Pangkal
JIP MPSS
Sukatan Pelajaran
Tutorial & Kuiz
Contoh Soalan
Rencana & Nota
Ujian Personaliti
Penyelidikan
Latihan Mengajar
Pautan-Pautan

Sebelum Ini Selepas Ini
Jenis-jenis Jurnal Untuk Meningkatkan Kesan Pembelajaran dan Pemikiran

horizontal rule

Pengenalan

Penulisan jurnal amat berguna untuk meningkatkan kemahiran pembelajaran dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Meskipun demikian, apabila pelajar diminta menulis jurnal, soalan pertama yang akan dibangkitkan ialah format dan bentuknya. Pelajar yang mahir dan mempunyai daya pemikiran yang tinggi tidak perlu memikirkan bentuk jurnalnya. Ini adalah kerana kegigihan dan isi kandungan yang dicatat serta direnung adalah lebih penting daripada format. Halaman ini memaparkan beberapa format jurnal mengikut tujuan jurnal disimpan. Format-format ini boleh digunakan secara berasingan atau digabungkan dengan satu sama lain mengikut keperluan semasa.

Jenis-Jenis Jurnal

 

horizontal rule

Jurnal Metakognisi

Untuk meningkatkan paras pemikiran kritis, seseorang hendaklah memantau dan menyedari proses pemikirannya. Dalam jurnal metakognisi, pelajar menganalisa proses pemikiran sendiri selepas membaca, melakukan sesuatu aktiviti, menyelesaikan sesuatu masalah, atau membuat sesuatu keputusan. Jurnal Metakognisi menggalakkan pelajar merenung atas proses bacaan, draf-draf akhir, atau presentasinya.

Soalan Penting: Apakah yang menyebebkan anda memperoleh faedah dari pengalaman ini? Apakah yang menyebabkan akan berfikir semikian? Jika diberi masa yang lebih banyak, apakah yang anda akan ubahsuai? Apakah cara membuat keputusan atau penyelesaian masalah itu cekap dan berkesan?

Pada bahagian kiri kertas, pelajar mencatat - 'Apakah Yang Saya Belajar'. Pada bahagian kanan - 'Bagaimanakah Saya Belajarnya'.

Format
Jurnal Metakognisi
Apakah Yang Saya Belajar Bagaimanakah Saya Belajar
   
   
   

 

horizontal rule

Jurnal Dilektika

Jurnal Dilektika merupakan satu bentuk catatan nota yang melibatkan catatan bergu semasa membaca bahan kursus. Dalam dua lajur yang disediakan, pelajar mencatatkan bahan bacaan seperti petikan, masalah, isu atau dialog, dan sebab-sebabnya catatannya itu penting atau menarik? Dengan kaedah ini, pelajar berlatih untuk mengadakan dialog dialektid dengan rakannya apabila ia membaca jurnal orang lain. Justeru itu, jurnal dialektika membantu membangunkan pembacaan kritis dan penyaolan refleksi.

Format
Jurnal Dilektika
Petikan

Halaman

Mengapa saya rasa petikan ini menarik atau penting
     
     
     

 

horizontal rule

Jurnal Catatan Bergu

Jurnal Catatan Bergu membolehkan pelajar merekodkan respons kepada teks yang dibacanya. Dalam kolum kiri, pelajar mencatat atau merumuskan teks yang dirasa menarik, membingungkan, atau mengharunya, atau berkait dengan catatan jurnal yang lalu, atau sesuatu situasi. Dalam kolum sebelah kanan, pelajar bertindak balas kepada petikan atau catatan di sebelah kiri. Catatan boleh berbentuk komen, soalan, kaitan yang dirumuskan, atau analisis. Catatan dalam jurnal dibuat apabila wujudnya hentian secara natural berlaku agar tidak mengganggu proses bacaan.

Format
Jurnal Catatan Bergu
Petikan: Fasa atau Ayat yang saya gemari Pendapat saya tentang petikan ini
   
   
   

 

horizontal rule

Jurnal Refleksi

Dalam Jurnal Refleksi pelajar mengenalpasti sesuatu aktiviti, lalu merenung atas bahan pembelajarannya.

Format
Jurnal Refleksi
Apakah berlaku? Bagaimankah perasaan saya? Apakah yang saya belajar?
     
     
     

 

horizontal rule

Jurnal Spekulasi Akibat

Dalam jurnal ini, pelajar memeriksa sesuatu peristiwa dan membuat spekulasi tentang kesan jangka panjang yang diakibatkan oleh perisitiwa itu. Catatan jurnal ini menggalakkan pelajar membuat ramalan atas peristiwa dan aktiviti yang dialaminya.

Pada kolum diri, pelajar mencatatkan apa yang (telah) berlaku mankala pada kolum kanan ia mencatatkan akibat-akibat yang mungkin berlaku disebabkan oleh peristiwa berkenaan.

Format
Jurnal Spekulasi Akibat 
Apakah yang berlaku Apakah akibat yang diramalkan
   
   
   

 

horizontal rule

Jurnal Sintesis

Pada akhir minggu atau tamatnya satu unit pengajaran, pelajar-pelajar boleh merenung atas semua aktiviti-aktiviti yang dikumpulkan. Catatan jurnal ini menggalakkan pelajar mengulang kaji pengalaman lalu merancang aplikasi pemelajaran sedia ada untuk masa hadapan. Tindakan menulis meneguhkan apa yang telah dipelajarinya.

Bahagikan halaman kepada tiga seksyen. Catatkan 'Apa yang saya lakukan', Apa yang saya pelajari', dan 'Bagaimana saya boleh mengaplikasikannya'.

Format
Jurnal Sintesis
Apakah yang saya lakukan Apakah yang saya pelajari Bagaiman saya boleh mengaplikasikannya
     
     
     

 

horizontal rule

Log Pembelajaran

Salah satu bentuk jurnal yang penting ialah Log Pembelajaran. Log Pembelajaran selalunya dikaitkan dengan kesusasteran tetapi boleh digunakan dalam banyak situasi yang lain. Untuk butiran yang lebih tentang Log Pembelajaran semak nota tentang Log Pembelajaran.

Kolum kiri (Mencatat Nota) dicatat teks secara verbatim, nota kajian, nota kuliah, perbendaharaan kata, atau soalan-soalan. Kolum kanan (Membina Nota) merupakan catatan seperti respons, interpretasi, analisis pelajar.

Format
Log Pembelajaran
Mencatat Nota Membina Nota
   
   
   

 

horizontal rule

Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS
30 September 2000
http://www.teachersrock.net