|
|
|
| Memandangkan
kes-kes keganasan di sekolah mendapatkan perhatian ramai maka adalah
baiknya disediakan satu senarai semak untuk mengesan pelajar yang
berpotensi melibatkan diri dalam keganasan di sekolah.
Senarai semak diperolehi oleh Pusat Kebangsaan Keselamatan Sekolah di Amerika Syarikat selepas menjalankan kajian tentang kematian yang kejam di sekolah sejak Julai 1992. Belia-belia yang menyebabkan kematian tersebut menunjukkan ciri-ciri am yang dikaitkan dengan kemungkinan mencederakan diri atau orang lain. Belia-belia yang bermasalah ini biasanya bercerita tentang kesi buli, rasa penyingkiran, kemarahan, kekecewaan dan kehampaan. Walaupun senarai semak ini tidak menjaminkan kejayaan sepenuhnya untuk mengenal pasti pelajar yang berbahaya, namun ia merupakan suatu titik tolak. Senarai semak ini boleh memberi kesedaran kepada pentadbir, guru, dan staf sokongan tentang masalah pelajar dan menangani masalah berkaitan melalui perjumpaan dengan ibu bapa, kaunseling, bimbingan serta perkhidmatan mentor. 1. _____ Mempunyai sejarah penunjukan
kelakuan dan letusan perasaan marah yang tidak dapat dikawal. 2. _____ Mempunyai keperibadian untuk
memaki, dan menggunakan bahasa kesat. 3. _____ Lazimnya membuat ancaman kejam
apabila berasa marah. 4. _____ Pernah membawa senjata ke sekolah. 5. _____ Mempunyai latar belakang masalah
disiplin yang serius di sekolah dan komuniti. 6. _____ Mempunyai latar belakang
penggantungan kepada dadah, arak atau penyalahgunaan bahan lain. 7. _____ Berada di pinggir kumpulan
sebayanya dan mempunyai amat sedikit rakan karib. 8. _____ Leka akan senjata, bahan letupan
atau bahan pembakar. 9. _____ Pernah ponteng sekolah, digantung
atau dibuang sekolah. 10. _____ Bertindak kejam kepada haiwan. 11. _____ Tidak menerima pengawasan dan
sokongan daripada ibu bapa atau orang dewasa yang berprihatin. 12. _____ Pernah menyaksikan atau merupakan
mangsa penderaan atau pengabaian di rumah. 13. _____ Pernah diugut kanak-kanak yang
lebih kecil dan/atau diugut oleh rakan sebaya. 14. _____ Berkecenderungan untuk
menyalahkan orang lain atas masalah dan kesukaran yang disebabkan oleh
diri sendiri. 15. _____ Lazimnya suka menonton
pertunjukan TV, tayangan gambar atau muzik yang menunjukkan tema dan
tindakan kejam. 16. _____ Mengajukkan bahan bacaan tentang
tema, ritual dan penderaan ganas. 17. _____ Mencerminkan kemarahaan,
kehampaan dan kemuraman tentang hidup di sekolah dalam projek bertulis
atau esei. 18. _____ Terlibat dengan geng atau
kumpulan anti-sosial yang tidak diterima oleh sebaya. 19. _____ Selalunya berasa depresi dan/atau
mempunyai pertukaran mod yang nyata. 20. _____ Pernah mengugut atau cuba
membunuh diri. |