|
|
|
| Untuk
mengetahui gaya pembelajaran anda dengan lebih mendalam, cuba Inventori Gaya Pembelajaran
Paragon yang mempunyai sedikit persamaan dengan Ujian
Personaliti - Keirsey Temperament Sorter dan MBTI. Hasil ujian ini akan menggolongkan
anda dalam salah satu daripada 16 Gaya Pembelajaran. Berdasarkan
setiap jenis gaya pembelajaran, anda akan mengetahui kekuatan dan kelemahan diri dalam
pembelajaran. Inventori ini terdiri daripada empat bahagian
yang akan menentukan 4 dimensi ala MBTI. Jawab semua soalan bagi keempat-empat dimensi
untuk menentukan keutamaan diri anda. Selepas anda mendapat keutamaan bagi keempat-empat
dimensi, anda akan mengetahui ciri-ciri gaya pembelajaran anda.
|

|