|
Pengenalan
Salah satu alat yang berguna untuk pelajar dan guru
meningkatkan amalan refleksi, metakognisi, dan kemahiran belajar ialah
penulisan log pembelajaran. Ia juga merupakan alat yang sangat berkesan
sekiranya seorang guru ingin menjalankan penyelidikan tindakan. Nanum pun
demikian, masih banyak orang tidak mengetahui tentang sifat dan kegunaan log
pembelajaran. Diharap nota ringkas ini dapat memberi sedikit penjelasan
tentang log pembelajaran buat guru pelatih.
Apakah
itu log pembelajaran?
Log
pembelajaran (LP) merupakan jurnal di mana pelajar mencatatkan respons
peribadi, pertanyaan, perasaan, perubahaan pendapat, idea dan pengetahuan
tentang proses dan isi kandungan mengenai pembelajarannya. Ianya bukan
semata-matanya buku harian yang mencatatkan aktiviti harian atau sumber
catatan informasi dan aktiviti pengajian. Catatan LP menghendaki pelajar
mengenalpasti, menganalisa dan merenung tentang aspek-aspek pembelajaran dan
bukan menghuraikan pengalaman dan aktiviti pembelajaran. LP boleh digunakan
dalam sebarang mata pelajaran.
LP
menggabungkan refleksi dan analisis tentang pembelajaran pelajar situasi
pembelajaran. Ianya diselesaikan mengikut ketetapan guru atau apabila
pelajar berasa sesuatu masa yang sesuai. Adakalanya ia digunakan beberapa
kali sehari, atau sekali seminggu.
Apabila
pelajar membuat refleksi tentang pembelajaran, dan merekodnya dalam LP, ia
dapat mengenalpasti proses yang dialami dalam pengalaman pembelajaran.
Pelajar dapat mengembangkan diri sebagai pelajar aktif apabila ia
mempersoalkan:
 |
apa
yang ia (tidak) faham |
 |
tujuan-tujuan
aktiviti |
 |
keberkesanan
pembelajarannya |
 |
strategi-strategi
yang digunakan |
Mengapakah menggunakan log pembelajaran?
 |
Apabila
pelajar mencatat dalam LP ia dapat menyatakan pengalaman pembelajaran
dengan kata-kata sendiri. Justeru itu pembelajarannya menjadi lebih
bererti dan personal. Ini membolehkan pelajar merenung tentang
pembelajaran personal dan kumpulan. Melalui refleksi, ia dapat belajar
dengan lebih tentang diri sendiri dan memajukan kemahiran analitik,
refleksi dan metakognisi. |
 |
Penggunaan
LP merupakan satu cara berkesan untuk mengembangkan kemahiran refleksi
pelajar sebab semasa ia menulis, ia terpaksa memikirkan tentang proses
pembelajaran, dan akibatnya ia belajar cara belajar. LP merupakan
strategi yang dapat membantu pelajar merenung tentang pembelajaran dan
dalam pada itu, ia menjadi pelajar yang berkesan dan berdikari. |
 |
Guru
juga memperoleh faedah dari LP pelajar. Guru dapat membaca keperluan,
kekuatan dan masalah pelajar lalu memberi tindakbalas yang sesuai. Guru
juga dapat pemahaman yang penting tentang proses pemikiran setiap
pelajar dan menggunakan maklumat itu untuk menilai keberkesanan sesuatu
strategi pengajaran. |
Sokongan untuk penulis log pembelajaran?
Walaupun
pembelajaran merupakan proses semulajadi, penulisan LP merupakan sesuatu
yang perlu disemai dan dilatih. Pelajar biasanya menghadapi masalah apabila
dikehendaki menulis LP pada kali pertamanya khasnya jika catatan berbentuk
analisis dan refleksif. Pelajar boleh dibantu dengan berbagai-bagai kaedah.
 |
Menyediakan
soalan dan fokus
 |
mengutarakan
soalan spesifik tentang aspek-aspek tertentu pembelajaran atau
topik-topik khas sesuatu mata pelajaran. Soalan-soalan boleh
dibentuk oleh guru sendiri, dalam kumpulan, atau latihan kelas. |
 |
percambahan
idea jenis-jenis soalan yang boleh digunakan oleh pelajar. Ianya
boleh dijalankan dengan kaedah 'piggyback brainstorming' atau
'snowball brainstorming'. |
|
 |
Pemodelan
penulisan refleksi
 |
Guru
menjadi model dalam mendemonstrasikan fungsi refleksi, kaedah-kaedah
refleksi, dan cara-cara mencatatkan hasil refleksi dalam LP. Melalui
pemodelan pelajar dapat memahami dan mengembangkan perbezaan di
antara penghuraian peristiwa dengan pemikiran sistematik tentang
akibat, tujuan dan kepentingan pembelajarannya. |
 |
Pemodelan
melibatkan percakapan dan/atau penulisan di hadapan pelajar tentang
pengalaman pengajaran/pembelajaran. Ia melibatkan demonstrasi
implisit dan eksplisit tentang bagaimana refleksi yang berkesan
dapat dicatatkan. |
 |
Refleksi
bertulis boleh dibina di hadapan pelajar dengan menggunakan OHP,
papan tulis atau kertas yang besar. Catatan boleh merangkumi
 |
pautan
pengetahuan dan pembelajaran dengan pengalaman yang lalu |
 |
pendedahan
perasaan |
 |
persoalan |
 |
ramalan
akibat |
 |
sintesis
informasi |
 |
penilaian
kendiri |
 |
perancangan
untuk masa hadapan |
 |
membentuk
hipotesis |
|
|
 |
Mencipta
tugasan yang ditetapkan
 |
Guru
boleh mengarahkan pelajar mencatakan refleksi mengikut format yang
ditetapkan, atau membuat refleksi tentang sesuatu tajuk atau aspek
pembelajarannya. |
 |
Tugasan
ini bertujuan membantu pelajar mempelbagai dan meninjau beraneka
kaedah untuk menganlisa, merenung, dan mecatatkan pendapatnya. |
|
 |
Refleksi
yang dibina bersama
 |
Guru
boleh menunjukkkan strategi catatan LP dengan membincangkan
pembelajaran yang dialami di akhir kelas. |
 |
Pembelajaran
yang diperolehi boleh dicatatkan dalam kertas yang besar
bersama-sama dengan pelajar. Catatan itu digabungkan untuk menjadi
jurnal refleksi kelas. |
|
Jenis-jenis log pembelajaran
 |
Log
Personal
Log
ini mencatatkan semua respons/refleksi tentang pembelajaran dan sesuai
untuk semua mata pelajaran. Catatan ini hanya dikongsi jika pencatat
memerlukan maklumbalas. |
 |
Log
Catatan Bergu
Log
ini mempunyai dua tujuan: mencatatkan isi kandungan dan prosedur, dan
merakamkan respons peribadi, kaitan, dan refleksi tentang pembelajaran
pencatat. Halaman dibahagikan kepada dua bahagian (kiri dan kanan). Pada
bahagian kiri dicatatkan fakta, soalan, isi, dll yang diperolehi
daripada sesutu aktiviti, dan pada bahagian kanan dicatatkan refleksi. |
 |
Log
Dialog
Ia
merupakan pertukaran bertulis di antara dua atau lebih orang. |
 |
Log
Pembelajaran Dialog Rakan Kongsi
Penggunaan
log ini melibatkan 2 pelajar yang berkomunikasi melalui LP. Pada masa
yang ditetapkan, setiap rakan kongsi menulis dalam log sendiri. Log itu
kemudiannya ditukar, dibaca dan ditulis respons. Pada mulanya pertukaran
catatan berbentuk 'superficial' tetapi dengan adanya latihan respons
yang lebih reflektif boleh diperolehi. |
 |
Log
Pembelajaran Dialog Guru-Murid
Log
ini direka agar catatan dibalas dengan respons oleh guru. |
 |
Log
Kumpulan/Kelas
Log
ini adalah berasaskan refleksi kelas tentang aktiviti spesifik dan
mungkin melibatkan aktiviti penilaian kumpulan. Catatan dibuat pada
kertas yang besar atau buku untuk dikongsi oleh semua pelajar kelas. |
 |
Log
Mengikut Mata Pelajaran
Log
ini digunakan untuk merekod catatan tentang subjek spesifik dan format
log adalah unik mengikut subjek. Contohnya ialah
 |
Log
Kesusasteraaan |
 |
Log
Matematik |
|
Memaanafatkan log pembelajaran
Guru sebaik-baiknya
mempastikan refleksi pelajar dibuat secara kreatif dan individu dan bukan
sebagai tugas yang membosankan, dan memerlukan respons yang sama. Pelajar
bukan sahaja diberi masa untuk merenung malah bertindak atas renungannya.
Guru juga mesti menunjukkan bahawa idea yang diutarakan oleh pelajar
dihargai dan dihormati.
Apabila pelajar bertambah
mahir mencatat LP, pelajar boleh digalakkan untuk mencuba pelbagai strategi
dan format catatan. Antara kepelbagaian yang boleh dilakukan ialah
 |
tujuan catatan dibuat
 |
ulangkaji pengetahuan
dan aktiviti |
 |
bantuan perkembangan
kesedaran diri |
 |
merakamkan perhatian
untuk dikongsi dengan orang lain atau kegunaan diri sendiri |
 |
membuat pautan di
antara apa yang telah diketahui dengan apa yang sedang dipelajari |
 |
menyediakan peluang
menyelesaikan masalah |
 |
merekod informasi
sebagai bantuan ingatan |
 |
merenung atas
pembelajaran/pemikiran |
 |
meramalkan akibat dan
mengesahkan atau mengubah ramalan |
 |
organisasi, analisis,
dan sintesis informasi |
 |
meninjau konsep dan
maklumat baru |
 |
menjelaskan perasaan,
pendapat dan idea |
 |
menilai prestasi diri
sendiri atau kelas |
 | berfikir secara
kritis dan kreatif tentang peristiwa dan pembelajaran |
 | memusatkan pemikiran
untuk memperluas atau menyempitkan pengalaman |
 | merancang pengalaman
pembelajaran sendiri, contohnya Apakah yang saya tahu. Apakah yang
saya perlu lakukan. Apakah yang saya ingin tahu. |
 | mengkongsi perasaan |
 | menjawab dan menanya
soalan |
|
 |
masa penggunaan LP
 |
sebelum sesuatu
sesiipembelajaran |
 |
semasa sesuatu
sesiipembelajaran |
 |
selepas sesuatu
sesiipembelajaran |
 |
pada masa yang
ditetapkan pada setiap hari |
 |
masa-masa yang tidak
ditetapkan |
 |
sebagai sebahagian
daripada subjek tertentu |
 |
semasa sesuatu
permainan |
|
 |
maklumbalas tentang LP
Maklumbalas adalah penting
untuk membantu pelajar mengembangkan kemahiran refleksi. Pada permulaan
penulisan LP, guru harus memberi maklumbalas secara lisan atau bertulis
dengan kerap.
Guru boleh menggunakan
maklumbalas untuk menentukan
 |
paras keprihatinan
pelajar terhadap tugasan |
 |
sikap pelajar akan
subjek, topik dan tugasan tertentu |
 |
darjah fleksibiliti
dan adaptabiliti pelajar untuk bertindak atas cadangan yang
dimuatkan dalam maklumbalas |
 |
kefahaman pelajar
tentang sesuatu subjek, topik dan pengalaman pembelajaran |
 |
kesediaan pelajar
untuk pengalaman pembelajaran baru |
 |
minat dan
kecenderungan pelajar dalam sesutu pelajaran |
 |
salah faham tentang
isi kandungan dan/atau objektif pembelajaran |
Pelajar boleh menggunakan
maklumbalas untuk
 |
mencungkil idea yang
boleh membantunya melanjutkan pembelajaran dan refleksi |
 |
personalisasikan
pembelajaran sendiri |
 |
menggunakan pengalaman
guru untuk menbantunya menyelesaikan masalah pembelajarannya |
 |
memiliki arahan dan
jangkaan yang eksplisit daripada guru |
Berikut merupakan cadangan
untuk mempelbagaikan maklum balas:
 |
Masa Berkongsi (Share
Time)
Masa diperuntukkan
agar pelajar berkongsi catatan dalam LP dengan ahli kumpulan atau
kelas. Perkongsi boleh berbentuk tema yang sama atau merentas tema. |
 |
Maklumbalas Rakan
Kongsi
Pelajar membentuk
pasangan dan setiap rakan kongsi membaca dan bertindakbalas (lisan
dan bertulis) terhadap catatan dalam LP rakan kongsi yang lain. |
 |
Maklumbalas Kumpulan
Pelajar bekerja dalam
kumpulan, dan memilih LP salah seorang ahli kumpulan untuk
dibincangkan. Semua ahli kumpulan memberi maklumbalas secara lisan
dan bertulis untuk membentuk konsensus. Sebaliknya kumpulan boleh
dikehendaki untuk memberi maklumbalas tentang sesuatu aktiviti kelas
serta masalah yang dihadapi bersama. Senarai semak boleh disediakan
untuk membimbing pelajar dalam sesi konferens dan penilaian. |
 |
Maklumbalas Individu
Selepas pelajar
mencatat dalam LP, ia mungkin meminta maklumbalas bertulis tentang
catatannya. Ini merupakan kerja yang berat untuk guru jika semua
pelajar meminta maklumbalas pada masa yang sama. Justeru itu, garis
panduan mesti disediakan untuk menjelaskan kepada pelajar prosedur
mendapatkan maklumbalas daripada guru. Antara cadangan-cadangannya
ialah
 |
Merancang untuk
mengumpul semua LP pada hari tertentu, atau tetapkan bilangan
(5) LP yang akan dipungut pada setiap hari |
 |
Pilih catatan
tentang subjek tertentu yang akan dibaca dan dipungut |
 |
Pilih bentuk
catatan atau tujuan catatan untuk dipungut contohnya catatan
yang mengandungi peta minda sahaja |
 |
Sistem giliran di
mana pelajar menulis nama dalam senarai sekiranya ia mahu LP
dibaca dan dikomen. |
|
 |
Dialog
 |
Pelajar
mengemukakan soalan yang bersifat refleksi untuk dijawab oleh
guru. Selepas itu, guru mengemukakan soalan untuk dijawab oleh
pelajar. Ini juga boleh dilakukan di antara dua orang pelajar
yang saling bertukar LP dan membuat ulasan tentang catatan orang
lain. |
|
 |
Bulatan Maklumbalas
Bulatan Maklumbalas
terdiri daripada suatu kumpulan (tidak melebihi 6) yang ahli-ahlinya
berkongsi dan bertindakbalas terhadap keperluan ahli bulatannya.
Contohnya
 |
suatu tugasan atau
catatan refleksi dikongsi oleh penulisnya dan ahli-ahli lain
dikehendaki memberi maklumbalas kepadanya secara turutan.
Maklumbalas daripada setiap ahli sebaik-baiknya berbeza daripada
komen sebelumnya. Penulis boleh meminta maklumbalas tentang
sebarang aspek dalam LPnya. |
 |
seseorang ahli
bulatan mengutarakan suatu soalan dan semua ahli dalam bulatan
itu diminta bertindakbalas akan soalan itu. |
|
 |
Konferens Rakan Sebaya
Pelajar-pelajar
bertemu dan berbincang dalam pasangan dan memberi maklumbalas. |
|
 |
jenis catatan bagi setiap
bahagian isi kandungan
 |
soalan |
 | penjelasan,
penyusunan, mengkategori aktiviti |
 | sebelum/semasa/selepas
pengalaman pembelajaran |
 | penulisan
rumusan/kesimpulan |
 | respons terbuka |
 | respons
soalan/jawapan |
 | penerangan |
 | percambahan pendapat |
 | susunan keutamaan
dan perancangan tindakan |
|
 |
cara catatan dibuat (peta
minda, carta aliran, teks, dll)
 |
peta minta |
 |
representasi bergambar |
 |
jadual, carta |
 |
carta aliran |
 |
simbol |
 |
tinjauan |
 |
kartoon |
 |
gambar |
|
LP berguna untuk guru juga
LP bukan untuk pelajar sahaja
malah amat berguna untuk guru untuk merekod dan merenung atas tindakan dalam
konteks tempat kerja. Guru boleh menggunakan LP untuk
 |
merakamkan peristiwa dari
sudut pandang refleksi; |
 |
merenung akan pengalaman.
Refleksi boleh berlaku sebelum proses menulis, semasa menulis dalan LP,
dan seterusnya semasa membaca catatan kelak; |
 |
menjelaskan pengertian
tentang pengalaman, persepsi dan buah fikiran; |
 |
meninjau opsyen yang
berpotensi, perasaan, tindakan, dan akibat hasil tindakan tersebut
secara peribadi; |
 |
memutuskan tindakan yang
sesusi untuk meningkatkan amalan. |
Penulisan jurnal boleh
dilakukan dalam berbagai-bagai bentuk mengikut informasi yang perlu
dicatatkan dan konteks sesuatu catatan. Ia boleh bersifat
 |
kisah berbentuk fakta |
 |
penulisan huraian |
 |
kreatif |
 |
analitik |
 |
penyiasatan |
 |
penyoalan |
Catatan jurnal boleh digunakan
untuk
 |
mentaksir dan menilai
program kelas, strategi pengajaran dan penggunaan resos; |
 |
membantu perancangan
program dan penentuan haluan |
 |
menganalisa peristiwa
untuk memikir dan mengkaji bahagian-bahagian dalam suatu keseluruhan |
 |
penilaian kendiri untuk
memerhati sifat-sifat peribadi, menjelaskan kepercayaan, dan memantau
apa, bagaimana dan mengapa sesuatu dilakukan. |

|