|
Penerangan
Indeks Gaya Pembelajaran Soloman-Felder
|
||||||||||||||||||||||||
|
Ujian yang anda ambil tadi menentukan sama anda mempunyai gaya pembelajaran yang active atau reflective. Semakin tinggi peratus anda, semakin tinggi darjah sifat active dan semakin rendah sifat reflective. Anggapkan diri anda bersifat active sekiranya skor anda melebihi 50%. Sekiranya skor anda kurang daripada 50% kemungkinan besar anda digolongkan dalam kumpulan reflective. Sekiranya anda telah mencuba Inventori Gaya Pembelajaran Paragon, apakah kaitan hasilnya dengan dimensi extrovert dan introvert? PELAJAR AKTIF DAN REFLEKTIF (ACT / REF )
Setiap individu bertindak aktif dan reflektif pada masa-masa yang berlainan. Kecenderungan dalam setiap dimensi boleh berbentuk kuat, sederhana atau lemah. Keseimbangan kedua-dua dimensi adalah penting. Sekiranya kita selalu bertindak sebelum berfikir, kita mungkin membuat keputusan yang salah. Sebaliknya sekiranya kita menggunakan terlalu banyak masa untuk refleksi, kita tidak akan mencapai apa-apa. Bagaimanakah pelajar-pelajar aktif boleh membantu diri sendiri?Sekiranya anda bersifat pelajar aktif dan tidak diperuntukkan masa dalam kelas untuk perbincangan atau aktiviti menyelesaikan masalah, anda boleh cuba mempampaskannya ketika anda belajar. Bentuk kumpulan belajar di mana ahli-ahlinya bergilir-gilir untuk menerangkan topik-topik berbeza. Bincang dengan rakan-rakan apa yang akan disoal dalam ujian akan datang dan sediakan jawapan-jawapan yang baik. Anda akan mengingati maklumat dengan lebih baik kalau anda dapat menggunakannya dalam situasi lain. How can active learners help themselves? Bagaimanakah pelajar-pelajar reflektif boleh membantu diri sendiri?Sekiranya anda bersifat pelajar reflektif dan tidak diperuntukkan masa dalam kelas untuk perbincangan atau aktiviti menyelesaikan masalah, anda boleh cuba mempampaskannya ketika anda belajar. Elakkan daripada membaca dan menghafal bahan semata-mata; berhenti untuk mengimbas apa yang telah dibaca dan memikirkan persoalan-persoalan dan aplikasi yang berbangkit. Anda juga boleh menulis rumusan tentang bacaan atau nota kuliah dengan kata-kata sendiri. Walaupun tindakan itu memakan masa yang lebih, malah ia boleh membolehkan anda mengingati bahan dengan lebih berkesan. Cuba ujian dimensi-dimensi lain untuk mendapatkan gaya pembelajaran pada keseluruhannya dengan link-link berikut.
|
|||||||||||||||||||||||||