Pangkal
Dimensi Active-Reflective
Dimensi Sensing-Intuitive
Dimensi Visual-Verbal
Dimensi Sequential-Global

Penerangan Indeks Gaya Pembelajaran Soloman-Felder
Dimensi Sensing-Intuitive

horizontal rule

Ujian yang anda ambil tadi menentukan sama anda mempunyai gaya pembelajaran yang sensing atau intuitive. Semakin tinggi peratus anda, semakin tinggi darjah sifat sensing dan semakin rendah sifat intuitive. Anggapkan diri anda bersifat sensing sekiranya skor anda melebihi 50%. Sekiranya skor anda kurang daripada 50% kemungkinan besar anda digolongkan dalam kumpulan intuitive.

Sekiranya anda telah mencuba Inventori Gaya Pembelajaran Paragon, apakah kaitan hasilnya dengan dimensi extrovert dan introvert?

PELAJAR SENSING DAN INTUITIVE (SEN / INT )

SENSING
INTUITIVE
bulletSuka belajar fakta
bulletSuka mencari kemungkinan dan hubungan
bulletSuka menyelesaikan masalah dengan cara-cara yang sedia ada, kurang senang dengan perkara yang menghirankan contohnya diuji sekiranya tajuk belum diajar dalam kelas
bullet

Suka inovasi dan pembaharuan tetapi tidak senang dengan pengulangan

bulletBersabar dengan kerja-kerja yang teliti dan mahir dalam kerja-kerja menghafal serta amali makmal yang berulang-ulang
bulletLebih mahir menangani konsep-konsep baru dan rasa senang dengan rumus yang abrtrak
bulletBekerja dengan lebih berhati-hati dan praktikal
bulletBekerja dengan cepat (impulsif) dan lebih inovatif
bulletTidak suka kursus yang tidak menunjukkan hubungan yang jelas dengan dunia sebenar
bulletTidak suka kursus yang melibatkan banyak hafalan dan kiraan rutin

Setiap orang bersifat sensing pada ketika tertentu dan intuitive pada ketika yang lain. Kecenderungan ke arah sensing dan intuitive boleh berbentuk kuat, sederhana atau lemah. Sebagai pelajar yang berkesan, anda perlu berfungsi sensing dan intuitive. Sekiranya anda terlalu mementingkan intuitive, anda akan melepaskan butiran penting atau melakukan kesilapan dalam kiraan atau kerja-kerja amali. Sebaliknya, sekiranya anda terlalu bersifat sensing, anda kemungkinan terlalu bergantung kepada hafalan dan kaedah-kaedah sedia ada malah mengutamakan pemahaman dan pemikiran inovatif.

Bagaimanakah pelajar-pelajar sensing boleh membantu diri sendiri?

Pelajar sensing mengingat dan memahami infomasi dengan baik sekiranya ia dapat melihat kaitan infomasi dengan dunia sebenarnya. Anda mungkin menghadapi masalah dalam kelas yang yang mementingkan bahan abstrak dan teoritikal. Soalkan pengajar tentang contoh-contoh spesifik berhubungan dengan konsep dan prosedur, lalu melihat kaitan konsep dengan praktisnya. Di samping itu, cuba buat rujukan tentang contoh konkrit dalam buku rujukan dan berbincang dengan rakan-rakan lain.

Bagaimanakah pelajar-pelajar intuitive boleh membantu diri sendiri?

Kebanyakan kuliah dalam bilik kuliah ditujukan kepada pelajar intuitive. Pelajar intuitive kemungkin besar akan berasa bosan dalam kelas yang mengutamakan hafalan dan penggantian rumus secara hafalan. Soalkan pengajar tentang teori dan interpretasi di sebalik fakta dan rumus. Kemungkinan besar anda akan melakukan kesilapan akibat kelalaian kerana anda kurang bersabar dengan butiran halus dan tidak senang dengan kerja-kerja berulangan. Ambillah masa yang secukupnya untuk membaca keseluruhan soalan sebelum mula menjawab. Pastikan anda menyemak dengan teliti jawapan anda.

Cuba ujian dimensi-dimensi lain untuk mendapatkan gaya pembelajaran pada keseluruhannya dengan link-link berikut.

Pangkal ] Dimensi Active-Reflective ] Dimensi Sensing-Intuitive ] Dimensi Visual-Verbal ] Dimensi Sequential-Global ]