|
Penerangan
Logo Maktab Perguruan Tawau, Sabah

|
Komponen
|
Penerangan
|
|

|
Huruf ‘T’ dalam bentuk yang
kukuh dan mantap menjadi fokus untuk melambangkan nama maktab yang
terletak di Tawau.
Secara linguistiknya, ‘T’
dikaitkan dengan “Teacher, Training, Transformation, Thinking,
Talent, Techniques, Technology, Transcend, Team, Tough, Tiptop,
Thriving, Thorough, Transfer, Titantic, Tradition, Trust, Treasure,
Triumph, Trophy, Transparent” Selain itu, “T” juga
mengilhamkan sifat-sifat cemerlang yang membawa nilai-nilai dan
etika Kementerian Pelajaran Malaysia seperti ‘Tuhan, Taat, Tabah,
Tabligh, Tafahus, Tahan, Tahu, Tajam, Takwa, Takwim, Tamadun, Tampan,
Tasawuf, Tasbih, Tatatertib, Teguh, Tegas, Tegak, Tegap, Tetap, Tuah,
Toleren, Tokoh, Tinggi, Terus, Teliti, Tekad, Telaga (ilmu), Tenang,
Terbilang, dan Tepat’.
|
|

|
Bulatan-bulatan kuning emas dari
saiz besar hingga infiniti, disusun seperti 5 buah buku terbuka. Ini
melambangkan ilmu yang terus progresif, saintifik dan bernilai
tinggi. Lima buah buku juga menunjukkan Rukun Negara yang sentiasa
dijunjungi.
Bulatan-bulatan emasan juga
boleh melambangkan titisan air yang paling mustahak untuk kehidupan.
Dalam lambang ini, titisan ini melambangkan ilmu yang menjadi asas
pendidikan guru demi kemajuan tamaduan dan kemakmuran Malaysia.
|
|

|
Sekiranya huruf ‘T’
bergabung dengan bulatan emas utama, ia melambangkan pepimpin yang
mampu membawa perubahan, perkembangan, dan peningkatan. Oleh sebab
Maktab Perguruan Tawau bertekad untuk memimpin dalam arena
pendidikan guru, maka ia akan menjadi ‘bench mark’ dan teladan
untuk maktab-maktab yang lain di Malaysia.
|
|

|
Huruf ‘T’ bercantum dengan
titisan air bertukar wajah menjadi pancutan air yang melambangkan
“fountain of knowledge” yang tidak akan terputus. Ini bermaksud,
Maktab Perguruan Tawau bukan sahaja menyampai dan menyebarkan ilmu
pengetahuan malah mampu menjana ilmu melalui penyelidikan dan
perkembangan.
|
|

|
Bulatan biru yang menjadi latar
belakang logo melambangkan dunia di mana Maktab Perguruan Tawau
berniat bersaing dengan institusi-institusi antarabangsa dalam
bidang pendidikan guru. Wawasan Maktab Perguruan Tawau mencerminkan
kehendak kerajaan agar pusat pendidikan di Malaysia menjadi pusat
kecemerlangan pendidikan di kaca mata dunia.
|
|
Warna Putih
Kod Warna: 255, 255, 255
|
Bersih, suci, dan keikhlasan (Warna
tradisi Maktab Perguruan Sandakan)
|
|
Warna Kuning Emas
Kod Warna: 255, 204, 51
|
Kedaulatan undang-undang,
kemurnian, dan martabat tinggi. Warna juga merupakan warna tradisi
Maktab Perguruan Sandakan dan Bahagian Pendidikan Guru.
|
|
Warna Biru
Kod Warna: 51,0,102
|
Keharmonian dan kekukuhan. Warna
ini juga merupakan warna tradisi Maktab Perguruan Sandakan.
|
Disediakan oleh
Ng Kim Choy,
Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan,
Maktab Perguruan Sandakan.
http://www.teachersrock.net
|