|
oleh Richard Paul dan Linder Elder
Terdapat dua dimensi pemikiran yang harus dikuasai oleh
pelajar untuk mempertingkatkan pemikiran. Mereka seharusnya dapat
mengenalpasti "bahagian-bahagian" pemikirannya, dan seterusnya
dapat menilai kegunaan bahagian-bahagian tersebut seperti berikut:
 | Semua penalaran (reasoning) bertujuan |
 | Semua penalaran merupakan percubaan untuk memahami
sesuatu, menjawab sesuatu persoalan, atau menyelesai sesuatu masalah. |
 | Semua penalaran adalah berasaskan andaian-andaian. |
 | Semua penalaran dibuat dari sudut pandangan tertentu. |
 | Semua penalaran adalah berasaskan data, informasi, dan
bukti. |
 | Semua penalaran dinyata dan dibentuk oleh konsep dan
idea. |
 | Semua penalaran mengandungi inferens yang membawa
kepada kesimpulan dan pengertian data. |
 | Semua penalaran membawa ke suatu pendirian; dan
mempunyai implikasi serta akibatnya. |
Apakah piawaian intelek sejagat yang boleh digunakan oleh
pelajar untuk menilai bahagian-bahagian pemikiran? Antara piawaian yang
boleh digunakan ialah seperti kejelasan, kejituan, ketepatan, relevens,
keperincian, kelebaran, dan lojik.
Berikut merupakan garis panduan untuk membantu pelajar
memajukan kebolehan penalaran.
- Semua penalaran berTUJUAN.
 | Ambillah masa untuk menyatakan tujuan dengan jelas. |
 | Bezakan tujuan anda dengan tujuan-tujuan yang
berkaitan |
 | Selalu menyemak untuk memastikan anda mengikuti
sasaran |
 | Pilih tujuan yang bererti dan realistik |
Semua penalaran merupakan percubaan untuk memahami
sesuatu, menjawab sesuatu persoalan, atau menyelesai sesuatu masalah
 | Ambillah masa untuk menyatakan dengan jelasnya
pokok soalan yang dijadikan isu. |
 | Nyatakan soalan dalam pelbagai cara untuk
menjelaskan pengertian dan skop. |
 | Bahagikan soalan kepada soalan-soalan kecil. |
 | Kenalpastikan soalan yang mempunyai jawapan
tunggal; yang merupakan pendapat, atau yang memerlukan penalaran
dari lebih dari satu sudut pandangan. |
Semua penalaran adalah berasaskan andaian-andaian
 | Nyatakan dengan jelas andaian-andaian anda dan
tentukan sama ada andaian munasabah. |
 | Timbangkan sebagaimana andaian membentuk sudut
pandangan anda. |
Semua penalaran dibuat dari sudut pandangan tertentu
 | Kenalpastikan sudut pandangan anda. |
 | Cari sudut pandangan lain dan kenalpasti kekuatan
dan kelemahannya. |
 | Seboleh-bolehnya mempertimbangkan semua pandangan
dengan adil. |
Semua penalaran adalah berasaskan data, informasi, dan
bukti
 | Pastikan idea dan penalaran disokong oleh data yang
dimiliki |
 | Cari informasi yang menyokong dan menyangkal
kedudukan anda |
 | Pastikan informasi yang digunakan adalah jelas,
jitu, dan relevan kepada persoalan atau isu. |
 | Pastikan anda telah mengumpul informasi yang
mencukupi |
Semua penalaran mengandungi inferens yang membawa
kepada kesimpulan dan pengertian data
 | Kenalpastikan konsep utma dan huraikannya dengan
jelas. |
 | Pertimbangkan konsep atau definisi alternatif. |
 | Pastikan anda menggunakan konsep dengan
berhati-hati dan jitu. |
Semua penalaran mengandungi inferens yang membawa
kepada kesimpulan dan pengertian data
 | Buat inferens hanya berdasarkan bukti kukuh |
 | Semak inferens untuk menentukan konsistensi antara
satu sama lain |
 | Kenalpastikan andaian-andaian yang membawa kepada
inferens |
Semua penalaran membawa ke suatu pendirian; dan
mempunyai implikasi serta akibatnya
 | Telitikan implikasi dan akibat yang mengekori
penalaran anda |
 | Cari implikasi negatif mahupun positif |
 | Pertimbangkan semua akibat yang berkemungkinan |

|
Jabatan
Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814 |
|
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
14 Februari 2000
http://www.teachersrock.net
|