Laporan Kajian :

Kecenderungan Minat Pelatih MPSS Terhadap Gaya-Gaya Pengajaran

Laporan ini telah dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan Zon Sabah, 21&23 September 2000, Anjuran Maktab Perguruan Gaya.

| Kembali Ke Pangkal | Kembali Ke Penyelidikan |

Isi Kandungan

1     Pengenalan 2

2     Pernyataan Masalah 5

3     Matlamat Kajian 5

4     Hipotesis Kajian 5

5     Metodologi 6

5.1     Reka Bentuk Kajian & Instrumen 6

5.2     Persampelan 8

5.3     Prosedur Kajian 8

5.4     Penganalisisan Data 8

6     Dapatan Kajian 9

6.1     Latar Belakang Responden 9

6.1.1    Taburan Responden Mengikut Jantina. 9

6.1.2   Taburan Responden Mengikut Bangsa. 9

6.1.3   Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan. 10

6.1.4   Taburan Responden Mengikut Semester Pengajian. 10

6.1.5   Taburan Responden Mengikut Pengkhususan. 11

6.2     Gaya Pengajaran Yang Digemari 11

6.3     Gaya Pengajaraan Yang Kurang Digemari 12

6.4     Gaya Pengajaran Yang Diminati Mengikut Jantina 13

6.5     Gaya Pengajaraan Yang Diminati Mengikut Bangsa 14

6.6     Gaya Pengajaran Yang Diminati Mengikut Pengkhususan 15

6.7     Gaya Pengajaraan Yang Diminati Mengikut Semester Pengajian 16

6.8     Gaya Pengajaraan Yang Diminati Mengikut Pencapaian Akademik 17

7     Perbincangan 17

7.1     Gaya Pengajaran Yang Digemari 17

7.2     Gaya Pengajaran Yang Tidak Diminati 19

8     Penutup 21

Rujukan 23

 

 

Pengenalan

Penyampaian kuliah dalam bilik kuliah di maktab perguruan mempunyai impak yang mendalam kepada pendidikan guru pelatih dan keberkesanan guru pelatih dalam bilik darjah kelak. Pelbagai bentuk gaya pengajaran di bilik kuliah disyorkan dari semasa ke semasa. Antaranya ialah pengajaran dan pembelajaran koperatif, penyebatian kemahiran berfikir, konteksual, masteri, maya, berpandukan komputer, berpandukan internet dan sebagainya.

Gaya-gaya pengajaran yang digunakan oleh pensyarah tidak semestinya diminati oleh guru pelatih. Contohnya dalam pembelajaran koperatif, aktiviti pembelajaran adalah berasaskan struktur dan tugasan yang mesti dilakukan oleh pelajar dalam masa kuliah. Begitu juga kuliah yang menyebatikan kemahiran berfikir khasnya metakognisi di mana pelajar dikehendaki melakukan tugasan mental sama ada secara perseorangan atau kumpulan kecil. Gaya pengajaran yang demikian dianggap baik dan berkesan kerana melibatkan pelajar dengan aktif dan menepati prinsip-prinsip kontruktivisme.

Flanders (1970) memperkenalkan tiga gaya pengajaran iaitu pengajaran secara langsung, pengajaran secara tak langsung, dan pengajaran eklektik (dalam Sturt, 2000). Gaya pengajaran secara langsung menyerupai gaya formal. Antara ciri-cirinya ialah – (a) bertindak kepada tingkah laku yang diperhatikan, (b) perancangan persekitaran, (c) gaya kepimpinan autokratik, (d) berpusatkan guru, dan (e) mengutamakan kaedah kuliah. Sebaliknya gaya pengajaran tak langsung lebih berbentuk tak terarah atau berpusatkan murid. Antara sifat-sifatnya ialah (a) laissez faire, (b) mempercayai bahawa pelajar mempunyai keinginan semulajadi untuk belajar, (c) hubungan guru-murid yang mesra, (d) menggalakkan potensi pelajar, (e) mencungkil pendapat daripada murid, dan (f) pelajar menetapkan peraturan sendiri serta berhak memilih apa yang ingin dipelajari. Gaya eklektik merupakan kombinasi gaya pengajaran langsung dan gaya pengajaran tak langsung. Di sini, gaya langsung akan digunakan jika gaya tak langsung tidak berhasil. Gaya eklektik lebih bersifat demokratik dan guru yang menggunakan gaya ini mestilah mahir dalam gaya langsung dan gaya tak langsung.

Bennet (1976) telah membahagikan gaya pengajaran kepada dua kategori iaitu gaya formal dan gaya tak formal (dalam Sturt, 2000). Gaya pengajaran formal lebih mementingkan kerja individu daripada kerja kumpulan. Susunan tempat duduk murid ditetapkan oleh guru sendiri. Selain itu, gaya ini juga menghadkan pergerakan murid dan mengutamakan penilian serta pencapaian sebagai motivasi pembelajaran. Gaya tak formal membenarkan lebih kebebasan kepada murid untuk bertindak dan menentukan aktivitinya. Murid-murid bebas memilih susunan tempat duduk. Di samping itu, motivasi lebih mementingkan kepuasan kendiri di mana penilaian dan pencapaian kurang diutamakan.

Selain itu, gaya pengajaran juga diklasifikasikan dari segi perspektif humanisme, behaviourisme dan kognitivisme seperti diutarakan oleh Kramlinger dan Huberty (1990). Humanisme mementingkan pengalaman peribadi di mana guru bertindak sebagai fasilitator dan menggalakkan pelajar agar berkongsi pengalaman dan pendapat. Teknik-teknik humanis adalah selaras dengan pelajar pragmatik, reflektif dan aktivis. Gaya yang bersifat behaviouris mencorakkan tingkah laku yang dikehendaki melalui ganjaran. Tujuannya ialah untuk memperkukuhkan tingkah laku yang dikehendaki supaya pelajar menguasai tingkah laku itu. Gaya ini didapati sesuai dengan pelajar pragmatik dan aktivis. Gaya yang bersifat kognitivis menyerupai pendekatan tradisi akademik dan bertujuan mempersembahkan informasi secara logik, biasanya melalui kuliah. Gaya ini sesuai dengan pelajar teoritikal.

Anthony Grasha menyatakan lima jenis gaya pengajaran seperti pakar, autoriti formal, model peribadi, fasilitator, dan delegator (1996 : 154).Kelima-lima gaya ini mempunyai kebaikan dan kelemahan dalam bilik kuliah. Grasha menegaskan bahawa kelima-lima gaya pengajaran dikelompokkan dalam empat gugusan. Gugusan 1 merangkumi gaya pakar dan gaya autoriti formal; Gugusan 2 meliputi gaya model peribadi, gaya pakar, dan gaya autoriti formal; Gugusan 3 termasuk gaya fasilitator, gaya model peribadi, dan gaya pakar; dan Gugusan 4 menyifatkan delegator, fasilitator, dan pakar.

Terdapat pendapat yang mengategorikan gaya-gaya pengajaran guru dari perspektif komunikasi. Contohnya mengikut Center for Teaching Excellence, St. Edward’s University, gaya-gaya pengajaran dibahagikan mengikut Organizer, Scholar, “Dreamer”, “Socializer”, “Performer” dan “Salesperson”. Cara seorang menyampaikan isi kandungan pelajaran bergantung kepada gaya komunikasinya. Berlandaskan teori personaliti, gaya pengajaran dianalisa dengan menggunakan MBTI yang mengateorikan gaya-gaya pengajaran kepada enam belas kategori. Kesemuanya diukur dengan empat dimensi iaitu Ekstravert-Intravert, Sensing-iNtuition, Thinking-Feeling, dan Judgemental-Persepsi (Sturt, 2000). Jenis personaliti yang dianggap unggul bagi seseorang guru ialah jenis eNFj.

Dalam kajian ini, gaya pengajaran dioperasikan sebagai cara-cara seorang pensyarah menyampaikan kuliahnya atau “A way a teacher teaches (Callahan, et. all). Gaya-gaya pengajaran yang dimaksudkan dibahagikan kepada sembilan cara seperti yang terdapat dalam borang soal selidik. Yang paling berpusatkan pensyarah ialah Gaya I – Kuliah tanpa sebarang penglibatan pelajar. Sebaliknya, gaya yang paling sedikit kawalan pensyarah ialah Gaya IX – Pembentangan oleh Pelatih.

1        Pernyataan Masalah

Apakah respons pelatih terhadap gaya pengajaran yang diamalkan oleh seseorang pensyarah? Adalah dipercayai seorang pensyarah yang bersifat reflektif akan sentiasa menyesuaikan gaya pengajarannya untuk meningkatkan mutu dan kesan pengajarannya. Gaya yang dianggap berkesan oleh pensyarah tidak semestinya dipersepsikan begitu oleh pelatih. Justeru itu, antara masalah yang ingin ditinjau oleh kajian ini ialah :

1.            Apakah gaya-gaya pengajaran pensyarah yang diminati oleh pelatih?

2.           Apakah gaya-gaya pengajaran yang tidak diminati oleh pelatih?

3.           Apakah gaya-gaya pengajaran pensyarah yang diminati oleh pelatih berbeza dari segi jantina, pengkhususan, semester pengajian, bangsa dan pencapaian akademiknya?

2       Matlamat Kajian

Antara matlamat kajian ialah untuk menerokai kecenderungan minat pelatih terhadap gaya-gaya pengajaran di bilik kuliah.

Hasil dapatan ini boleh menjelaskan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik kuliah. Selain itu, ia juga boleh membantu pensyarah maktab agar mempelbagaikan gaya pengajarannya selaras dengan minat pelajar.

3       Hipotesis Kajian

Berdasarkan matlamat kajian yang telah dinyatakan, hipotesis-hipotesis kajian adalah seperti berikut:

Hipotesis I : Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelatih terhadap gaya pengajaran yang digemari.

Hipotesis II :     Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelatih terhadap gaya pengajaran yang tidak digemari.

Hipotesis III :   Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelatih terhadap gaya pengajaran yang digemari mengikut jantina.

Hipotesis IV :    Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelatih terhadap gaya pengajaran yang digemari mengikut bangsa.

Hipotesis V :      Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelatih terhadap gaya pengajaran yang digemari mengikut pengkhususan pengajian.

Hipotesis VI :    Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelatih terhadap gaya pengajaran yang digemari mengikut semester pengajian.

Hipotesis VII :   Tidak terdapat perbezaan kecenderungan minat pelatih terhadap gaya pengajaran yang digemari mengikut kelulusan akademik.

4       Metodologi

4.1       Reka Bentuk Kajian & Instrumen

Kajian ini menggunakan borang soal selidik untuk mendapat respons daripada pelatih tentang kecenderungan minat terhadap gaya pengajaran di bilik kuliah. Instrumen kajian diubahsuai daripada kajian yang telah dilaksanakan oleh Megan J. Beishine dan Cooper B. Holmes (1997) untuk mengkaji kecenderungan pilihan mahasiswa tentang pelbagai gaya pengajaran. Borang soal selidik dibahagikan kepada 4 bahagian (A, B, C dan D) yang merangkumi dua jenis soalan iaitu soalan terbuka dan soalan tertutup.

Bahagian A mengandungi soalan demografi seperti Jantina, Umur, Pengkhususan, Semester Pengajian, Pencapaian Akademik, Pengalaman Mengajar, dan Bangsa. Dalam Bahagian B, responden dikehendaki menanda hanya satu daripada 9 gaya pengajaran yang disediakan. Gaya-gaya Pengajaran adalah seperti berikut:

* Gaya I: Kuliah sahaja tanpa penglibatan pelatih

* Gaya II: Kuliah dengan penglibatan sukarela pelatih

* Gaya III: Kuliah dengan penglibatan wajib pelatih

* Gaya IV: Kuliah dengan demonstrasi

* Gaya V: Demonstrasi sahaja

* Gaya VI: Kuliah dengan perbincangan kumpulan pelatih

* Gaya VII: Perbincangan kelas yang dibantu oleh pensyarah

* Gaya VIII: Perbincangan kumpulan-kumpulan pelatih

* Gaya IX: Pembentangan oleh pelatih-pelatih

Bagi Bahagian C, responden dibenarkan untuk menanda lebih daripada satu gaya yang tidak/kurang diminati. Senarai gaya adalah sama dengan Bahagian B. Manakala Bahagian D, responden diminta menulis sebab-sebab bagi gaya pengajaran yang paling disukai dan sebab-sebab pemilihan gaya-gaya pengajaran yang paling kurang disukai. Ruang yang cukup disediakan untuk jawapan responden.

4.2     Persampelan

290 orang pelatih yang merupakan kesemua pelatih maktab dalam pengajian semester 2, 3 dan 5 diberi soal selidik kajian ini. Nanum begitu, hanya 250 borang soal selidik diterima. Seramai 142 pelatih wanita dan 96 pelatih lelaki memulangkan mengisi borang soal selidik dengan betul. Sebanyak 12 borang diketepikan kerana salah isi atau tidak lengkan. Pelatih-pelatih terdiri daripada 6 jenis gabungan pengkhususan yang merangkumpi Matematik-Kajian Tempatan, Inggeris-Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pengajian Melayu-Kajian Tempatan, Matematik-Kemahiran Hidup, Matematik-Pengajian Melayu, dan Sains-Kajian Tempatan.

4.3     Prosedur Kajian

Pelatih cuma mengambil beberapa minit sahaja untuk melengkapkan borang soal selidik. Sebelum responden mengisikan borang tersebut arahan dan penerangan dibuat oleh pengkaji. Borang tersebut dipungut sebaik sahaja ia dilengkapkan. Masa yang digunakan untuk menjawab soal selidik ini adalah lebih kurang 10 minit sahaja.

4.4     Penganalisisan Data

Statistik inferens utama yang digunakan dalam kajian ini berasaskan c2 satu dimensi dan c2 bagi jadual silang. Hipotesis akan diuji berasaskan c2 pada aras kepercayaan p = 0.05. Semua penganalisisan akan dilakukan dengan perisian SPSS 9.01.

5       Dapatan Kajian

5.1       Latar Belakang Responden

Latar belakang responden akan dijelaskan dari segi jantina, bangsa, status perkahwinan, taraf pendidikan, semester pengajian dan pengkhususan.

5.1.1      Taburan Responden Mengikut Jantina

Jadual 6.1.1 menunjukkan taburan demografi responden mengikut jantina. Daripada 238 orang responden, terdapat 40.3 % lelaki dan 59.7 % perempuan.

Jadual 5.1.1: Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina

Bilangan

Peratus

Lelaki

96

40.3

Perempuan

142

59.7

Jumlah

238

100.0

5.1.2     Taburan Responden Mengikut Bangsa

Merujuk jadual 6.1.2, peratus responden yang paling besar dari segi bangsa ialah Melayu iaitu 46.2 %. 39.1 % terdiri daripada responden Kadazan/Dusun manakala 5.5 % daripada responden terdiri daripada responden Cina.

Jadual 5.1.2: Taburan Responden Mengikut Bangsa

Bangsa

Bilangan

Peratus

Melayu

110

46.2

Kadaza/Dusun

93

39.1

Cina

13

5.5

Lain2

22

9.2

Jumlah

238

100.0

 

5.1.3     Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan

Sebanyak 19.7 % responden yang mempunyai Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia berbanding dengan 77.3 % yang memiliki Sijil Persekolah Malaysia. Selebihnya sebanyak 2.9 % responden mempunyai kelulusan Sijil Persekolah Malaysia (Vokesyenal). Taburannya dinyatakan dalam Jadual 6.1.3 berikut.

 

Jadual 5.1.3: Taburan Responden Mengikut Taraf Pendidikan

Pencapai Akademk

Bilangan

Peratus

STPM

47

19.7

SPM

184

77.3

SPMV

7

2.9

Jumlah

238

100.0

 

5.1.4     Taburan Responden Mengikut Semester Pengajian

Bilangan responden daripada semester 3 adalah paling ramai dan merupakan 42 % daripada semua responden. Responden semester 5 hanya terdiri daripada dua unit sahaja; justeru itu ia hanya merupakan 23 % daripada semua responden. Taburan responden mengikut semester pengajian adalah seperti Jadual 6.1.4 berikut.

 

Jadual 5.1.4: Taburan Responden Mengikut Semester Pengajian

Semester Pengajian

Bilangan

Peratus

2

81

34.0

3

100

42.0

5

57

23.9

Jumlah

238

100.0

5.1.5     Taburan Responden Mengikut Pengkhususan

Semua responden menyertai latihan dalam dua pengkhususan. Jadual 6.1.5 menunjukkan taburan responden mengikut pengkhususan pengajian. Perbezaan bilangan responden agak ketara kerana bilangan unit pengkhususan adalah berbeza dari setahun ke tahun yang lain. Nanum begiut, bilangan responden yang paling banyak terdiri darpada pengkhususan Pengajian Inggeris – Pendidikan Jasmani & Kesihatan dan Matematik – Kajian Tempatan.

 

Jadual 5.1.5: Taburan Responden Mengikut Pengkhususan

Pengkhususan

Bilangan

Peratus

MtKt

59

24.8

PiPj

62

26.1

PmKt

48

20.2

MtKh

23

9.7

MtPm

23

9.7

SnKt

23

9.7

Jumlah

238

100.0

 

5.2     Gaya Pengajaran Yang Digemari

Setiap responden dikehendaki menyatakan gaya pengajaran yang paling digemari. Daripada 238 responden, kekerapan yang diramalkan bagi setiap gaya pengajaran ialah 26. Kekerapan, peratusan dan kedudukan bagi setiap gaya pengajaran yang diminati oleh responden dinyatakan dalam Jadual 6.2:1.

 

Jadual 5.2.1: Bilangan & Peratus Responden Mengikut Gaya Pengajaran Yang Digemari.

Gaya

Gaya Pengajaran Yang Digemari

Bilangan

Peratus

Rank

GI

Kuliah sahaja tanpa penglibatan pelatih

4

1.68

7

GII

Kuliah dengan penglibatan sukarela pelatih

64

26.90

2

GIII

Kuliah dengan penglibatn wajib pelatih

4

1.68

7

GIV

Kuliah dengan demostrasi

45

18.91

3

GV

Demonstrasi sahaja

1

0.42

9

GVI

Kuliah dengan perbincangan kumpulan pelatih

40

16.81

4

GVII