Satu lagi
instrumen yang digunakan untuk menentukan gaya pembelajaran ialah Index of Learning Styles
(ILS) yang dicipta oleh B.A.Solaman dan R.M.Felder dari North Carolina State University.
Mengikut Felder, gaya pembelajaran boleh dilihat dari segi empat dimensi.Setiap dimensi terdiri daripada dua pola yang bertentangan (ada sedikit
persamaan dengan Inventori Gaya Pembelajaran Paragon).Dimensi-dimensi tersebut ialah (i) active
atau reflective, (ii) sensing atau intuitive,
(iii) visual atau verbal dan (iv) sequential
atau global.
Untuk mengetahui gaya pembelajaran anda dengan lebih mendalam,
cuba Indeks Gaya Pembelajaran (ILS) dan bandingkan hasilnya dengan instrumen gaya
pembelajaran yang lain. Indeks ini terdiri daripada empat bahagian yang akan menentukan 4
dimensi. Jawab semua soalan bagi keempat-empat dimensi untuk menentukan keutamaan diri
anda. Selepas anda mendapat keutamaan bagi keempat-empat dimensi, anda akan mengetahui
ciri-ciri gaya pembelajaran anda.