|
|
Rubik Kolaborasi

|
|
Kolaborasi antara pelajar dalam menyiapkan projek atau kerja
kursus berportfolio melibatkan unsur intelek, emosi dan sosial. Keberkesanan
kolaborasi antara pelajar menunjukkan kematangan dan sifat kepimpinan serta
tolak ansur seseorang. Rubik Kolaborasi ini merupakan satu panduan untuk
menilai kolaborasi pelajar dalam bilik darjah. Dalam pada itu, pelatih
boleh menggunakan kriteria pemarkatan kolaborasi untuk menilai diri sendiri
dalam kolaborasi dan koperasi dengan orang lain.
SKOR
|
KRITERIA
|
4
|
Pemahaman Yang Menyeluruh
Secara konsistennya melakukan (hampir) semua perkara
berikut:
- Berusaha dengan konsisten dan aktifnya untuk
mencapai matlamat-matlamat kumpulan.
- Peka akan perasaan dan keperluan pembelajaran
ahli-ahli kumpulan.
- Rela dan dengan senang hatinya menerima dan
memainkan peranan individu dalam kumpulan.
- Menyumbang dengan aktifnya pengetahuan, pendapat,
dan kemahiran dalam kumpulan.
- Menghargai dan menggalakkan pengetahuan, pendapat
dan kemahiran daripada semua ahli kumpulan.
- Membantu kumpulannya mengenal pasti perubahan
yang dikehendaki serta menggalakkan tindakan kumpulan untuk
perubahan.
|
3
|
Pemahaman Yang Baik
Melakukan kebanyakan perkara berikut:
- Berusaha ke arah matlamat-matlamat kumpulan tanpa
digesa.
- Menerima dan memainkan peranan individu dalam
kumpulan.
- Menyumbang pengetahuan, pendapat, dan kemahiran
dalam kumpulan tanpa digesa.
- Menunjukkan keprihatinan akan perasaan orang
lain.
- Rela melibatkan diri dalam perubahan kumpulan
yang dikehendaki.
|
2
|
Pemahaman Yang Memadai
Melakukan kebanyakan perkara berikut:
- Berusaha ke arah matlamat-matlamat kumpulan
dengan digesa dari semasa ke semasa.
- Memberi sumbangan kepada kumpulan dengan digesa
dari semasa ke semasa.
- Menunjukkan keprihatinan akan perasaan orang
lain.
- Melibatkan diri dalam perubahan kumpulan yang
dikehendaki dengan digesa dari semasa ke semasa.
|
1
|
Perlu Pembaikan
Secara konsistennya melakukan (hampir) semua perkara
berikut:
- Berusaha ke arah matlamat-matlamat kumpulan hanya
apabila digesa.
- Memberi sumbangan kepada kumpulan hanya apabila
didesak.
- Perlu diingatkan agar menunjukkan keprihatinan
akan perasaan orang lain.
- Melibatkan diri dalam perubahan kumpulan yang
dikehendaki hanya apabila didesak dan diberi galakkan.
|

|
Jabatan
Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814 |
|
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
13 Mei 2000
http://www.teachersrock.net |