|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Mengikut Kilmann dan Thomas (Thomas, 1975; Kilmann & Thomas, 1977), pengurusan konflik boleh dilihat melalui Model Dwi-Dimensi Tingkah Laku Berkonflik yang mengelaskan lima mod atau gaya resolusi konflik. Gaya-gaya yang dimaksudkan ialah PERSAINGAN, KOLABORASI, ELAKAN, AKOMODASI, dan KOMPROMI. Nota ini menjelaskan kebaikan dan kelemahan setiap gaya serta ketika yang sesuai gaya-gaya berkenaan digunakan. ELAKANSatu pihak menggunakan tingkah laku bukan-asertif dan pasif serta mengundurkan diri daripada konflik. Mana-mana pihak pun tidak dapat mencapai matlamat. Contohnya, seorang rakan kongsi melakukan kesilapan apabila ia memberi persembahan bisnes kepada pihak luar. Anda tidak mahu memalukannya maka anda mendiamkan diri. Ini menyebabkan pihak luar tidak menerima maklumat yang tepat.
AKOMODASISalah pihak mengetepikan hak dan matlamat demi memuaskan kehendak pihak lain. Contohnya, anda tidak mahu meminta rakan memulangkan buku dan nota anda walaupun anda amat memerlukannya untuk persediaan peperikaan.
PERSAINGANSatu pihak mencapai matlamatnya dengan menafikan hak orang lain. Keadaan ini dikenali sebagai "saya menang-anda kalah"
KOMPROMIKedua-dua pihak ingin melepaskan sesuatu untuk mendapat sebahagian daripada matlamat. Semua piha mencari jalan tengah bagi menyelesaikan konflik yg wujud. Ia juga dikenali sebagai "kami bersama-sama menang dan kalah sedikit".
KOLABORASIKedua-dua pihak mencari dengan aktifnya penyelesaian yang boleh memenuhi semua kehendak masing-masing. Tiada pihak yang rugi atau perlu mengetepikan sebarang hak untuk memuaskan keinginan pihak lain. Juga dikenali sebagai "saya menang - anda menang".
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Jabatan
Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. 31, 90009 Sandakan, Sabah. Tel: 089-214250 Faks: 089-213814 |
Disediakan
oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. 8 Mac 2001 http://www.teachersrock.net |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||