|
|
|
Konsep
Satu bentuk catatan berterusan
mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan.
Jurnal bertujuan membantu peserta kursus merenung, menklai dan menjadikannya sebagai asas
untuk mengambil tindakan susulan.
Objektif
Peserta kursus dapat:
- menyimpan catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk renungan
- menilai tugas dan tanggungjawab yang tealh dijalankannya.
- menjadikannya asas/panduan tindakan susulan.
- meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru.
- mejadikannya sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah penyelia/guru pembimbing
- meningkatkan kemahiran profesioanlismenya
Garis Panduan
- Peserta kurusu dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum
- Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian dan
bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan.
- Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah yang
telah dicatatkan.
- Perserta kurusu dikehendaki membuat catatan bagi emngesan kemajuan tindakan susulan yang
telah dicatatkan.
- Guankan jurnal sebagai saluran merunung kembali tugas mereka sebagai guru
- Peserta kursus diminta membawa jurnal yang lengkah dan kemaskini sepanjang masa
praktikum untuk disemak.
Perkara-perkara
Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Penulisan Jurnal
- Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah penyelia dan guru pembimbing untuk memastikan
perkara-perkara yang relevan dan kritikal sehaja dicatatkan.
- Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara peserta kurusu, pensyarah penyelia dan
guru pembimbing.
|