru darjah, guru mata pelajaran, guru tugas khas dan tugas staf sokongan |  | latar belakang sosioekonomi murid dan masyarakat tempatan |  | tugas dan tanggungjawab guru pelatih di sekolah |  | pengelolaan gerak kerja kokurikulum |  | maklumat-maklumat lain yang berkaitan | Memberi jadual waktu dan takwim sekolah kepada guru pelatih Mengawasi tingkah laku guru pelatih dan mengesahkan kehadiran mereka Memberi tahu secara bertulis kepada pihak maktab berkenaan dari semasa ke semasa tentang guru pelatih:
 | tidak menjalankan tugas dengan memuaskan |  | tidak hadir tanpa sebab |  | kes-kes disiplin |  | kes-kes kesihatan dan kemalangan | Menyemak dan mengesahkan rancangan pelajaran dan persediaan mengajar guru pelatih Mengesahkan kehadiran guru pelatih dengan menandantangani Borang Kehadiran Praktikum Memastikan guru pembimbing memberi bimbingan dan tunjuk agar berterusan kepada guru pelatih Mengambil tahu hal-hal berkaitan dengan kebajikan guru pelatih dan membuat tindakan susulan Memastikan segala tindakan berkaitan dengan pelaksanaan penyeliaan praktikum dilaksanakan dengan sempurna Memastikan guru pelatih dilibatkan dalam kokurikulum sekolah dalam salah satu daripada unit beruniform/permainan  Kehadiran guru pelatih dalam praktikum adalah 100% Guru pelatih dikehendaki melengkapkan kehadiran dalam Fasa I sebelum menjalani latihan mengajar dalam Fasa II. Sekiranya guru pelatih memohon penangguhan sebahagian tempoh praktikum atas sebab-sebab berikut, mereka hanya dikehendaki menyambung semula dan melengkapkan kehadiran latihan mengajar pada semester berikutnya di sekolah yang akan ditentukan oleh maktab asal (kehadiran kurang daripada 95 peratus) Cuti Dengan Kebenaran Cuti sakit, cuti sakit kerana kemalangan, cuti yang mempunyai surat rasmi dan mendapat kebenaran Pengetua dan Pengurus Sekolah Cuti yang diberi oleh doktor sebagai pengesahan seseorang pelatih telah bersalin Sekiranya kehadiran kurang daripada 95% keputusan melengkapkan kehadiran latihan mengajar ditentukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Maktab Pendidikan Guru. Sekiranya guru pelatih memohon penangguhan keseluruhan praktikum (Fasa I dan/atau Fasa II) pelatih berkenaanperlu mengulang praktikum tersebut.

Sekiranya guru pelatih disahkan gagal dalam praktikum oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Maktab Pendidikan Guru, guru pelatih berkenaan dikehendaki mengulang Fasa II sahaja. Gru pelatih diberi peluang mengulang praktikum sekali sahaja
 | Guru pelatih yang gagal atau tidak tamat peraktikum tidak dibenarkan mengikuti KISSB dan diproses penempatannya. |

- Asas taksiran untuk menetapkan prestasi guru pelatih adalah berdasarkan penilaian formatif dan penilaian sumatif.
- Penilaian formatif dibuat secara berterusan oleh guru pembimbing dan pesnyarahpembimbing dengan menggunakan Borang PR1
- Penyeliaan bersama oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing dijalankan di akhir Fasa 1 dan Fasa 2 bagi membuat rumusan prestasi pengajaran di bilik darjah dan diikuti dengan penilaian sumatif.
- Syarat penentuan keputusan
Prestasi guru pelatih dalam praktikumdiputuskan mengikut Gred seperti yang ditetapkan dalam Syarat dan peraturan Sistem Peperiksaan dan Penilaian Pendidikan Guru yang dikeluarkan olehLembaga peperiksaan Pendidikan Guru, BPG dan Lulus atau Gagal. - Penentuan Lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
 | Kehadiran 100% dalam Ros dan Praktikum |  | Lulus dalam kedua-dua major (DPM 1996/1997), major-minor (DPM1998) dan major-elektif atau kedua-dua elektif (DPM tunalihat dan tunadengar) dan pengkhususan-elektif bagi KPLI/KPLD. | Penentuan Gagal berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:
 | Guru pelatih tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam kategori lulus |  | Guru pelatih menunjukkan sikap yang negatif dan tidak mematuhi teguran dan bimbingan pengajaran pembelajaran yang diberikan dari semasa ke semasa |  | Melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 disabitkan kesalahan | 
- Tempoh Program Praktikum
Praktikum Fasa I untuk Kursus Diploma Perguruan Malaysia Ambilan ____ akan berlangsung dari ___ hingga ____ (6 minggu) manakala Praktikum Fasa II untuk Kursus Diploma Perguruan Malaysia ____ akan berlangsung dari ____ hingga ____ (16 minggu).
- Penempatan
Guru-guru pelatih ditempatkan di sekolah-sekolah rendah yang berdekatan dengan bandar Sandakan, Kota Kinabatangan, Lahad Datu dan Tawau. seperti yang disenaraikan dalam Lampiran "A". Penempatan adalah berasaskan konsep "melimpah" di mana sekolah-sekolah yang paling hampir dengan maktab akan dipenuhkan terlebih dahulu sebelum sekolah-sekolah di daerah yang lebih jauh dipertimbangkan. Sebarang perubahan adalah tidak sah kecuali dengan kebenaran bertulis Jawatankuasa Praktikum Maktab. - Status Guru Pelatih
Semasa menjalani praktikum, status guru pelatih kekal sebagai "Guru Pelatih". Mereka menjadi pembantu kepada guru terlatih dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti di sekolah. - Pengangkutan Pergi dan Balik
- Di sepanjang tempoh praktikum, guru-guru pelatih yang tinggal di asrama akan disediakan dengan kemudahan pengangkutan oleh pihak Maktab. Sila patuhi jadual kenderaan yang disediakan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang masalah kepada diri sendiri dan juga pelatih-pelatih lain.
- Guru-guru pelatih yang tinggal di luar tidak akan disediakan dengan kemudahan pengangkutan oleh pihak Maktab. Oleh yang demikian, guru-guru pelatih yang berkenaan hendaklah menguruskan pengangkutan sendiri.
- Di bawah Arahan Guru Besar
Dalam tempoh praktikum, guru-guru pelatih adalah sepenuhnya di bawah arahan Guru Besar sekolah berkenaan. Dengan demikian, guru-guru pelatih adalah tertakluk di bawah segala peraturan yang terdapat di sekolah-sekolah berkenaan. Guru-guru pelatih mestilah menganggap dirinya sebagai kakitangan sekolah dan bertanggungjawab atas segala tindakan yang dilakukan dalam tempoh praktikum. - Tarikh Melapor Diri
Semua guru pelatih ambilan ____ yang menjalankan Praktikum Fasa II hendaklah melapor diri kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan sekolah yang ditempatkan pada ____. Semua guru pelatih ambilan ____ yang menjalankan Praktikum Fasa I hendaklah melapor diri kepada Guru Besar atau Guru Penolong Kanan sekolah yang ditetapkan pada ____.
- Bilangan Waktu Mengajar
- Guru-guru pelatih diwajibkan mengajar di antara 8 (minimum) hingga 12 (maksimum) waktu seminggu bagi mata pelajaran major sahaja.
- Bilangan waktu mengajar bagi major adalah di antara 6 hingga 8 waktu seminggu manakala bilangan waktu mengajar bagi minor adalah di antara 2 hingga 4 waktu seminggu.
- Pengajaran berpasangan dijalankan dalam bilik darjah sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam Praktikum Fasa I
- Tiga salinan jadual waktu, takwim sekolah serta maklumat peribadi pelatih (alamat, nombor telefon dan lain-lain) hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Praktikum selewat-lewatnya seminggu selepas tarikh melaporkan diri di sekolah.
- Penyeliaan
Bilangan penyeliaan bagi praktikum fasa I dan fasa II adalah seperti berikut. Praktikum Fasa I
Pihak Penyeliaan | Mata Pelajaran | Jumlah | | Major I | Major II | | Maktab | 1 | 1 | 2 | Sekolah | 2 | 2 | 4 | Bersama | 1 | 0 | 1 | Jumlah | 4 | 3 | |
Praktikum Fasa II
Pihak Penyeliaan | Mata Pelajaran | Jumlah | Major I | Major II | | Maktab | 2 | 2 | 4 | Sekolah | 4 | 4 | 8 | Bersama | 1 | 0 | 1 | Jumlah | 7 | 6 | |
- Waktu Bertugas
Waktu bertugas adalah seperti yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Menepati masa adalah suatu perkara yang amat dititikberatkan dalam praktikum. Guru-guru pelatih mestilah berada di sekolah pada waktu bertugas walaupun pada waktu-waktu tidak mengajar. Dalam aspek ini guru-guru pelatih dikehendaki membuat kerja-kerja berfaedah pada waktu tersebut. - Kehadiran dan Cuti
- Kehadiran dalam Praktikum mestilah 100%. Dalam tempoh Praktikum guru-guru pelatih tidak dibenarkan bercuti. Sebarang cuti sakit (yang disahkan oleh pihak perubatan kerajaan atau diakui oleh kerajaan) mestilah diberitahu kepada pihak sekolah dan maktab.
- Guru-guru pelatih yang tidak hadir melebihi 5% tempoh Praktikum dikehendaki melengkapkan kehadiran praktikum pada semester berikutnya di sekolah yang akan ditentukan oleh maktab.
- Tingkah laku Guru Pelatih
Guru-guru pelatih harus sedar bahawa mereka sentiasa berada di bawah pengawasan masyarakat, termasuk ibu bapa dan pihak sekolah. Adalah mustahak guru pelatih berhati-hati dan menampakkan sahsiah yang boleh dijadikan teladan. Satu perbuatan yang melanggar tatasusila profesion perguruan amatlah dipandang berat oleh semua pihak dan boleh mendatangkan akibat yang buruk dan menjejaskan kejayaan guru pelatih. Perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian yang serius. - Pakaian dan Tatatertib
Pakaian mestilah bersih dan kemas. Patuhi peraturan-peraturan yang ditentukan oleh pihak sekolah mengenainya. Rambut harus mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. - Tatasusila Ikhtisas
Guru-guru pelatih harus menunjukkan sifat bertanggungjawab, suka menolong, rajin, bermotivasi dengan tugas yang diberikan. Tatasusila perguruan hendaklah sentiasa dipatuhi. - Perbuatan Mendera Murid
Adalah menjadi kesalahan yang besar kepada guru pelatih yang menghukum atau mendera murid-murid lebih-lebih lagi dengan cara memukul atau merotan. Sila rujuk masalah murid-murid yang berkenaan kepada pihak sekolah. Guru-guru pelatih juga tidak dibenarkan membawa murid-murid sekolah keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis dari pihak Guru Besar. - Kes Gagal Praktikum
Sekiranya guru pelatih disahkan gagal dalam praktikum oleh Jawatankuasa Peperiksaan dan Penilaian Maktab, guru pelatih berkenaan dikehendaki mengulang Praktikum Fasa II sahaja. - Kursus Induksi Sistem Saraan Baru (KISSB) dan Penempatan
Guru pelatih yang gagal atau tidak tamat praktikum dilarang mengikut KISSB dan penempatannya ke sekolah tidak akan diproses. - Masalah-masalah Semasa Praktikum
Sekiranya guru-guru pelatih menghadapi sebarang masalah dalam praktikum dan tidak dapat mengatasinya sendiri, sila rujuk masalah itu kepada pihak sekolah atau maktab. - Hari Terakhir Menjelang Praktikum
Menjelang tamatnya praktikum, guru-guru pelatih hendaklah mengembalikan segala fail, buku, alatan bantu mengajar dan barang-barang yang dipinjam dari pihak sekolah. Jagalah nama baik sendiri sebagai bakal pendidik dan nama baik Maktab Perguruan Sandakan sepanjang masa.
Sekian, Selamat Menjalani Praktikum. 
|