|
Penerangan Indeks Gaya Pembelajaran
Soloman-Felder
|
||||||||
|
Ujian yang anda ambil tadi menentukan sama anda mempunyai gaya pembelajaran yang visual atau verbal. Semakin tinggi peratus anda, semakin tinggi darjah sifat visual dan semakin rendah sifat verbal. Anggapkan diri anda bersifat visual sekiranya skor anda melebihi 50%. Sekiranya skor anda kurang daripada 50% kemungkinan besar anda digolongkan dalam kumpulan verbal. Sekiranya anda telah mencuba Inventori Gaya Pembelajaran Paragon, apakah kaitan hasilnya dengan dimensi extrovert dan introvert? PELAJAR VISUAL DAN VERBAL ( VIS / VER )
Semua orang belajar lebih banyak
sekiranya infomasi dipersembahkan dalam bentuk visual dan verbal. Dalam pusat pengajian
tinggi, infomasi visual tidak banyak dipersembahkan; pelajar biasanya mendengar kuliah dan
membaca bahan yang ditulis di papan tulis, buku teks dan nota edaran. Bagaimanakah pelajar-pelajar visual boleh membantu diri sendiri?Sekiranya anda pelajar visual, cuba dapatkan rajah, lakaran, gambar, carta alir atau representasi visual yang biasanya wujud dalam bentuk verbal. Tanya pengajar anda dan rujuk buku untuk mendapatkan pita video atau CD-ROM tentang bahan-bahan kursus. Sediakan peta konsep atau peta minda tentang isi-isi penting. Tandakan nota-nota dengan penanda warna - satu warna untuk satu topik. Bagaimanakah pelajar-pelajar verbal boleh membantu diri sendiri?Tulis rumsan dan garis kasar bahan-bahan kursus dengan kata-kata sendiri. Belajar dalam kumpulan merupakan satu cara yang berkesan bagi pelajar-pelajar verbal di mana mereka dapat meningkatkan pemahaman dengan mendengar penerangan daripada ahli kumpulan lain serta menerangkan isi kepada orang lain. Cuba ujian dimensi-dimensi lain untuk mendapatkan gaya pembelajaran pada keseluruhannya dengan link-link berikut.
|