| Struktur-struktur berikut boleh digunakan dalam kebanyakan mata pelajaran untuk menggalakkan interaksi pelajar dalam aktiviti p&p. Ia mudah digunakan oleh guru pelatih yang menjalankan praktikum mahupun dalam kelas biasa. - Membentuk-Berkongsi-Mendengar-Mencipta
- Semakan Pasangan
- Roundrobin/Roundtable
- Aktiviti Menyelesaikan Masalah Secara Pasukan
- Tulis-Berpasang-Berhadapan

- Karl A. Smith, University of Minnesota
 | Membentuk sesuatu jawapan secara individu. |  | Berkongsi jawapan anda dengan pasangan/pekongsi. |  | Mendengar dengan teliti jawapan pasangan/pekongsi anda. |  | Mencipta jawapan baru selepas perbincangan. |
- Spencer Kagan, Kagan Cooperative Learning, Inc.
 | Setiap kumpulan terdiri dari dua pasangan. |  | Setiap pasangan terdiri daripada Pekongsi A dan Pekongsi B. |  | Kumpulan diberi dua atau lebih masalah. |  | Pekongsi A menyelesaikan masalah pertama sementara Pekongsi B membimbing. |  | Pekongsi B menyelesaikan masalah kedua sementara Pekongsi A membimbing. |  | Semak dengan pasangan lain dalam kumpulan. |  | Sekiranya jawapan berbeza, fikirkan sebab-sebabnya. |  | Pastikan setiap ahli pasukan bersedia menerangkan jawapan kepada pasukan lain jika perlu. |  | Peringatan: (a) Semasa giliran menyelesaikan masalah, cakapkan langkah-langkah yang diambil. Pembimbing akan menolong anda jika anda menghadapi kesukaran. (b) Semasa giliran membimbing, beri isyarat dan galakan, serta menyoal tetapi jangan hanya memberi jawapan. |
- Susan Ledlow, Arizona State University Arahan untuk RoundrobinIni merupakan suatu struktur menjawab secara lisan mengikut giliran.
 | Dengar soalan dengan baik. |  | Fikirkan semua jawapan yang sesuai. |  | Sumbangkan satu jawapan secara lisan. |  | Dengar jawapan yang disebutkan oleh ahli kumpulan. |  | Sumbangkan lagi jawapan anda yang belum disebut oleh ahli kumpulan bila sampai giliran anda. |  | Dengar jawapan seterusnya daripada ahli-ahli kumpulan. |  | Teruskan sumbangan jawapan anda, satu demi satu, sehingga tamat masa. |
Arahan untuk RoundtableIni merupakan suatu struktur menjawab secara menulis mengikut giliran.
 | Keluarkan sehelai kertas untuk kegunaan kumpulan. |  | Dengar soalan dengan baik. |  | Fikirkan semua jawapan yang sesuai. |  | Tuliskan dan sebutkan satu jawapan atas kertas. |  | Panjangkan kertas itu kepada ahli kumpulan di sebelah kiri. |  | Dengar jawapan yang disebut oleh ahli kumpulan. |  | Teruskan sumbangan jawapan, satu demi satu, sehingga tamat masa. |
- Karl Smith, University of Minnesota
 | Masalah: Guru menyediakan masalah yang sesuai. |  | Komponen Koperatif: Hanya satu jawapan daripada setiap pasukan. Semua ahli pasukan mesti bersetuju dan dapat menerangkannya. |  | Akauntabiliti Individu: Seorang ahli akan dipanggil secara rambang untuk menjelaskan jawapan pasukan. |  | Tingkah laku Sosial yang dijangkakan: Penglibatan saksama, menyemak untuk konsensus, ketidaksetujuan yang bersopan. |
- Ruth Yabes, ASU
 | Tulis sebanyak mungkin jawapan untuk soalan yang diberi. |  | Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir. |  | Berpasang dengan seorang ahli pasukan dan bandingkan jawapan anda. |  | Tulis jawapan-jawapan oleh rakan pasangan anda sekiranya jawapan itu tidak sama dengan jawapan anda. |  | Lukis satu garisan melintang selepas jawapan terakhir yang diambil daripada pasangan anda. |  | Bandingkan nota dengan pasangan yang lain dalam kumpulan anda. |  | Catatkan jawapan-jawapan oleh pasangan lain sekiranya jawapan itu tidak sama dengan jawapan yang sedia ada. |  | Berkongsi senarai kumpulan anda dengan kelas apabila diminta oleh guru. |

|
Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. 31, 90009 Sandakan, Sabah. Tel: 089-218610 Faks: 089-213814 | | Disediakan oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. 23 Julai 1999 http://www.teachersrock.net |