|
|||||||||||||||||||||||||||||||||
![]()
![]()
![]()
Program latihan mengajar (LM) adalah komponen penting dalam kurikulum latihan perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru.
Bahagian Pendidikan Guru telah mengkaji dan mengemas kini program latihan mengajar dari semasa ke semasa. Perugahan yang telah dibuat adalah seperti berikut:
Penyeliaan bersama pihak sekolah dan maktab mulai 1989.
Konsep guru pembimbing dimulakan secara rasmi pada Jun 1993.
Praktikum dua peringkat untuk Kursus Perguruan Asas (KPA) Lima Semester, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Perguruan Lepasan Diploma (KPLD) dan KLursus Dalam Cuti (KDC).
Praktikum empat peringkat untuk kursus Diploma Perguruan Malaysia (DPM) mulai Ogos 1996. Pelaksanaan praktikum ini kemudiannya dimantapkan lagi kepada dua peringkat dan
Garis panduan praktikum latihan perguruan praperkhidmatan mulai tahun 1998 bagi semua kursus yang ditawarkan.
![]()
Program latihan mengajar perlu dilihat sebagai satu kontinum yang bermula sebaik sahaja guru pelatih mengikuti kursus di maktab perguruan. Ia terbahagi kepada dua bahagian:
Prapraktikum yang merangkumi pengajaran makro/mikro merupakan persediaan bagi guru pelatih sebelum menjalani praktikum
Praktikum ialah pengajaran dan pengalaman praktik di dalam dan di lura bilik darjah
Pembahagian ini dapat digambarkan seperti berikut:
| PROGRAM LATIHAN MENGAJAR | |||
| PRAPRAKTIKUM (di maktab) | PRAKTIKUM (di sekolah) | ||
| Pengajaran Makro | Pengajaran Mikro | Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) |
Praktikum (Pengajaran & Pembelajaran Praktik Dalam & Luar Bilik Darjah) |
Berdasarkan struktur baru yang telah dilaksanakan mulai tahun 1993, pihak sekolah memainkan peranan yang lebih penting dalam membimbing dan menyelia guru pelatih. Penglibatan sekolah dalam pelaksanaan praktikum dapat mewujudkanjalinan hubungan kerjasama antara maktab dan sekolah, memupuk rasa tanggungjawab bersama, rasa kesepunyaan dan mengukuhkan konsep pemuafakatan bagi membantu perkembangan profesionalisme.
![]()
Latihan mengajar membolehkan guru pelatih menguasai dan mengamalkan segala konsep, prinsip, kemahiran dan nilai yang diperlukan ooeh seseorang insan guru yang profesional. Latihan mengajar juga membantu perkembangan potensi guru pelatih supaya mempunyai daya ketahanan diri dalam menghadapi pelbagi cabaran di sekolah.
![]()
Melalui program praktikum guru pelatih dapat
|
![]()