|

Dalam unit ini, guru anda akan
memahami perkara berikut yg harus juga diserap dlm pengajaran dan pembelajaran:
- Unsur Patriotisme
- Unsur Pendidikan Alam Sekitar
- Unsur Pendidikan Pencegahan Dadah dan Penyakit AIDS
- Unsur Kemahiran Keibubapaan dalam Kekeluargaan
- Unsur Keselamatan di Jalan Raya
- Seperti yang disarankan dalam KBSR dan KBSM, guru harus juga menyerapkan unsur berikut
dalam p&p isi kandungan mata pelajaran:
- Patriotisme
- Pendidikan alam sekitar
- Pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS
- Kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan
- Keselamatan di jalan raya
- Unsur tersebut di atas adalah penting kerana, selain daripada menguasai isi kandungan
sesuatu mata pelajaran, kita hendak juga mengembangkan potensi seseorang pelajar secara
menyeluruh dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani serta membina akhlak yang mulia.
- Guru hanya perlu menyerapkan unsur itu jika ada kaitan dengan topik mata pelajaran yang
diajar dan perlu memastikan pelajar menghayati unsur itu.
- Matlamat pemupukan patriotisme adalah untuk membentuk warganegara yang bersemangat
patriotik dan berkeperibadian Malaysia.
- Objektifnya adalah supaya pelajar dapat:
- mengenal diri dan mencintai warisan bangsa dan negara;
- mempunyai perasaan cinta dan bangga terhadap agama, bangsa dan negara;
- bersemangat kekitaan, berdisiplin dan hidup bermasyarakat secara harmonis;
- memahami dan menghargai usaha-usaha negara dalam pembangunan dan kemajuan;
- membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan terhadap isu-isu
dalam masyarakat serta berupaya untuk bertindak dengan sewajarnya; dan
- bersemangat ingin berusaha dan melibatkan diri secara aktif dan produktif untuk
kemajuan bangsa dan negara.
- Guru perlu merujuk kepada buku panduan "Program Pengukuhan Pemupukan Patriotisme di
Sekolah Rendah" PPK 1993 untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang program itu.
- Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru harus menyerapkan unsur patriotisme di dalam
topik yang sesuai untuk mencapai objektif tersebut di atas.
- Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur patriotisme eloklah berasaskan
aktiviti kumpulan dan aktiviti itu termasuk:
- kerja projek
- permainan
- simulasi
- lakonan
- drama
- perbincangan
- lawatan
- Memandangkan degradasi alam sekitar yang kian meningkat dan telah menimbulkan pelbagai
isu seperti pemusnahan hutan, pencemaran, kesan rumah kaca, penipisan lapisan ozon,
hakisan dan kepupusan spesies maka adalah penting untuk menyerapkan unsur pendidikan alam
sekitar merentas kurikulum.
- Matlamat pendidikan alam sekitar adalah untuk membentuk masyarakat (pelajar) yang lebih
peka dan prihatin terhadap isu-isu alam sekitar serta memperoleh pengetahuan, kemahiran,
nilai dan komitmen untuk berusaha dan bertindak secara individu atau bersama ke arah
penyelesaian isu-isu alam sekitar.
- Objektif pendidikan alam sekitar adalah untuk pelajar:
- mendapat pengalaman, pengetahuan dan kefahaman asas tentang alam sekitar dan masalahnya.
- lebih sedar, peka dan prihatin terhadap alam sekitar dan masalah yang berkaitan
dengannya.
- memperoleh nilai, memupuk sikap yang positif, cintakan alam sekitar dan bermotivasi
untuk terlibat secara aktif dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
- memahami bahawa pembangunan negara harus diteruskan dengan menggunakan sumber-sumber
semulajadi yang ada secara terancang.
- menguasai kemahiran yang diperlukan bagi mengenal pasti masalah alam sekitar dan
penyelesaiannya.
- berpeluang melibatkan diri secara aktif dan penyelesaian masalah alam sekitar.
- Penegasan perlu diberi kepada pembangunan mampan (sustainable development).
- Guru perlu merujuk kepada buku panduan guru, "Pendidikan Alam Sekitar Merentas
Kurikulum" (KBSR dan KBSM), PPK, 1996.
- Kurikulum pendidikan alam sekitar mengandungi tajuk utama berikut:
- Tuhan Pencipta alam semesta dan sekalian makhluk
- Bumi dan alam semesta
- Benda bukan hidup dan sumber semula jadi
- Benda hidup dan alam sekitarnya
- Interaksi antara manusia, haiwan dan tumbuhan
- Pengurusan alam sekitar
- Strategi dalam p&p ialah melalui pendekatan:
- rohani dan moral
- penyerapan
- berpusatkan pelajar
- Bidang hasil pembelajaran yang perlu dikembangkan di kalangan pelajar ialah:
- pengetahuan dan kefahaman konsep
- nilai-nilai murni dan sikap positif
- kemahiran berfikir
- kemahiran manipulatif dan penggunaan deria
- aplikasi pengetahuan, nilai dan kemahiran ke dalam situasi yang baru
- Kaedah dan aktiviti yang harus digunakan ialah yang menarik serta menyeronokkan dan yang
berpusatkan kepada pelajar dan kaedah atau aktiviti itu adalah seperti berikut:
- Kerja amali
- Membuat kajian dan eksperimen
- Perbincangan
- Sumbang saran
- Demonstrasi
- Menonton TV, video dan slaid
- Memerhati dan memeriksa spesies, objek dan gambar foto
- Cerita
- Membaca buku, majalah dan akhbar
- Projek
- Permainan dan simulasi
- Syarahan, ceramah, penerangan, wawancara dan forum
- Lawatan
- Kempen alam sekitar
- Rintis
- Kem alam sekitar
- Program sandaran
- Unsur pendidikan alam sekitar boleh diserap dengan berkesan dalam pengajaran dan
pembelajaran melalui stesen-stesen pendidikan alam sekitar berikut yang boleh ditubuhkan
dikawasan sekolah dan digunakan oleh pelbagai mata pelajaran:
- Stesen mengkaji tanah termasuk mengkahi hakisan tanah
- Stesen mengkaji pencemaran
- Stesen mengkaji tumbuhan
- Stesen mengkaji haiwan
- Stesen mengkaji interaksi antara haiwan dan tumbuhan
- Stesen mengkaji penggunaan tenaga elektrik
- Stesen mengkaji penggunaan air
- Stesen mengkaji penggunaan tenaga solar
- Stesen mengkaji penggunaan tenaga angin
- Stesen mengkaji penggunaan bahan api
- Stesen mengkaji penggunaan bahan buangan
- Stesen mengkaji tanam-tanam
- Stesen mural
- Stesen mengkaji cuaca
- Stesen permainan pendidikan alam sekitar
- Stesen di tiang bendera
- Stesen mengkaji bumi dan alam semesta
- Stesen di tandas dan dibilik darjah.
- Sekolah juga digalakkan menubuhkan pusat sumber pendidikan alam sekitar untuk menyimpan
dan mempamerkan bahan alam sekitar.
- Masalah penggunaan dadah dan penyakit AIDS di negara ini kian meningkat dan salah satu
daripada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah ini ialah melalui pendidikan pencegahan
dadah dan penyakit AIDS.
- Matlamat pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS adalah untuk membentuk pelajar
yang mengetahui dan menyedari tentang bahayanya dadah dan penyakit AIDS dan berupaya
membina ketahan diri dan menjauhkan daripada dadah dan penyakit AIDS.
- Objektif pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS adalah untuk membolehkan pelajar:
- memperoleh pengetahuan dan kefahaman mengenai dadah dan penyakit AIDS
- memperoleh kemahiran dalam mengenal pasti masalah emosi dan sosial remaja dan membuat
keputusan yang baik
- menghayati dan mengamalkan nilai dan sikap yang positif dan kehidupan yang sihat,
selamat dan sejahtera.
- Pendidikan pencegahandadah dan penyakit AIDS tidak diajar sebagai satu mata pelajaran
tersendiri, tetapi unsur-unsurnya diserap merentas kurikulum
- Aktiviti yang boleh digunakan untuk menyerapkan unsur-unsur pendidikan pencegahan dadah
dan penyakit AIDS termasuk:
- soal jawab
- perbincangan
- bacaan
- ceramah
- lawatan
- tayangan TV, video
- kerja projek
- lakonan
- simulasi
- main peranan
- demonstrasi
- perbahasan
- cerita
- lukisan, lakaran
- Guru perlu merujuk kepada Buku Paduan Guru, Pendidikan Pencegahan Dadah dalam KBSM, PPK,
1994 dan juga kepada berbagai-bagai risalah dan poster tentang dadah dan penyakit AIDS
yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan atau lain-lain agensi.
- Pada masa sekarang masalah sosial remaja seperti ponteng sekolah, penyalahgunaan dadah,
merokok, budaya lepak, bohsia, bohjan dan masalah juvana seperti merompak, peras ugut,
mencuri dan lain-lain adalah banyak dan luas.
- Masalah ini berpunci dari faktor-faktor seperti kurang kemahiran keibubapaan dan
kekeluargaan, pengaruh rekan subaya dan media massa, kurang perhatian dan kasih sayang,
mahukan kebebasan, tidak tahu menggunakan masa lapang dan menyelesaikan masalah dan
lain-lain faktor sisio ekonomi.
- Penyelesaian masalah sosial remaja itu adalah tanggungjawab bersama semua pihak iaitu
remaja itu sendiri, ibu bapanya, sekolah dan masyarakat.
- Di peringkat sekolah, mahupun unsur-unsur kekeluargaan telah disisipkan ke dalam
beberapa mata pelajaran, guru perlu memainkan peranan'ibu bapa' kepada pelajar selain
daripada peranan guru.
- Kemahiran keibubapaan dalam kekeluargaan yang perlu diperoleh oleh anda termasuk:
- mendengar
- membimbing
- memberi kasih sayang
- menggalak
- memberi pendidikan asas agama
- memberi kerjasama
- memberi keyakinan
- menunjuk cara
- membuat keputusan
- menyelesaikan masalah
- membantu
- memuji
- Guru perlu merujuk kepada 'Garis Panduan Kemahiran Keibubapaan dalam kekeluargaan', PPK,
1995 dan pelbagai buku tentang 'Kaunseling".
- Tiap-tiap hari kita baca dalam akhbar tentang kemalangan yang berlaku di jalan raya yang
mengakibatkan kecederaan atau kematian orang ramai termasuk pelajar sekolah.
- Kemalangan di jalan raya berpunca dari berbagai-bagai fkator seperti kecuaian, tidak
mematuhi peraturan jalan raya, tidak sabar, kerosakan kenderaan dan sebagainya.
- Walaupun 'kemalangan tidak berbau', guru harus menyerapkan unsur-unsur keselamatan di
jalan raya merentas kurikulum dan juga di dalam kegiatan kokurikulum.
- Matlamat pendidikan keselamatan di jalan raya adalah untuk pelajar mengetahui dan
mengamalkan langkah-langkah keselamatan di jalan raya.
- Objektif pendidikan keselamatan di jalan raya adalah supaya pelajar dapat:
- memperoleh pengetahuan dan kefahaman mengenai peraturan dan langkah-langkah keselamatan
di jalan raya
- menghayati dan mengamalkan langkah-langkah keselamatan di jalan raya
- Guru harus menyerapkan unsur-unsur keselamatan di jalan raya semasa p&p topik-topik
yang sesuai dan selalu mengingatkan pelajar supaya mereka sentiasa berwaspada dan
berjaga-jaga apabila di jalan raya semasa:
- berjalan kaki di tepi jalan;
- melintas jalan;
- menunggang basikal, membawa motorsikal atau kereta; atau
- menaiki kenderaan.
- Guru boleh menggunakan pelbagai aktiviti di bawah tajuk 3, 4 dan 5 untuk menyerapkan
unsur-unsur keselamatan di jalan raya.
- Guru juga digalakkan merujuk atau menggunakan pelbagai bahan sumber seperti keratan
akhbar, risalah, panduan peraturan jalan raya dan poster yang dikeluarkan oleh pelbagai
pihak kerajaan dan swasta tentang keselamatan di jalan raya.
- Dalam pembelajaran masteri, selain daripada memastikan pelajar dapat menguasai isi
kandungan, guru harus juga mengembangkan atau menyerapkan yang berikut:
- Unsur-unsur patriotisme: untuk membentuk warganegara yang patriotik dan berkeperibadian
Malaysia.
- Unsur-unsur pendidikan alam sekitar: supaya pelajar sedar dan boleh mengambil tindakan
untuk memelihara dan memulihara alam sekitar
- Unsur-unsur pendidikan pencegahan dadah dan penyakit AIDS: supaya pelajar sedar tentang
bahayanya dadah dan AIDS dan boleh mengambil tindakan untuk mencegah daripadanya.
- Unsur-unsur kemahran keibubapaan dalam kekeluargaan: supaya pelajar dapat rasa seperti
ahli keluarga di bilik darjah di mana memainkan peranan 'ibu bapa' dan mengelakkan pelajar
daripada masalah sosial remaja.
- Unsur-unsur pendidikan keselamatan di jalan raya: supaya pelajar bergaja-jaga dan
mengamalkan langkah-langkah keselamatan di jalan raya.
- Guru bolah menggunakan pelbagai aktiviti yang menarik serta menyeronokkan dan yang
berpusatkan kepada pelajar untuk menyerapkan unsur-unsur tersebut di atas.
- Guru juga digalakkan merujuk atau menggunakan pelbagai bahan sumber yang dikeluarkan
oleh berbagai-bagai pihak kerajaan dan swasta.

|