Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Selepas Ini
Perbincangan 1-2-4

horizontal rule

Pendahuluan

Rencana ringkas ini cuba menjelaskan suatu variasi kaedah perbincangan berstruktur yang melibatkan pendekatan individu, pasangan, kumpulan kecil serta kelas. Perbincangan kita akan berkisar di sekitar rasional variasi ini wujud dan teknik-teknik perlaksanaannya. Variasi perbincangan ini diutarakan oleh Northedge (1975) dan diubahusaikan oleh Gibbs (1981).

Rasional

Kaedah perbincangan merupakan suatu kaedah yang penting dalam proses pengajaran pembelajaran bilik darjah, terutamanya di peringkat maktab. Ia merupakan suatu kaedah yang mana pelajar-pelajar dikehendaki memainan peranan yang aktif dalam mengulas, menyelesaikan seerta membuat kesimpulan mengenai masalah atau isu-isu kontroversial. Justeru itu kaedah ini dikatakan sehaluan dengan pendekatan pengajaran yang memusatkan pelajar serta pendekatan induktif.

Meskipun demikian, biasanya perlaksanaan perbincangan secara bebas dan tradisional dalam kelas tidak begitu berkesan kerana didapati terdapat pelajar-pelajar yang pasif dan tidak begitu mahir dalam mengeluarkan pendapat masing-masing. Keadaan ini adalah lebih ketara jika terdapat pelajar-pelajar yang bersifat ekstrovert yang selalunya menguasai suasana perbincangan. Selain daripada itu, prbincangan yang dilakukan secara bebas adalah sukar untuk dikawal dan biasanya guru dikehendaki memainkan peranan yang lebih utama daripada yang sepatutnya. Lantaran itu, suatu teknik perbincangan berstruktur difikirkan boleh mengatasi masalah-masalah yang wujud dalam perbincangan bebas serta menimbulkan interaksi yang menyeluruh dalam kelas.

Pelaksanaan

Perlaksanaan perbincangan 1-2-4 ini melibatkan 4 tahap; bermua dengan bekerja secara perseorangan, berbincang secara pasangan, berbincang dalam kumpulan kecil (4 atau 6 ahli) dan sesi pleno.

Tajuk

Seperti apa jua variasi perbincangan, guru harus menyediakan tajuk-tajuk atau masalah yang sesuai dengan pelajar-pelajarnya. Lantaran itu, tajuk atau masalah yang dipilih itu seharusnya mempunyai kaitan dengan pengalaman atau pengetahuan sdia ada pada pelajar.

Tajuk-tajuk yang sesuai dengan perbincangan 1-2-4 ini adalah seperti masalah atau tajuk-tajuk yang berhubungan dengan proses pengajaran dan pembelajaran Contohnya ialah ciri-ciri pengajaran yang baik, faktor-faktor yang mempengaruhi proses pembelajaran, masalah disiplin serta masalah-masalah moral.

Satu

Untuk memulakan variasi perbincangan in, guru seharusnya menerangkan masalah atau tajuk yang harus dibincangkan oleh pelajar terlebih dahulu. Selepas tajuk atau masalah dijelaskan, pelajar-pelajar diminta memikirkan isi atau penyelesaian yang dikehendaki berdasarkan pengalaman atau pengetahuan mereka. Mereka diminta menggunakan teknik refleksi dan seterusnya mencatatkan pendapat masing-masing pada sekeping kertas. Pada tahap ini, semua pelajar diminta membuat kerja masing-masing dan mreka adalah dilarang berbincang di antara satu sama lain. Masa yang diberi untuk aktiviti ini adalah 5 minit sahaja.

Tujuan tahap ini diadakan ialah supaya semua pelajar diberi peluang untuk berfikir secara individu tanpa diganggu oleh perasaan, pengalaman atau pendapat orang lain. Di samping itu, mreka juga dapat mengaitkan tajuk atau masalah perbincangan dengan pengalaman dan pengetahuan yang lalu. Oleh sebab mereka diminta menuliskan pendapat mereka, maka proses pemikiran serta aliran pendapat mereka akan menjadi lebih konkrit dan nyata. Ini akan juga melatih mereka supaya berfikir secara lebh sistematik. Selain daripada itu, apa juga pengalaman atau pendapat yang ada pada mereka dapat dijelmakan tanpa searang ancaman atau kritikan yang mungkin memutuskan pengaliran pemikiran mereka.

Dua

Selepas masa telah tamat, maka tiap-tiap individu diarah memilih seorang pelajar yang lain untuk membentuk satu pasangan. Perkara ini agak mudah dibuat jika pelajar-pelajar duduk berdua-duaan. Apabila pasangan telah dibentuk, kertas catatan ditukar di antara satu sama lain. Tiap-tiap ahli dalam pasangan dikehendaki membaca kertas catatan ahli yang lain. Di sini setiap orang terpaksa membincangkan sama ada pay yang tercatat itu adalah sama atau tidak. Dengan kata-kata lain, perbincangan berbentuk dialog yang informal. Setiap pasangan diminta membuat rumusan tentang persamaan dan perbezaan pendapat serta mengumpulkan isi-isi perbualan pasangan masing-masing.

Dengan adanya perbincangan secara pasangan, maka kita boleh menjaminkan bahawa semua pelajar akan aktif berbincang. adalah mustahil jika dialog atau perbualan berlaku secara prseorangan. Ini akanMenolong pelajar yang mempunyai sifat yang pasif, introvert dan kurang keyakinan diri dalam aktiviti perbincangan untuk mengeluarkan suatu sesi soal jawab yag agak informal tanpa apa-apa tekanan luar.

Selain daripada itu, setiap pasangan akan berasa lebih bertanggungjawab untuk mempertahankan kedudukan mereka kerana mereka terpaksa bergabung dengan pasangan yang lain kelak. Masa untuk tahap ini adalah lebih kurang 10 minit sahaja.

Empat

Seterusnya, setiap pasangan diminta bergabung dengan satu lagi pasangan untuk membentuk kumpulan yag terdiri daripada empat orang. Rumusan yang dibuat oleh setiap pasangan tadi ditukar dan perbincangan akan berlangsung dengan meneliti persamaan dan perbezaan rumusan-rumusan itu. Kumpulan itu dikehendaki membuat kesimpulan perbincangan kumpulan. Masa yag diperuntukkan untuk perbincangan kumpulan adalah 25 minit.

Tahap ini merupakan tahap yang paling penting kerana di samping mengembangkan dan menambahkan idea-idea dalam kumpulan, setiap ahli masih diberi peluang untuk memainkan prananyang aktif. Oleh sebab setiap kumpulan biasanya terdiri daripada dua pasangan, maka idea-idea tidak mungkin di-'outnumbered'. Ini akan memberi peluang kepada setiap pasangan untuk menjelaskan idea-idea masing-masing.

Sesi Pleno

Bila masa telah tamat, tiap-tiap kumpulan diminta menghantar seorng pelapor untuk melaporkan rumusan kumpulan masing-masing. Setiap kumpulan diminta menyampaikan satu isi diikuti oleh kumpulan yang lain. Ini boleh berlangsung sehingga masa tamat atau semua isi telah dilaporkan. Rumusan kumpulan itu boleh dicatatkan pada papan tulis atau disinarkan dengan menggunakan transparensi. Untuk menjimatkan masa, pendapat atau isi yang sama tidak perlu dicatatkan. Sebaik-baiknya semua kumpulan diberi peluang untuk membuat laporan jika masa mengizinkan. Pelajar-pelajar lain digalakkan untuk menyoal pelapor-pelapor jika didapati sebarang keraguan. Akhir sekali, guru boleh membuat kesimpulan atau menambahkan isi jika perlu.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, perbincangan 1-2-4 mewarisi kelebihan serta kelemahan umum kaedah perbincangan. Bagaimanapun oleh kerana perbincangan ni adalah berstruktur dari segi pelaksanaannya maka didapati kelemah perbincangan bebas dapat dikurangkan. Peranan guru dalam variasi perbincangan ini adalah minimal. Guru cuma merupakan fasilator dan bebas bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain untuk membantu proses perbincangan. Viriasi ini juga boleh digunakan sebagai suatu aktiviti belajar sendiri di kalagan pelajar. Bilangan ahli dalam sesuatu kumpulan kecil boleh diubahsuai mengikut bilangan pelajar dalam kelas dan tidak semestinya 4 orang sekumpulan. Begitu juga masa yang diperuntukkan untuk setiap tahap perbincangan.

Rujukan

Entwistle, H (1970) "Child-centred Education", Methuen & Co. Ltd, London.

Gibbs, G (1977) "Teaching Students to Learn", The Open University, London.

Northedge, A. (1975) "Learning Through Discussion in the Open University", The Open University, London.

Stones, E. & Morris, S. (1972) "Teaching Practice". Methuen & Co. Ltd., London.

Wragg, E.C. (1974) "Teaching Teaching", Douglas David & Charles Ltd. West Vancouver.