Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Penentuan Hasil Pembelajaran

horizontal rule

  1. Mengapa Hasil Pembelajaran Harus Ditentukan?
  2. Apakah Dia Hasil Pembelajaran?
  3. Bagaimanakah Hasil Pembelajaran Dalam Bidang Kognitif, Afektif dan psikomotor dinyatakan?
  4. Bagaimanakah mengenal pasti hasil pembelajaran dalam pelbagai dokumen kurikulum
  5. Contoh HSP Bahasa Melayu
  6. Contoh HSP Matematik KBSR
  7. Contoh HSP Sains KBSR
  8. Contoh HSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR
  9. Rumusan

horizontal rule

bullet
Pentingnya Hasil Pembelajaran
  1. Langkah pertama dalam pembelajaran masteri ialah anda harus menentukan hasil pembelajaran untuk sesuatu unit pembelajaran atau tajuk.
  2. Penentuan hasil pembelajaran adalah penting kerana penentuannya dapat:
    1. menyatakan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar
    2. menolong anda memberi tumpuan dalam penguasaan hasil
    3. membantu anda dalam merancang dan menggunakan pelbagai kaedah pembelajaran dan alat bantu mengajar yang berkesan untuk pelajar menguasai hasil pembelajaran itu
    4. menolong anda dalam membina ujian formatif dan sumatif
  3. Di negara maju, trend pendidikan sekarang adalah ke arah penguasaan hasil pembelajaran
  4. Pelajar harus juga tahu apa hasil pembelajaran yang mesti dikuasai supaya mereka boleh memberi tumpuanuntuk belajar dan menguasai apa yang dikehendaki.
bullet
Maksud Hasil Pembelajaran
  1. Hasil pembelajaran ialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.
  2. Contoh hasil pembelajaran ialah:
    1. Menamakan ibu kota bagi setiap negeri di Malaysia
    2. Mengenal pasti kata nama dan kata kerja dalam satu ayat
    3. Menambah sebarang dua nombor tidak lebih daripada 1000
    4. Membanding dan membezakan haiwan dan tumbuhan
    5. Memberi sebab-sebab mengapa kerajaan awal wujud di pesisiran pantai
    6. Menerangkan kepentingan kebersihan
    7. Melukis seekor kucing
    8. Mengetam sekeping papan
    9. Memukul bole hoki yang bergolek
    10. Membuang sampah ke dalam tong sampah
  3. Perkatian di antara hasil pembelajaran dan proses pengajaran dan pembelajaran ditunjukkan dalam Rajah 2.
  4. Pengalaman pembelajaran yang diberi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bukanlah hasil pembelajaran tetapi hanya merupakan cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
  5. Isi kandungan, kaedah emngajar dan bahan pengajaran dalam proses pengajaran merupakan alat atau cara untuk mencapai hasil pembelajaran.
  6. Tentukan anda boleh mengenal pasti dan membezakan hasil pembelajaran daripada isi kandungan, proses pengajaran dan pkroses pembelajaran.Contohnya diberi dalam Jadual 1.

Jadual 1: Jenis Pernyataan dalam P&P

Pernyataan Jenis
  1. Benda hidup boleh bergerak, makan, bernafas, merespons kepada stimuli
Isi kandungan
  1. Untuk menambahkan pengetahuan pelajar tentang sifat benda hidup
Proses pengajaran
  1. Memperoleh pengetahuan tentang sifat benda hidup
Proses pembelajaran
  1. Memahami sifat benda hidup
Hasil pembelajaran umum
  1. Menghuraikan sifat benda hidup
Hasil pembelajaran khusus
  1. Pernyataan 'a' hanya menyatakan isi kandungan dan tidak menyatakan sama ada pelajar harus menyenaraikan,mengenal pasti atau menghuraikan sifat benda hidup.
  2. Pernyataan 'b' bermaksud guru dan bukan pelajar yang akan menambahkanpengetahuan mengenai sifat benda hidup dan pernyataan ini merupakan proses pengajaran
  3. Pernyataan 'c' bermakna pelajar memperolehi pengetahuan dan pernyataan ini merupakan proses pembelajaran dan bukan hasil pembelajaran.
  4. Pernyataan 'd' bermaksud pelajar dapat memahami dan pernyataan ini adalah hasil pembelajaran umum dan bukan khusus kerana "memahami sifat benda hidup" melibatkan pelbagai hasil pembelajaran khusus seperti:
    1. Menyatakan sifat benda hidup
    2. Mengenal pasti sifat benda hidup
    3. Menerangkan sifat benda hidup
    4. Memberi contoh benda hidup
    5. Membezakan benda hidup dan benda bukan hidup
    6. Mengkelaskan benda ke dalam kumpulan benda hidup dan benda bukan hidup
  5. Pernyataan 'e' bermakna pelajar menghuraikan dan pernyataan ini merupakan hasil pembelajaran khusus.
  6. Dalam pembelajaran masteri guru harus menentukan hasil pembelajaran khusus kerana mudah dinilai.
  7. Di sekolah menengah, guru boleh menyatakanhasil pembelajaran yang umum denganberfokuskan kepada beberapa hasil pembelajaran khusus.
bullet
Pernyataan Hasil Pembelajaran

Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam

  1. Bentuk:
    1. Hasil Pembelajaran Umum
    2. Hasil Pembelajaran Khusus
  2. Bidang:
    1. Kognitif
    2. Afektif
    3. Psikomotor
  3. Aras:
    1. Satu
    2. Dua
    3. Tiga (lebih tinggi)
bullet
Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang kognitif
  1. Bidang kognitif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan hasil intelek seperti pengetahuan, pemahaman dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
  2. Hasil pembelajaran boleh dikategorikan ke dalam enam kategori berikut mengikut Taksonomi Bloom:
    1. Pengetahuan:

      Mengingat kembali sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur.

    2. Kefahaman:

      Kebolehan menerangkan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dengan perkataan sendiri.

    3. Aplikasi:

      Kebolehan menggunakan sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur dalam situasi yang baru

    4. Analisis:

      Kebolehan memecahkan kkonsep, kaedah, cara atau prosedur kepada bahagian-bahagian dan mengenal pasti perkaitan di antaranya.

    5. Sintesis:

      Kebolehan mencantumkan unsur-unsur atau konsep-konsep supaya mendapat satu corak atau struktur yang bermakna.

    6. Penilaian:

      Kebolehan menilai sesuatu idea, konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur, projek atau tindakan.

  3. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut:

    Pelajar dapat

    bulletmengetahui sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur
    bulletmemahami sesuatu istilah, fakta, konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara atau prosedur.
    bulletmentafsir sesuatu bahan bahasa, rajah, carta atau graf.
    bulletmenggunakan atau mengaplikasikan sesuatu konsep, prinsip, hukum, kaedah, cara prosedur dalam situasi yang baru.
    bulletmenyelesaikan sesuatu masalah
    bulletmenganalisis sesuatu konsep, prinsip, kaedah, cara, prosedur atau hasil
    bulletbertutur atau berucap tentang sesuatu
    bulletmenulis sesuatu sama ada cerita, esei, pantun, sajak, atau muzik
    bulletmerancang sesuatu
    bulletmenilai sesuatu sama ada penulisan, cerita, artikel, lukisan, persembahan, hasil kerja
  4. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan perkataan kata kerja berikut (Gronlund N.E., 1970):

Pelajar dapat:

(a) Pengetahuan:

melabel memadan menama
mendefinisi mengenal pasti menyatakan
menyebut menyenarai  

        (b) Kefahaman:

memberi contoh memperluaskan menambah
menganggar menerang menghurai

(c) Aplikasi

menemui mengait menggunakan
menghasil mengira mengubah suai
menukar menunjukkan menyediakan
menyelesaikan meramal  

(d) Analisis:

membahagi membanding membeza
membuat inferens memecahkan memilih
mengasing mengilustrasi menyusun

(e) Sintesis:

bercerita bertutur berucap
membina semula membuat generalisasi mencantumkan
mengarang mengkategori mengkelaskan
mengumpul menjana merancang
menulis meringkas merumus

(f) Penilaian:

membuat kesimpulan mempertahankan mempertikaikan
mengkritik menilai menyokong
  1. Anda bolehlah menambahkan hasil pembelajaranyang lain yang tidak terkandung dalam senarai di atas.
bullet
Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang afektif
  1. Bidang afektif termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan rohani dan emosi seperti sikap dan nilai.
  2. Nilai murni sarwajagat berikut harus diserapkan dalam setiap mata pelajaran:
    bulletbaik hati
    bulletberdikari
    bullethemah tinggi
    bullethormat
    bulletkasih sayang
    bulletkeadilan
    bulletkebebasan
    bulletkeberanian
    bulletkebersihan fizikal dan mental
    bulletkejujuran
    bulletkerajinan
    bulletkerjasama
    bulletkesederhanaan
    bulletkesyukuran
    bulletrasional
    bulletsemangat bermasyarakat
  3. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut:
    bulletmenyedari tentang sesuatu
    bulletmenerima sesuatu seperti teguran, nasihat, tugas, penerangan, tanggungjawab, wujudnya perbezan, kepercayaa.
    bulletmemahami kepentingan tentang sesuatu sikap, nilai, peraturan
    bulletmenghargai sesuatu
    bulletmenggunakan sesuatu sikap positif atau nilai dalam situasi yang baru
    bulletmenunjukkan kepekaan, minat, keseronokan, keselamatan, kesabaran, amalan sesuatu nilai murni (lihat di atas), atau sesuatu sikap yang positif seperti proaktif, bertanggungjawab, timbang rasa, ingin tahu, ingin menyelesaikan masalah, tekun, tah.
    bulletbersyukur
    bulletmenyayangi sesuatu
    bulletberjimat-cermat
    bulletberbangga dengan sesuatu
  4. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut:
    bulletbekerja dengan tekun, taba
    bulletbelajar dengan tekun, tabah
    bulletberbaris
    bulletberbincang dengan kawan, rakan atau dalam kumpulan
    bulletbercakap denan sopan santun
    bulletberdiri tegak
    bulletberjalan denan sopan santun
    bulletbergembira
    bulletberpakaian kemas dan besih
    bulletbersuara lembut
    bulletbertanya
    bulletberucap
    bulletduduk tegak
    bulletmelaksanakan
    bulletmelakukan
    bulletmematuhi arahan, peraturan
    bulletmembantu kawan, rakan, orang awam
    bulletmemberi barang, derma, perhatian, salam, tumpuan
    bulletmembezakan betul dan salah, baik dan tidak baik
    bulletmembuang sampah ke dalam tong sampah
    bulletmemilih yang baik, betul
    bulletmempengaruhi
    bulletmempersembahkan
    bulletmemulangkan barang terjumpa, pinjaman
    bulletmenasihati
    bulletmencadangkan
    bulletmenegur
    bulletmenepati masa
    bulletmenerangkan sesuatu sikap atau nilai murni
    bulletmengamalkan sesuatu amalan yang baik
    bulletmengambil bahagian
    bulletmengatur
    bulletmenghasilkan sesuatu kerja, latihan, tugas
    bulletmengikut
    bulletmengubahsuaikan
    bulletmengutip barang,derma, sampat
    bulletmenilai
    bulletmenjaga
    bulletmenunggu giliran
    bulletmenyoal
    bulletmenyusun dengen kemas dan teratur
    bulletmewajarkan
    bullettersenyum
  5. Guru harus tahu bahwa hasil pembelajaran dalam bidang afektif mengambil masa yang panjang untuk dikuasai dan ia susah dinilai
  6. Walau bagaimanapun anda harus menyerapkan sikap yang positif dan nilai murni di kalangan pelajara semasa pengajaan dan pembelajaran.
bullet
Menyatakan hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor
  1. Bidang psikomotor termasuk hasil pembelajaran yang menegaskan kemahiran gerakan seperti penulisan, menaip, berenang, melompat tinggi, bermain, memasak, melukis, membina sesuatu dan mengoperasi mesin atau alat.
  2. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran umum dengan menggunakan perkataan kerja berikut:

    Pelajar dapat:

bulletbermain sesuatu permainanatau alat muzik
bulletmenulis dengan cepat dan tulisan mudah dibaca
bulletmelakar sesuatu
bulletmelukis sesuatu
bulletmemasang sesuatu
bulletmenaip dengan cara betul
bulletmengoperasikan sesuatu alat atau mesin
bulletmemasak nasi, lauk
bulletmenunjukkan kebolehan membuat sesuatu
bulletmembaiki sesuatu
bulletmembina sesuatu
bulletmembuat sesuatu
bulletmereka cipta sesuatu
bulletmenghasilkan sesuatu
  1. Guru boleh menyatakan hasil pembelajaran khusus dengan menggunakan perkataan kata kerja berikut:

    Pelajar dapat:

berenang berlari melompat
memaku memanaskan memangkas
memasangkan membaja membakar
membaling membalut membersihkan
membuat membuka memegang
menaip menampal mencampur
mencangkuk menebuk menendang
menentukan mengacau mengaitkan
mengapit mengecat mengeluarkan
mengenal pasti menggunakan menghasilkan
menghias menghidupkan mengisar
mengukur menimbang menjahit
menuang menukarkan menukul
menyambungkan menyukat mereka cipta
  1. Selain daripada senarai di atas, guru boleh mmenambahkan hasil pembelajaran yang lain.
bullet

Hasil Pembelajaran Dapat Dikenal Pasti Dalam Huraian Sukatan Pelajaran

  1. Guru boleh mengenal pasti hasil pembelajaran khusus yang terkandung di bawah pelbagai lajur seperti:
    1. Objektif atau Objektif Khusus
    2. Huraian atau Huraian Kandungan
    3. Kemahiran, Kemahiran Saintifik, atau Kemahiran Berfikir
    4. Aktiviti atau Kegiatan
    5. Nilai
    6. Unsur Patriotisme
    7. Catatan
  2. Guru harus membezakan hasil pembelajaran yang khusus daripada yang umum dalam bidang kognitif, afektif dan psikomotor seperti diterangkan di atas.
  3. Sekiranya hasil pembelajaran itu telah dinyatakan secara umum, guru boleh menyatakannya semula secara khusus dengan panduan yang diberi.
  4. Beberapa contoh HSP diberi di bawah untuk menunjukkan bagaimana anda boleh mengenal pasti atau menyatakan hasil pembelajaran khusus.
  5. Guru boleh teruskan kepada contoh HSP bagi mata pelajaran yang berkenaan.
bullet
Contoh HSP Bahasa Melayu SK: Tahun 2
  1. Contoh HSP tentang kemahiran, "bercerita" dalam SP diberi dalam Jadual 2 di bawah.
  2. Hasil pembelajaran khusus diberi di bawah lajur Kemahiran sebagai "Bercerita berpandukan gambar atau keadaan sebenar".
Jadual 2
RSP Kemahiran Huraian Sukatan Pelajaran
1.32 Bercerita berpandukan gambar atau keadaan sebenar -Pelajar bercerita berpandukan gambar bersiri atau gambar tunggal yang mengandungi pelbagai maklumat.

Contoh:

forklft.wmf (2840 bytes)

bulletpekerja sedang membelah dan memotong kayu balak
bulletjentera sedang mengangkat kayu balak dari lori

- Pelajar bercerita tentang keadaan sebenar yang diperlihatkan

Contoh: Situasi sewaktu pulang dari sekolah

 

bullet
Contoh HSP Matematik KBSR: Tahun 4
  1. HSP tentang satu kemahiran matematik, "2. Menambah dalam lingkungan 10 000" ditunjukkan dalam Jadual 3.
Jadual 3
Kandungan Dalam Sukatan Pelajaran Huraian Nota
2.5 Menambah sebarang dua nombor dengan mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak lebih daripada 10 000 1. Menambah sebaran dua nombor tanpa emngumpul semula dan hasil tambahnya kurang daripada 10 000.

1.1 Menambah sebarang dua gandaan seribu yang hasil tambahnya tidak lebih daripada 9 000:

a. secara lisan

b. secara bertulis

Pelajar perlu dibimbing mengulang fakta asas tambah terlebih dahulu.

Gunakan pembilang sebagai panduan pada peringkat awal bagi kemahiran 1.1 - 1.3.

Contoh bagi kemahiran 1.1(b):

1.     1 000 + 2 000= _____

2.     4 000

      +2 000

      --------

  1. Hasil pembelajarankhusus dinyatakan di bawah lajur Huraian dan beberapa hasil pembelajaran khusus diberi, misalnya:

"1.1 Menambah sebarang dua gandaan seribu yang hasil tambahnya tidak lebih daripada 9000:

a. secara lisan

b. secara bertulis

 

bullet
Contoh HSP Sains KBSR: Tahun 4
Jadual 4
Objektif Pencapaian Cadangan Pengalaman Pengajaan
Objektif Umum Objektif Khusus
2. Memahami bahawa sifat fizikal dan ciri haiwan dan tumbuhan boleh digunakan untuk mengkelaskan kehidupan 2.1 Mengenal sifat-sifat fizikal yang boleh dilihat pada haiwan

2.2 Membezakan haiwan mengikut sifat-sifat fizikal yang dikenal pasti

Memerhati sifat-sifat fizikal yang terdapat pada haiwan

Mengkelaskan haiwan mengikut sifat fizikal seperti berlulu, bersisik, berkaki, berkepak dan bercengkerang

  1. Satu contoh HS{ dalam bidang "Alam kehidupan" di beri dalam Jadual 4.

  2. Hasil pembelajaran umum dinyatakan di bawah lajur objektif umum

  3. Hasil pembelajaran khusus yang mesti dikuasai dinyatakan di bawah lajur objektif khusus.

bullet
Contoh HSP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan KBSR: Tahun 4
  1. Satu contoh HSP tentang Topik 3.3 "Keselamatan Api" diberi dalam Jadual 5.

  2. Hasil pembelajaran khusus dinyatakan bawah lajur Objektif Pembelajaran.

  3. Hasil pembelajaran khusus tambahan diberi bawah lajur Kegiatan

Jadual 5
Objektif Pembelajaran Kegiatan Catatan
Pelajar boleh:

i. Menyatakan langkah pencegahan kebakaran

Mengumpul dan menampal keratan akhbar, rencana dan majalahtentang langkah pencegahan kebakaran yang diambil oleh pihak tertentu. Rujuk Tajuk 2: Sukan dan Rekreasi:

2.2 Jadual Harian

 

bullet
Rumusan
  1. Hasil pembelajaranialah apa yang boleh ditunjukkan oleh pelajar tentang pengetahuan dan kebolehan membuat sesuatu selepas sesuatu perkara diajar.

  2. Penentuan hasil pembelajaran penting untuk:

    1. mengetahuan apa yang perlu dikuasai oleh pelajar;

    2. memberi tumpuan kepada penguasaannya;

    3. merancang kaedah-kaedah mengajar; dan

    4. membina ujian formatif dan sumatif

  3. Hasil pembelajaran khusus boleh dinilai dengan mudah dan harus dibezakan dengan hasil pembelajaran umum atau kenyataan lain yang merupakan isi kandungan, proses pengajaran dan proses pembelajaran.

  4. Hasil pembelajaran boleh dinyatakan dalam bentuk, bidang, dan aras

  5. Hasil pembelajaran dalam bidang kognitif menegaskan hasil intelek dan boleh dikategorikan mengikut Taksonomi Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

  6. Hasil pembelajaran dalam bidang afektif menegaskan hasil rohani dan emosi termasuk sikap dan nilai dan perlu diserapkan walaupun susah untuk dinilai dalam jangkamasa yang pendek.

  7. Hasil pembelajaran dalam bidang psikomotor menegaskan kemahian gerakan

  8. Guru perlu merujuk kepada pelbagai dokumen kurikulum khasnya huraian sukatan pelajaran.

    horizontal rule