Penerangan Skor Taksiran Kecenderungan Hemisferik:
Otak Kiri-Otak Kanan

Pangkal
Atas

horizontal rule

Ujian yang anda ambil tadi menentukan sama anda mempunyai kecenderungan hemisferik kiri (HOKI) atau kanan (HOKA). Semakin tinggi peratus anda, semakin tinggi kecenderungan HOKA dan semakin rendah kecenderungan HOKI. Anggapkan diri anda berkecenderungan HOKA sekiranya skor anda melebihi 50%. Sekiranya skor anda kurang daripada 50% kemungkinan besar anda berkecenderungan HOKI. Satu lagi kemungkinan ialah anda mempunyai skor kira-kira 50%. Jika begitu, kecenderungan anda antara HOKA dan HOKI adalah seimbang.

Antara pengasas teori HOKA dan HOKI ialah Roger Sperry yang dianugerahkan hadiah Nobel tentang penyelidikannya dalam kajian pemisahan otak dalam 1981. Ned Herrmann melanjutkan teori Sperry lalu membahagikan otak kepada empat bahagian. Herrmann memperkenalkan satu instrumen untuk menentukan kecenderungan otak seseorang. Anda boleh memperolehi Herrmann Brain Dominance Instrument di laman webnya.

Bandingkan ciri-ciri kecenderungan HOKA dan HOKI mengikut jadual berikut:

bullet

Cara-cara Selari Untuk Mengetahui (J.E. Bogen)

Ciri-ciri Kecenderungan HOKI
Ciri-ciri Kecenderungan HOKA
intelek intuisi
konvergen divergen
digital analogik
sekunder primer
abstrack konkrit
terarah bebas
berproposisi imaginatif
analitik perkaitan, holistik
lineal tak lineal
rasional intuitif
bersiri berganda
objektif subjektif
berturut-turut serentak
dominan submisif

 

bullet

Mode-Kiri atau Mode-Kanan

Mode-Kiri
Mode-Kanan
Right-handed left-handed
HOKI HOKA
Segi empat (foursquare) Berlengkung
Tegak Lentur
Waras Kekelakaran
Terus Kompleks
Hard-edged Dagonal
Lazim Khayali

 

horizontal rule