| Kathleen A. Butler, (Ph.D.) mengabungkan gaya pembelajaran yang dikemukakan oleh Antony Gregorc dan taksonomi kognitif Bloom untuk menunjukkan hubungan di antara taksonomi dan gaya pembelajaran. Tujuannya ialah untuk memudah dan menyesuaikan penilaian kognitif dengan gaya pembelajaran seseorang. Contohnya adalah seperti jadual berikut:
Aras Kognitif | Tingkah laku Pelajar | | Penilaian | Pelajar dapat melakukan penilaian: - kenyataan berunsur nilai - penghargaan - syor | | Sintesis | Pelajar dapat: - mencipta produk yang astetik, emosi, atau hasil interpretatif, seperti kerja seni (visual atau persembahan), puisi, muzik, temuduga, kaunseling, dan laporan. - memimpin kumpulan koperatif, - mengarang, berimaginasi, dan membimbing | | Analisis | Pelajar dapat: - mengikuti perbincangan kumpulan yang intensif - mendefinisi dan membebakan emosi dan perasaan - membangunkan hubungan antara idea, manusia dan produk - mengaitkan ungkapan artistik dengan pengertian verbal - Fasilitasikan pembelajaran koperatif | | Aplikasi | Pelajar mengikuti arahan untuk - mengajar rakan sebaya - mengorganisasikan projek kumpulan - memindahkan pengertian interpersonal, emosi dan psikologi - menyimpan jurnal - memahami imageri panduan, seni, metafora, dan filem sebagai karya interpretif | | Kefahaman | Pelajar dapat: - menerangkan emosi dan perasaan - memahami muzik, filem, and seni sebagai ungkapan atau interpretasi perasaan atau hubungan - menggunakan kerja kumpulan untuk menyatakan idea | | Pengetahuan | Pelajar dapat: - mengumpuln maklumat dari pelbagai sumber, termasuk manusia dan tindak balas manusia - menggunakan muzik, filem, televisyen, dan seni untuk menyampaikan perasaan - menggunakan kerja kumpulan untuk mengumpul pelbagai idea |
|
Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. 31, 90009 Sandakan, Sabah. Tel: 089-218610 Faks: 089-213814 | | Disediakan oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. 23 Julai 1999 http://www.teachersrock.net |