|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
1. Apakah Tujuan Unit Ini?
|
| Kaedah ganjaran | |
| Kaedah hukuman |
ii. Guru digalakkan menggunakan kaedah ganjaran kerana kaedah ini didapati membawa kesan yang lebih baik dan positif.
iii. Dalam kaedah ganjaran guru boleh menggunakan berbagai-bagai teknik yang dicadangkan di bawah secara kombinasi:
| Memberi kasih sayang | |
| Memuji | |
| Memberi galakan | |
| Menghaomati | |
| Menanam minat | |
| Sedia membantu dan bekerjasama | |
| Sedia mendengar dan bersimpati | |
| Berhemah tinggi | |
| Menanam rasa yakin | |
| Menanam budaya rajin belajar, ingin mencari ilmu, minda inkuiri, membaca | |
| Memberi cabaran | |
| Memberi tugasan | |
| Yang boleh diselesaikan | |
| Memberi ganjaran atau hadiah | |
| Menggunakan unsur-unsur agama | |
| Menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat | |
| Menggunakan cerita atau kisah yang bertema moral | |
| Berfikir secara positif | |
| Memberi tanggungjawab tugas | |
| Memberi bimbingan dan kaunseling |
iv. Guru juga digalakkan mencipta lain-lain teknik dibawah kaedah ganjaran.
v. Kadangkala guru terpaksa menggunakan hukuman dan teknik dalam kaedah ini termasuk:
| Tegas | |
| Tegur | |
| Disiplin | |
| Marah | |
| Denda |
vi. Sekiranya guru terpaksa menggunakan suatu teknik dalam kaedah hukuman, guru harus juga menggunakan teknik dalam kaedah ganjaran.
vii. Contohnya, sekiranya guru terpaksa marah seorang pelajar yang sudah banyak kali tidak membuat kerja rumah kerana malas, guru harus juga memberi sebab-sebab, memberi tugas atau tinggungjawab yang ringan, memuji dan memberi kasih sayang.
viii. Guru harus mengelak daripada menggunakan teknik berikut yang boleh mengakibatkan kesan yang buruk atau negatif:
| Memaki | |
| Memalukan | |
| Menakutkan | |
| Mencederakan | |
| Dera | |
| Tidak mempeduli | |
| Mengkritik sifat perbadi | |
| Menghampakan |
ix. Guru harus sentiasa sedar bahawa walaupun motif anda adalah untuk merangsang atau mendisiplinkan pelajar, guru mungkin boleh didakwa di mahkamah sekiranya guru mencederakan seseorang pelajar ataupun menggunakan dan menyebarkan pernyataan palsu yang memalukan atau menghampakan seseorang pelajar atau keluarganya.
9.3.2 Motivasi Intrinsik
i. Guru harus mengajar pelajar kaedah atau teknik merangsangkan diri kerana kemahiran ini adalahkemahiran seumur hidup untuk merangsang mereka belajar atau bertindak bagi mencapai sesuatu.
ii. Pelajar boleh menggunakan dua kaedah berikut untuk merangsang diri:
| Kaedah ganjaran | |
| Kaedah hukuman |
iii. Dalam kaedah ganjaran, pelajar boleh menggunakan mana-mana teknik berikut secara kombinasi yang akan memberi kesan baik untuk merangsang diri:
| Ingin mendapat kasih sayang, kepujian, penghormatan dan sebagainya daripada orang lain seperti guru, ibu bapa, rakan sebaya. | |
| Ingin menggembirakan hati guru, ibu bapa dan rakan-rakan | |
| Ingin mencapai cita-cita sebagai doktor, jurutera, peguam, juruterbang, atau pelajar terbaik. | |
| Berasa yakin | |
| Meminat diri | |
| Menggunakan unsur-unsur agama | |
| Menggunakan pelbagai cogan kata atau kata hikmat | |
| Mengamalkan nilai-nilai murni | |
| Tidak berputus asa | |
| Mencuba sehingga berjaya | |
| Sedia menghadapi cabaran | |
| Memberi ganjaran atau hadiah kepada diri sendiri apabila sudah berjaya seperti menonton TV, membelanjakandiri atau orang lain, atau berkelah | |
| Menaakul dan meramal | |
| Berfikir secara kritis dan kreatif | |
| Bertanding dengan diri sendiri |
iv. Guru juga menggalakkan pelajar mencipta dan menggunakan teknik lain yang berkesan untuk merangsang mereka.
v. Dalam kaedah hukuman, pelajar boleh menggunakan mana-mana teknik berikut secara kombinasi:
| Ingin mengelakkan daripada penderitaan, dera atau hukuman seperti marah, tegur, malu, denda, takut, atau dera. | |
| Mendenda atau menghukuman diri: misalnya tidak menonton TV atau mengurangkan masa untuk menonton TV. |
10. Kemahiran Mengingat Yang Perlu Dikembangkan
10.1 Walaupun pelajar sudah memahami apa yang telah diajar, ini tidak bermakna mereka boleh ingat untuk jangka masa panjang.
10.2 Jadi, guru harus menentukan pelajar mempelajari kemahiran mengingat.
10.3 Pada asasnya, cara untuk mengingat ialah mengulang kaji: kerap kita ulangkaji lebih lama ingatan
10.4 Pelajar yang berbeza dalam kecerdasan memerlukan bilangan ulang kaji yang berbeza.
10.5 Teknik mengingat yang boleh digunakan oleh pelajar termasuk:
i. Menyedia dan mengulang kaji peta konsep atau peta minda:
Berbagai-bagai peta konsep atau minda telah diterangkan.
ii. Menyedia dan mengulang kaji carta aliran dan gambar rajah Venn.
iii. Menyedia dan mengulang kaji singkatan, simbol, nemoniks, lukisan atau lakaran.
iv. Membuat bayangan atau visual:
a. Membuat bayangan atau visual dalam minda dengan gambar, gambar rajah, peta konsep, carta aliran, jadual, graf, pemandangan atau pergerakan.
b. Mengulang atau mengingat kembali bayangan atau visual itu dengan lebih kerap.
v. Menyebut berulang kali:
a. Menyebut berulang kali perkataan, data, fakta atau maklumat akan membantu ingatan.
b. Mengingat perkataan adalah susah tetapi boleh dicapai sekiranya bilangan perkataan dikurangkan kepada perkataan yang penting sahaja dan juga digunakandgn teknik lain seperti peta konsep, bayangan, carta aliran dan sebagainya.
vi. Menulis atau melakar semula:
a. Menulis atau melakar semula berulang kali perkataan, data, fakta, peta konsep, carta aliran dan sebagainya akan membantu daya mengingat.
b. Pelajar anda perlu dilatih menulis atau melakar tanpa melihat nota yang telah disediakan.
vii. melakukan gerakan, kerja amali, eksperimen:
a. sekiranya pelajar melakukan sesuatu gerakan, kerja amali atau eksperimen, ingatan mereka lebih lama.
b. Misalnya, pelajar yang melakukankerja amali atau eksperimen berkaitan dengan fotosintesis, ingatan mereka lebih lama
viii. membuat kaitan:
a. membuatan kaitan dengan cepat dan meluas akan membantu daya mengingat
b. nombor, perkataan, data, fakta atau meklumat boleh dikaitkan dengan akronim, nemoniks atau perkataan berirama, dengan bayangan atau visual seperti gambar, peta konsep, atau carta.
c. misalnya, untuk mengingat kembali proses belajar kita boleh mengaitkannya dengan akronim BaFIA iaitu baca, faham, ingat, dan aplikasi.
10.6 Pelajar harus menggunakan mana-mana teknik mengingat yang tersebut di atas secara berasingan atau kombinasi.
10.7 Yang penting ialah pelajar harus mengulang kaji berkali-kali.
11. Kemahiran Menjawab Soalan Pepeperiksaan Yang Perlu Dikembangkan
11.1 Kemahiran menjawab soalan peperiksaan adalah penting untuk pelajar anda mendapat markah yang lebih tinggi.
11.2 Guru harus mengkaji soalan-soalan peperiksaan awam pada tahun-tahun yang lepas untuk mengetahui:
i. Format dan peraturan bagi peperiksaan mata pelajaran itu termasuk format dan peraturan menjawab soalan atau mengisi kertas jawapan.
ii. Bilangan, bentuk dan susunan soalan-soalan
iii. Masa untuk peperiksaan mata pelajaran itu.
iv. Fakta, konsep, kemahrian berfikir dan kemahiran lain yang selalu diuji.
11.3 Guru harus melatih pelajar sepanjang tahun dalam teknik menjawab soalan peperiksaan supaya mereka tahu bagaimana serta merasa yakin untuk menjawab soalan peperiksaan awam.
11.4 Dalam proses melatih pelajar:
i. Guru harus membimbingan pelajar dalam cara menjawab soalan peperiksaan dengan contoh-contoh yang sesuai.
ii. Kemudian, guru harus memberi banyak latihan sehingga pelajar mahir menjawab soalan peperiksaan.
11.5 Soalan peperiksaan untuk sesuatu mata pelajaran mungkin berbentuk objektif, subjektif atau kedua-duanya.
11.6 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif, guru harus menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab seboleh-bolehnya semua soalan dalam masa yang diberi
v. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu.
vii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya.
viii. pilih jawapan daripada pilihan beraneka
ix. tandakan jawapan dalam kertas jawapan dengan cara yang betul
x. semak semua jawapan
11.7 Dalam menjawab soalan peperiksaan berbentuk subjektif atau esei guru harus menentukan pelajar boleh:
i. tenangkan hatinya supaya tidak panik
ii. baca, faham dan ikut arahan sebelum menjawab soalan-soalan.
iii. tulis atau tandakan butir-butir yang betul di kertas jawapan
iv. jawab semua soalan dalam masa yang diperuntukkan.
v. pilih soalan-soalan yang mudah dahulu.
vi. jawab soalan-soalan yang mudah dahulu
vii. hadkan masa untuk menjawab sesuatu soalan
viii. baca dan faham sesuatu soalan sebelum menjawabnya
ix. rancang jawapan (3-5 min) sebelum menjawab.
x. tulis jawapan dengan laju serta boleh dibaca
xi. semak semua jawapan.
12. Rumusan
12.1 Kemahiran belajar merupakan kemahiran seumur hidup dan kemahiran itu adalah penting untuk pelajar mempelajari dan menguasai sesuatu yang diajar oleh anda.
12.2 Guru harus melatih pelajar dalam demahiran belajar berikut:
i. Kemahiran dalam proses belajar:
Ini melibatkan kemahiran membaca, memahami, mengingat dan mengaplikasi
ii. Kemahiran menguruskan masa:
Kemahiran ini adalah kemahiran menyediakan jadual waktu belajar.
iii. Kemahiran perpustakaan:
Ini melibatkan kemahiran mencari maklumat yang dikehendaki.
iv. Kemahiran meperoleh maklumat:
Ini melibatkan kemahiran mengenal pasti, mengumpul,membuat analisa, dan menyampaikan maklumat.
v. Kemahiran membaca:
SQ3R (Skim, Question, Read, Recite, Review): Baca sepintas lalu, menyoal, membaca, menyebut semula, menyemak.
vi. Kemahiran membuat nota:
Dengan pelbagai cara seperti perkataan penting,singkatan, simbol,nemoniks, akronim, lukisan atau lakaran, dan pelbagai bentuk seperti objektif,jadual, carta aliran, gambar rajah Venn, peta konsep atau minda.
vii. Kemihiran memotivasi:
Dengan cara ekstrinsik di mana pelajar dirangsang oleh anda dengan ganjaran atau hukumandancara intrinsik di mana pelajar merangsang diri dengan ganjaran atau hukum.
viii. Kemahiran mengingat:
Mengulang nota yang telah disediakan dengan berulang kali, membuat gerakan, kerja amali, eksperimen dan dengan membuat kaitan atau bayangan.
ix. Kemahran menjawab soalan peperiksaan berbentuk objektif dan subjektif.
12.3 Guru harus mengembangkan kemahiran belajar itu semasa p&p.
![]()