Kemahiran Sosial
|
Peranan Sosial
|
Menggalakan orang lain:
menggalakan penglibatan ahli yang pendiam dan kurang yakin agar
lebih yakin; mula bertindak sebelum seseorang ahli bercakap; contoh:
"Adalah eloknya kita mendengar pendapat Mohd." |
Penggalak (Encourger)
|
Memuji orang lain:
memuji usaha orang lain; bertindak selepas seseorang bercakap;
contoh: "Itu idea yang baik". |
Pemuji (Praiser)
|
Menyambut kejayaan & pencapaian:
memimpin ahli kumpulan dalam meyambut dan meraikan kejayaan ahli
kumpulan; tidak seperti Pemuji yang memuji; menjadi pemimpin dalam
sorakan; contoh: "Mari kita berikan tepukan kepada Mohd." |
Penyambut Kejayaan (Cheerleader)
|
Menyeimbangkan penglibatan
peserta-peserta:
memastikan penglibatan yang seimbang antara ahli kumpulan;
meningkatkan penglibatan ahli yang kurang bercakap dan "memperlahankan"
ahli yang terlalu banyak bercakap; contoh: "idea Mohd itu menarik,
apakah pendapat Mad?", "Mad, adakah anda setuju dengan
pendapat Mohd.?" |
Penjaga Libatan (Gatekeeper)
|
Membantu, membimbing & menasihat:
Jurulatih membantu ahli pasukan menguasai isi kandungan akademik,
tetapi berhati-hatinya agar tidak menyelesaian masalah untuk ahli
pasukannya; contoh: "Ingat formula pertama?", "Eloknya
jika anda semak semula soalan no. 2." |
Jurulatih (Coach)
|
Meminta pertolongan:
sekali sekalanya memeriksa pasukanya sama ada timbul soalan atau
tidak. Jika timbul soalan, ia memastikan soalan itu dibincangkan untuk
mendapatkan jawapan. Sekiranya semua ahli kumpulan tidak dapat
menjawab sesuatu soalan, soalan itu menjadi soalan pasukan dan
Komander menggunakan isyarat senyap untuk memaklumkan guru bahawa
semua ahli menghadapi masalah. |
Komander Soalan (Question Commander)
|
Menyemak & memeriksa pemahaman:
memastikan semua ahli telah menguasai isi kandungan. Contoh: "Marilah
kita buat satu soalan secara berseorangan sementara ahli lain
memerhati untuk memastikan semua ahli telah faham dan dapat menduduki
peperiksaan kelak." |
Penyemak (Checker)
|
Mengawas perjalanan tugasan:
memastikan semua ahli menjalankan tugasan yang telah ditetapkan. Ia
menggunakan peringatan positif seperti : "Kita belum menyiapakan
tajuk 3 lagi" tetapi tidak digalakkan untuk menggunakan
peringatan negatif seperti "Jangan main-main!". |
Pengawas Tugas (Taskmaster)
|
Merekod idea-idea:
menulis hasil perbincangan dan jawapan dalam kumpulan. Ada kalanya
ia bertanggungjawab untuk memastikan semua isi penting dicatat dengan
tepatnya. |
Pencatat (Recorder)
|
Merenung tentang kemajuan kumpulan:
memimpin kumpulan dengan menoreh ke belakang. Proses kumpulan
bertambah baik jika Perenung merumus dan mencerminkan perbincangan
kumpulan. Ia juga memimpin kumpulan untuk merenung tentang kemahiran
mingguan seperti "Adakah kami membuat kerja dengan baik?". |
Perenung (Reflector)
|
Tidak menggangu orang lain:
memastikan pasukan tidak bercakap dengan suara yang terlalu kuat
dan mengganggu orang lain. Guru boleh menetapkan tahap bunyi / suara
dengan sukatan "Suara 12 inci" atau "Suara 6 inci".
Kapten Senyap memastikan ahlinya mematuhi kehendak "Suara 6 inci". |
Kapten Senyap (Quiet Captain)
|
Mengedar bahan pembelajaran:
mengambil dan memulangkan bahan p&p dan memastikan tempat
bersih dan kemas selepas sesuatu aktiviti |
Ketua Bahan (Materials Monitor)
|