|
Shulman, L.S. (1987). Knowledge and Teaching:
Foundations of the New Reform. Harvard Educational Review, 57(1),
1-22.
Mengikut Shulman (1987) pengetahuan kandungan
pedagogi (PCK) merupakan paduan isi kandngan dan pedagogi. PCK merupakan
salah satu daripada teras-teras pengetahuan yang harus dimiliki oleh guru.
Antara teras-teras pengetahuan yang diertikan ialah
 |
pengetahuan isi kandungan (content
knowledge) |
 |
pengetahuan pedagogi am (general
pedagogical knowledge) |
 |
pengetahuan kurikulum (curriculum
knowledge) |
 |
pengetahuan kandungan pedagogi
(pedagogical content knowledge) |
 |
pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri
pelajar (knowledge of learners and their characteristics) |
 |
pengetahuan tentang konteks pendidikan
(knowledge of educational contexts) |
 |
pengetahuan tentang matlamat-matlamat
pendidikan (knowledge of educational ends) |
PCK memainkan peranan yang penting sebab ia memadukan isi kandungan dan
pedagogi untuk pembentukan kefahaman tentang bagaimana topik, masalah, isu
diorganisasikan, diwakili dan diadaptasikan demi pelbagai minat dan
kebolehan pelajar. Proses pembinaan PCK adalah menurut langkah-langkah dalam
Model Penalaran Pedagogi seperti berikut:
KEFAHAMAN
COMPREHENSION
|
Untuk mengajar, kita perlu memahami isi kandungan
dan pelajar. Guru-guru dikehendaki memahami apa yang perlu diajar,
jika boleh memahami isi kandungan dengan beberapa cara. Guru juga
perlu memahami bagaimana aras perkembangan pelajar mempengaruhi
kebolehannya untuk belajar.
|
TRANSFORMASI
TRANSFORMATION
|
Idea-idea yang telah difahami mesti ditukar dalam
bebepa cara agar ia boleh diajar kepada pelajar. Penalaran melalui
pengajaran melibatkan pengalihan dari pemikiran tentang mata
pelajaran seperti yang difahami oleh guru ke minda dan motivasi
pelajar. Transformasi isi kandungan ke dalam bentuk yang boleh
diajar memerlukan pemahaman tentang hasil pembelajaran dan bagaimana
pelajar menunjukkan apa yang ia telah pelajari.
|
INSTRUKSI
INSTRUCTION
|
Instruksi (pengajaran) merupakan aspek pedagagi
yang terpenting: organisasi dan mengurusan bilik darjah, persembahan
penerangan dan huraian yang jelas, memberi dan menyemak tugasan,
berinteraksi dengan pelajar secara berkesan dengan soalan, proba,
jawapan dan tindak balas, serta pujian dan kritikan.
|
PENILAIAN
EVALUATION
|
Proses ini merangkumi semakan formal pemahaman
pelajar tentang isi kandungan yang telah diajar berdasarkan objektif
dan hasil pembelajarn yang telah ditetapkan.
|
REFLEKSI
REFLECTION
|
Proses ini dilakukan oleh guru apabila ia
merenung kembali pengajaran dan pembelajaran yang telah berlaku lalu
membina semula, melakonkan semula, dan/atau mengingatkan semula
peristiwa, emosi dan pencapaiannya. Proses ini menjadi landasan bagi
seseorang profesional belajar daripada pengalaman. Usaha-usaha
analitik dalam proses ini digunakan untuk memperbaiki pengetahuan
kandungan pedagagi (PCK) seseorang.
|
KEFAHAMAN BARU
NEW COMPREHENSIONS
|
Ini berupakan satu permulaan baru. Melalui
langkah-langkah KEFAHAMAN, TRANSFORMASI, INSTRUKSI, PENILAIAN, DAN
REFLEKSI, guru mencapai pemahaman yang lebih jelas tentang isi
kandungan dan pelajar.
|

|
Jabatan
Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814 |
Disediakan
oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
18 April 2001
http://www.teachersrock.net |