|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PENDAHULUANKertas kerja ini bertujuan menganalisa beberapa kerangka berfikir secara kreatif khususnya kemahiran mencetusan idea. Kerangka atau 'framework' sangat penting untuk menembuskan kebuntuan fikiran yang mengongkong minda untuk merelisasikan perspektif baru dan perubahan paradigma. Tanpa kerangka berfikir, pemikiran seseorang dikaburi oleh pengalaman, emosi, serta prasangka yang telah terpendam dalam mindanya. Tumpuan kertas kerja ini ialah untuk meneliti beberapa alat yang digunakan untuk membantu menjelaskan proses pemikiran dan seterusnya melicinkan proses menjanakan idea-idea baru dengan perspektif ang luar biasa. Antara kerangka yang dijelaskan ialah peta minda, morfologi dan senarai semak. KERANGKA UNTUK MENCETUSKAN IDEAPada amnya, peta minda merupakan penjelman idea, konsep, kemungkinan dan apa sahaja hasil minda yang diluks pada kertas. Antara peta minda yang popular masa kini ialah rajah Buzan. Buzan (1990) dalam bukunya yang bertajuk 'Use Your Head' telah menyenaraikan tujuah hukum untuk melukis peta minda. Rajah Buzan dapat menjelaskan proses pemikiran atau mewujudkan 'thingification' idea-idea dalam minda. Di samping itu, perkaitan serta cabang-cabang suatu idea dengan idea-idea yang berkaitan dapat distrukturkan dengan jelas dan lebih konkrit. Contoh rajah Buzan tentang perbincangan kertas kerja ini adalah seperti berikut: Rajah I Selain rajah Buzan, peta minda yang lain adalah seperti 'relevance tree'. Sesuatu tajuk utama dipecahkan kepada sub-tajuknya. Contoh yang biasa digunakan ialah Carta Organisasi sesebuah pertubuhan. Struktur organisasi dapat difahami dengan lebih jelas lagi dengan adanya pertalian 'line' dan 'staff'. Biasanya garisan biasa menunjukkan tanggunjgawab langsung kepada matlamat organisasi manakala garisan berputus-putus menunjukkan fungis staf yang berperanan menyokong dan menasihati ahli organisasi yang lain sahaja. Suatu lagi bentuk peta minda yang tidak perlu dibincangkan dengan panjang lebar lagi ialah rajah tulang ikan. Rajah ini digunakan untuk meneliti sebab dan punca masalah sesuatu proses atau organisasi. Teknik ini sangat diutamakan semasa bengkel-bengkel QCC yang diadakan beberapa tahun yang lalu. ANALISA MORFOLOGITeknik ini telah diberi berbagai-bagai nama; antaranya ialah 'Matrix for Generating Original Possibilities', Grid Dua Dimensi, 'The Aristotelian Table of Invention' dan lain-lain lagi (Kemmis, 1988). Contoh yang umum tentang teknik ini ialah jadual waktu di bilik darjah. Perkara penting yang mesti ditetapkan terlebih dahulu ialah unsur-unsur paksi menegak dan paksi mendatar. Kalau kita ingin mencari tema untuk menjalankan Penyelidikan Tindakan bagi sesebuah sekolah maka paksi-paksinya boleh terdiri dari unsur guru, murid, isi pelajaran dan milieux. Interaksi dan analisa unsur menegak dan mendatar akan memberikan sudut pandangan yang lebih menyeluruh dan mengurangkan kemungkinan keciciran kepentingan mana-mana pihak. Contohnya boleh dilihat pada rajah berikut:
Untuk mendapatkan morfologi 3 dimensi struktur dalam bentuk kotak digunakan. Alat ii boleh dilihat seolah-oleh seperti beberapa jadual dua dimensi yang ditindihkan di atas satu sama lain. Contoh bagi struktur tersebut adalah seperti berikut:
Paksi (a) menunjukkan bahan-bahan mentah yang boleh diolahkan melalui beberapa proses seperti di paksi (c). Paksi menegak (b) menggambarkan pasaran di mana hasil interaksi (a) dan (c) boleh diurusniagakan. Dengan kaedah ini maka banyak kemungkinan dapat diwujudkan dan pemikiran yang lebih rapi lagi dinyatakan. SENARAI SEMAKSenarai semak merupakan alat mencetuskan idea yang mudah digunakan dan berkesan. Berbagai-bagai senarai semak telah dinyatakan untuk membantu murid-murid dan orang dewas yang terperangkap dengan kebuntuan fikiran. Antara senarai semak yang paling biasa digunakan ialah enam orang rakan baik Kipling yang berbunyi 'Who, What, How, Why, Where' dan 'When'. Para wartawan serta pegawai polis sentiasa menggunakan senarai semak ini untuk mendpatkan butiran-butiran sesuatu peristiwa. Murid-murid sekolah juga menggunakan senarai tersebut untuk merangka karangan. Manakala senarai semak untuk mencetuskan idea mengikut Osborn (Richards, 1990) adalah seperti beriktu:
Senarai semak yang mempunyai persamaan juga di beri oleh Abdullan dan Ainon (1994). Mengikut pengarang-pengarang terebut, soalan-soalan berikut boleh digunakan untuk mencetuskan idea berasaskan sesuatu benda yang dipilih:
Senarai semak tersebut didapati terlalu penjang dan agak susah diingati. Untuk memudahkan aplikasinya dalam dan di luar bilik darjah maka dicadangkan suatu mnemonik digunakan. Contohnya adalah GLUKOSA. Seperti yang diketahui umum, glukosa diperlukan untuk menghasilkan tenaga bagi metabolisme hayat. Bagaimanapun, kita juga boleh menggunakan GLUKOSA untuk menghasilkan idea-idea baru. GLUKOSA yag diertikan adalah seperti berikut:
Untuk menghasilkan rekaan baru, kita boleh menggunakan GLUKOSA untuk meneliti sesuatu benda atau idea yang sedia ada. Teknik ini sebaik-baiknya digunakan secara sengaja dan dijadikan sebagai suatu kebiasaan berfikir. Harus ditegaskan di sini bahawa senarai semak ini boleh diperluskan lagi dan tidak muktamad. Untuk memudahkan aplikasinya di bilik darjah maka suatu bentuk penyusun grafik dicadangkan. Contohnya adalah seperti Lampiran 'A'. KESIMPULANKemahiran mencetuskan idea merupakan suatu kemahiran berfikir yang penting diperolehi. Analisa ringkas tentang beberapa kerangka mencetuskan idea telah merangkumi peta minda, teknik morfologi dan senarai semak. Kerangka berfikir memperluaskan perspektif dan persepsi kita terhadap sesuatu konsep dan seterusnya membebaskan minda kita dari kebuntuan idea baru. Adalah diharapkan bahawa gabungan senarai semak dalam bentuk mnemonik dengan penyusun grafik boleh merupakan suatu alat yang kuat dan berkesan.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||