|
Konsep
Satu strategi yang melibatkan dua
orang peserta kursus bekerjasama merancang p&p, memerhati pengajaran rakan sebaya dan
memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa praktikum.
Objektif
Peserta kursus dapat:
- mewujudkan kerjasama di kalangan peserta kursus secara formal berasaskan ungkapan
"two heads are better than one".
- berfikir dan berbincang mengenai teknik p&p, cara-cara meningkatkan pembelajaran
murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas mereka.
- berlatih dan mencuba pelbagai kemahran p&p.
- mengkaji kelemahan p&p mereka dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya.
- memerhati p&p orang lain dan membina kemahiran memerhati serta menilai.
- meningkatkan kreativiti.
Garis Panduan
- Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri berikut:
- Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran:
- Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar.
- Kemahiran Mengajar
- Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta mencuba pendekatan, strategi,
kaedah dan teknik yang berlainan.
- Proses pembelajaran berlaku melalui:
- perbincangan,
- pemerhatian,
- maklum balas
- Jenis-jenis interaksi
- "Tandem": proses dalam pengajaran berpasangan di mana dua orang peserta kursus
bersama-sama merancang dan mengajar sesuatu pelajaran.
- "Berpasukan": proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan di mana
dua orang peserta kursus bersama-sama merancang pengajaran tetapi mengajar berasingan.
- "Individu": proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua
orang peserta berbincang bersama tetapi menyediakan pelajaran dan mengajar berasingan.
- Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan pada minggu kedua hingga keempat Praktikum
Fasa I.
- Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak
Jawatankuasa Praktikumm, seperti menyediakan senarai semak bagi panduan membuat
pemerhatian dan perbincangan.
- Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak diberi gred.
Perkara-perkara
Yang Perlu Diberi Perhatian Dalam Pengajaran Berpasangan
- Pensyarah perlu menyedarkan peserta kursus bahawa percanggahan idea perlu diatasi secara
profesional.
- Peserta kursus dikehendaki menetapkan masa dan kelas di mana pengajaran berpasangan akan
dijalankan.
- Guru pembimbing/pensyarah penyelia memastikan pengajaran berpasangan dijalankan.
- Peserta kurusu diberi latihan semasa pengajaran mikro/makro.
|