Tarikh | Peristiwa |
05-08-98 |
 | Perjumpaan Pengetua baru (Tn Haji Amin Arif) dengan pensyarah. |
|
06-08-98 |
 | Perjumpaan Pengetua baru dengan semua pelatih. |
|
31-08-98 |
 | Timbalan Pengetua - En. Yew Guan Teik bersara (pilihan). |
|
01-09-98 |
 | Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan - En. Wan Din Wan Ismail ditukarkan ke Jabatan Hal Ehwal Pelatih sebagai Ketua Jabatan merangkap Timbalan Pengetua Maktab. |  | En. Ng Kim Choy menggantikan En. Wan Din Wan Ismail sebagai Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan. |
|
01-10-98 |
 | En. Tanalol Hj. Liwangsa ditukarkan ke Jemaah Nazir Persekutuan (Zon Sabah) selepas berkhidmat kira-kira 20 tahun di Maktab Perguruan Sandakan. |
|
16-11-98 & 17-11-98 |
 | Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu bersama-sama dengan Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme di kalangan GSTT di Lahad Datu. Seramai 119 orang guru berjaya menyertai kursus tersebut yang berlangsung di SMK Sepagaya, Lahad Datu. |
|
25-11-98 |
 | En. Adnan Baharom melanjutkan pengajian Sarjana di IAB-UNIMAS. |
|
01-01-99 |
 | En. Mohd Razali Hashim ditukarkan dari Jabatan Bahasa untuk menyertai Jabatan Ilmu Pendidikan. |
|
01-03-99 hingga 04-05-99 |
 | Pejabat Pendidikan Bahagian Tawau bersama-sama dengan Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS mengadakan Kursus Peningkatan Profesionalisme di kalangan GSTT di Tawau dan Semporna. Lebih daripada 300 orang guru berjaya menyertai kursus tersebut yang berlangsung di SMK Kuhara, Tawau. |
|
06-03-99 |
 | Jabatan Ilmu Pendidikan MPSS menganjurkan Kursus Komputer - Microsoft Word Asas untuk guru-guru SK Sung Siew, SK St Mary Bandar dan SK Tanjung Papat I, Sandakan.Seramai 19 orang guru berjaya menyertai kursus tersebut yang berlangsung di Makmal Komputer II, MPSS. |
|
03-04-99 |
 | Jabatan Ilmu Pendidikan MPSS menganjurkan Kursus Komputer - Microsoft Word Intermediate untuk guru-guru SK Sung Siew, SK St Mary Bandar dan SK Tanjung Papat I, Sandakan. Seramai 21 orang guru berjaya menyertai kursus tersebut yang berlangsung di Makmal Komputer II, MPSS. |
|
17-07-99 |
 | Jabatan Ilmu Pendidikan MPSS menganjurkan Kursus Komputer - Microsoft Word Asas untuk guru-guru SK St. Mary Konven, Sandakan. Seramai 21 orang guru berjaya menyertai kursus tersebut yang berlangsung di Makmal Komputer II, MPSS. |
|
26-07-99 hingga 27-07-99 |
 | En. Tan Chuan Joo & En. Ng Kim Choy menganjurkan KursusInternet & Kemahiran Asas Membina Laman Web untuk guru-guru daerah Lahad Datu. Seramai 30 orang guru sekolah menengah dan rendah berjaya menyertai kursus tersebut yang berlangsung di Pusat Kegiatan Guru, Lahad Datu. |
|
| 16-12-99 |
 | Tuan Haji Amin Bin Arif ditukarkan ke Maktab Perguruan Kent sebagai Pengetua. |
|
| 16-03-00 |
 | Tuan Haji Chaming Bin Tahir menggantikan Tuan Haji Amin Bin Arif sebagai Pengetua Maktab Perguruan Sandakan. |
|
01-03-00 |
 | Jabatan Teknologi Pendidikan ditubuhkan. Mata pelajaran Teknologi Maklumat dan Teknologi Pendidikan diambil alih oleh jabatan berkenaan. |
|
11-07-00 hingga 12-07-00 |
 | Pn. Poh Siew Boon, dan En. Tan Kim Poh menganjurkan Kursus Pedagogi Koperatif untuk 30 orang guru sekolah rendah daerah Tawau. Kursus tersebut berlangsung di Pusat Kegiatan Guru, Tawau. |
|
18-07-00 hingga 19-07-00 |
 | En. Ng Kim Choy dan En. Mohd Razali Hashim menganjurkan Kursus Pedagogi Koperatif untuk 30 orang guru sekolah rendah daerah Lahad Datu. Kursus tersebut berlangsung di SRK Siew Ching, Lahad Datu. |
|
21-08-00 hingga 22-08-00 |
 | Pn. Poh Siew Boon, En. Tan Kim Poh, En. Mohd Razali Hashim dan En. Ng Kim Choy menganjurkan Kursus Mentoring untuk 63 orang guru sekolah rendah daerah Sandakan di Maktab Perguruan Sandakan. Sijil Kehadiran disampaikan oleh Pengetua, MPSS. |
|
28-08-00 hingga 29-08-00 |
 | En. Tan Kim Poh menganjurkan Kursus Pedagogi Koperatif untuk 30 orang guru sekolah rendah daerah Semporna. Kursus tersebut berlangsung di SK Bubul, Semporna. |
|
02-10-00 hingga 03-10-00 |
 | Pn. Poh Siew Boon dan En. Ng Kim Choy menganjurkan Kursus Pedagogi Koperatif untuk 32 orang Guru Besar dan guru kanan sekolah rendah daerah Kinabatangan. Kursus tersebut berlangsung di PKG Kinabatangan. |
|
09-10-00 hingga 10-10-00 |
 | En. Mohd Razali Hashim menganjurkan Kursus Pedagogi Koperatif untuk 30 orang guru sekolah rendah daerah Telupid. Kursus tersebut berlangsung di SMK Telupid, Telupid. |
|
30-10-00 hingga 31-10-00 |
 | En. Mohd Razali Hashim menyampaikan Kursus Pedagogi Koperatif untuk 28 orang guru sekolah rendah daerah Kunak. Kursus tersebut berlangsung di Pej. Pendidikan Daerah Kunak, Kunak. |
|
| 02-11-00 |
 | En. Mohd Razali Hashim diundangkan untuk menyampaikan bengkel Pedagogi Koperatif untuk 29 orang guru di SMK Sandakan, Sandakan. |
|
| 01-02-01 |
 | Tuan Haji Chaming Bin Tahir ditukarkan ke Maktab Perguruan Keningau sebagai Timbalan Pengetua. Pn. Normah Gagoh menggantikan Tuan Haji Chaming Bin Tahir sebagai Pengetua Maktab Perguruan Sandakan. |
|
| 15-10-01 |
 | En. Mohd Razali Hashim dan En. Ng Kim Choy menganjurkan Kursus Pembelajaran Koperatif Kagan untuk 24 orang guru sekolah rendah di sekitar Sandakan. Kursus tersebut berlangsung di Maktab Perguruan Sandakan. |
|
| 15-12-01 |
 | En. Mohd Razali Bin Hashim ditukarkan ke Maktab Perguruan Batu Pahat. Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jasa dan sumbanganya kepada jabatan. |
|
| 11-03-02 |
 | En. Halim Bin Hashim ditukarkan ke Maktab Perguruan Sandakan sebagai pensyarah Ilmu Pendidikan. |
|
| 09-05-02 & 10-05-02 |
 | En. Halim Hashim, Pn Poh Siew Boon dan En. Ng Kim Choy menganjurkan Kursus Pembelajaran Koperatif Kagan untuk 28 orang guru sekolah rendah di sekitar Lahad Datu. Kursus tersebut berlangsung di SK Payang, Lahad Datu. |
|
| 13-07-02 |
 | En. Ng Kim Choy menganjurkan Bengekl Sehari Pembelajaran Koperatif Kagan untuk 29 orang guru SK Sepagaya dan SK Terusan di sekitar Lahad Datu. Kursus tersebut berlangsung di SK Sepagaya, Lahad Datu. |
|
| 26-05-03 & 27-05-03 |
 | En. Ng Kim Choy menganjurkan kursus dua hari Pembelajaran Koperatif Kagan untuk 29 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Daerah Kunak. Kursus tersebut berlangsung di Pejabat Pendidikan Daerah, Kunak. |
|
| 24-07-03 & 25-07-03 |
 | En. Ng Kim Choy, En. Halim Hashim, & En. Anuar Ahmad menganjurkan kursus dua hari Pembelajaran Koperatif Kagan untuk 28 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Daerah Beluran. Kursus tersebut berlangsung di Pusat Kegiatan Guru, Beluran. |
|
17-09-03 & 18-07-03 |
 | En. Ng Kim Choy, En. Halim Hashim, & En. Anuar Ahmad menganjurkan kursus dua hari Pembelajaran Koperatif Kagan untuk 18 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah di Daerah Semporna. Kursus tersebut berlangsung di Pusat Kegiatan Guru, Semporna. |
|
| 01-02-04 |
 | En. Tan Kim Poh ditukarkan ke Jemaah Nazir Persekutuan Cawangan Sandakan. Jabatan Ilmu Pendidikan mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih atas jasa dan sumbanganya kepada jabatan. |
|
| | |