Pangkal
Dimensi Active-Reflective
Dimensi Sensing-Intuitive
Dimensi Visual-Verbal
Dimensi Sequential-Global

Penerangan Indeks Gaya Pembelajaran Soloman-Felder
Dimensi Sequential-Global

horizontal rule

Ujian yang anda ambil tadi menentukan sama anda mempunyai gaya pembelajaran yang sequential (berturutan) atau global. Semakin tinggi peratus anda, semakin tinggi darjah sifat sequential dan semakin rendah sifat global. Anggapkan diri anda bersifat sequential sekiranya skor anda melebihi 50%. Sekiranya skor anda kurang daripada 50% kemungkinan besar anda digolongkan dalam kumpulan global.

Sekiranya anda telah mencuba Inventori Gaya Pembelajaran Paragon, apakah kaitan hasilnya dengan dimensi extrovert dan introvert?

PELAJAR SEQUENTIAL DAN GLOBAL ( SEQ / GLO )

SEQUENTIAL
GLOBAL
bulletMemahami sesuatu dalam turutan linear, satu langkah demi satu langkah secara logik. Setiap langkah dikatikan dengan langkah yang seterusnya.
bulletBelajar sesuatu mengikut gambaran yang besar dan rambang tanpa meneliti hubungan antara maklumat-maklumat.
bulletPelajar sequential biasanya menyelesaikan masalah dengan langkah-langkah yang sistematik dan logik.
bullet

Pelajar berkemungkinan menyelesaikan masalah rumit dengan cepat atau menyusun semula sesuatu dengan cara-cara baru tetapi menghadapi masalah menjelaskan bagaimana penyelesaian itu diperolehi.

bulletBoleh bertindak berasaskan maklumat yang kecil dan terasing.
bulletPerlu mendapatkan gambaran menyeluruh sebelum memahami sesuatu dengan mendalam.
Bagaimanakah pelajar-pelajar sequential boleh membantu diri sendiri?

Kebanyakan kursus dalam pusat pengajian disampaikan dalam corak sequential. Sekiranya anda pelajar sequential dan guru anda "melompat" dari satu tajuk ke satu tajuk yang lain atau meninggalkan langkah-langkah tertentu, anda tentu menghadapi mengikut dan memahami kurusu. Minta bantuan daripada guru untuk mengisikan langkah-langkah yang ditinggalkan. Anda juga boleh mengisikannya dengan selalu merujuk buku. Apabila anda belajar, lakarkan garis kasar kuliah anda mengikut susunan yang logikal. Selain itu, anda boleh memperkukuhkan kemahiran berfikir secara global anda dengan menghubungkaitkan satu topik dengan topik-topik yang lain.

Bagaimanakah pelajar-pelajar global boleh membantu diri sendiri?

Sekiranya anda pelajar global, jangan anggap diri sendiri sebagai "slow" atau lembab kerana gaya pembelajaran anda berbeza dengan pelajar sequential. Bagaimanapun terdapat langkah-langkah yang boleh membantu anda mendapatkan gambaran besar dengan lebih cepat. Sebelum anda mula belajar ahagian pertama sesuatu bab, dapatkan imbasan keseluruhan bab berkenaan untuk mendapatkan gambaran kasar. Walaupun kaedah ini makan masa yang panjang tetapi ia dapat mengelakkan usaha untuk berulang-ulang mengkaji bahagian yang kecil. Gunakan masa yang lama untuk mendapatkan maklumat yang banyak pada setiap kali belajar adalah lebih baik daripada belajar sedikit-sedikit. Cuba kaitkan pengetahuan sedia ada dengan isi yang perlu dipelajari dengan bantuan guru atau merujuk buku. Paling penting sekali, jangan putus asa dalam diri sendiri. Lama-kelamaan anda akan memahami bahan baru dan selepas itu pemahaman itu akan membolehkan anda membuat hubungan antara topik-topik dan disiplin-disiplin lain yang tidak mungkin dimimpikan oleh pelajar sequential!

Cuba ujian dimensi-dimensi lain untuk mendapatkan gaya pembelajaran pada keseluruhannya dengan link-link berikut.

Pangkal ] Dimensi Active-Reflective ] Dimensi Sensing-Intuitive ] Dimensi Visual-Verbal ] Dimensi Sequential-Global ]