|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kertas ini telah dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Pendidikan 2001 (Anjuran MP Kota Bharu & BPG, Kementerian Pendidikan Malaysia), pada 14 Ogos 2001 di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan.1. Pengenalan2. Latar Belakang3. Apa dia Grid Repertori?4. Mengapa menggunakan Grid Repertori?5. Bagaimana Menggunakan Grid Repertori?6. Langkah-langkah Membina Grid Repertori?7. Contoh-Contoh Penggunaan Grid Repertori8. PenutupRujukan
1. PengenalanRencana ini bertujuan meninjau potensi penggunaan grid repertori dalam refleksi praktikum guru-guru pelatih. Perbincangan akan berkisar di sekitar konsep-konsep asas grid repertori dan dua contoh penggunaan grid repertori dalam membantu guru pelatih melakukan refleksi tentang isu-isu yang dirasakan penting semasa menjalankan praktikum. 2. Latar BelakangSalah satu keluhan yang sering didengar di kalangan pensyarah penyelia dan guru pembimbing tentang guru pelatih yang menjalankan praktikum ialah kelemahan dalam membuat refleksi tentang amalan di bilik darjah serta perkembangan diri pelatih sendiri. Kebimbangan pensyarah penyelia dan guru pembimbing bukan tidak berasas sebab refleksi guru pelatih merupakan salah satu aspek yang penting dalam proses pembinaan insane guru dalam program praktikum (BPG, 2000). Justeru itu, salah satu kewajiban guru pelatih ialah menulis jurnal yang bertujuan membantu pelatih merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan. Amalan refleksi ini diambil kira dalam secara eksplisitnya dalam borang penyeliaan praktikum PR1 dan PR1/P. Kepentingan refleksi dalam pendidikan guru tidak dapat dinafikan lagi. Literatur dan kajian yang berkaitan dengan refleksi guru banyak dan mudah diperoleh. Sarjana-sarjana pendidikan seperti Adler (1991), Clift (1991), Cruiskshank (1987), Schon (1983), Richards (1994), Shulman (1984) telah berbincang dengan panjang lebarnya peranan refleksi dalam perkembangan seseorang guru. Selain itu, Christie dan Menmuir (1997) juga membincangakan refleksi guru-guru dari segi teori-teori peribadi serta kerangka interpretif. Banyak kajian tentang pendidikan guru yang menggunakan teknik grid repertori telah dilakukan di luar negeri. Antaranya ialah kajian Sendan (1995) yang mengkaji sifat dan perkembangan teori-teori peribadi guru-guru Turki; dan Saka (1995) yang meninjau perubahan teori-teori peribadi seorang guru pelatih dalam jangka masa 15 bulan. Suwannatrai (1993) juga menggunakan teknik grid repertori untuk mengkaji perkembangan perspektif pengajaran guru-guru pelatih semasa menjalankan praktikum di Negeri Thai. Selain itu, Keith (1988) menyelideki pengetahuan praktikal guru-guru pelatih tentang sesi-sesi pengajaran yang berjaya dalam bilik darjah manakala Hucklesby (1985) dan Christie dan Menmuir (1997) pula mengkaji konstruk personal guru-guru pelatih tentang kanak-kanak. Semua penyelidik yang disebut menggunakan grid repertori sebagai metodologi untuk menjalankan kajian mereka. Nanum demikian, penggunaan teknik grid repertori dalam penyelidikan pendidikan guru pelatih di Malaysia masih tidak begitu ketara malah jarang sekali ditemui dalam mana-mana kajian kuantitatif mahupun kualitatif. 3. Apa dia Grid Repertori?Pengasas teknik grid repertori ialah George Kelly yang mula-mulanya menggunakan teknik ini untuk mengkaji pandangan klien-kliennya dalam terapi psikologi klinikal dalam tahun 1950’an. Mengikut Jankowicz (2001), grid repertori merupakan “a simple technique for making the tacit explicit”. Selain itu, Shaw (1984, 14) menyatakan, A repertory gird is a two way classification of data in which events are interlaced with abstractions in such a way as to express part of a person's system of cross references between his personal observations or experience of the world (elements), and his personal classifications or abstractions of that experience (constructs).' Grid repertori merupakan suatu teknik penyelidikan kualitatif dan selalunya digunakan oleh pengikut-pengikut aliran psikologi konstruk personal yang pada amnya bernaung di bawah pendekatan kualitatif dan konstruktivis. Namun demikian, grid repertori telah digunakan dalam bidang pendidikan, pengurusan sumber manusia, penyelidikan pasaran, dan perubahan organsisasi (Stewart dan Stewart, 1982). Secara ringkasnya, grid repertori merupakan suatu matriks atau jadual yang mengandungi angka-angka yang berpaksi elemen (mendatar) dan konstruk (menegak). Elemen diibaratkan sebagai mercu tanda dalam ruang kognitif seseorang mengenai sesuatu perkara. Contoh-contoh elemen yang biasa adalah seperti orang, objek, peristiwa atau aktiviti yang bererti dan penting kepada orang yang hendak ditemudugai. Dengan erti kata lain, ia merupakan kata nama (orang dan objek) dan kata kerja (peristiwa dan aktiviti). Sifat-sifat yang membeza dan mengklasifikasikan satu elemen dengan elemen yang lain dinamakan konstruk. Konstruk merupakan dimensi yang digunakan oleh seseorang apabila ia memikirkan tentang sesuatu elemen dan hubungan elemen tersebut dengan elemen yang lain. Mengikut Kelly, konstruk mempunyai sifat bi-polar iaitu setiap konstruk diganding dengan dua polar yang bertentangan dengannya. Contohnya peramah – pemarah, peramah – pendiam, atau peramah – suka berseorangan. “Peramah” dengan sendirinya tidak memberi penerangan yang jelas dan jitu tanpa mengambil kira makna yang bertentangan dengannya. Justeru itu, konstruk mengikut Kelly adalah berbeza daripada konsep sebab konsep merupakan satu-satu klasifikasi am yang tidak memerlukan kontra atau lawannya manakala konstuks adalah dwi polar yang saling menerangkan. Isi kandungan grid repertori dipenuhkan dengan angka-angka yang berbentuk ordinal atau kardinal. Ia boleh berbentuk susunan kedudukan elemen mengikut setiap konstruk ataupun mata yang diperuntukkan kepada sesuatu elemen. Isi kandungan grid repertori inilah yang akan menunjukkan bagaimana seseorang mengelompok dan menjarakkan konstruk mengikut pemahamannya. Andaikan kita ingin membantu seorang pelajar memahami tanggapannya tentang sterotaip kaum dalam ruang kognitifnya. Untuk tujuan itu satu grid repertori tentang suku kaum dibina seperti jadual berikut. Elemen-elemen yang diberikan oleh pelajar itu ialah Dusun, Murut, Melayu, Bugis, Brunei, dan Cina manakala konstruk-konstruk yang digunakannya ialah kaya * miskin, pakaian bergaya * pakaian sederhana, pilih makan * bebas makan, pandai cakap * susah cakap, cepat belajar * lambat belajar, dan kerja desa * kerja bandar. Jadual 3-1 Grid Repertori Sifat-sifat Suku Kaum di Sabah
4. Mengapa menggunakan Grid Repertori?If you want to know what is wrong with someone, ask him … he probably knows. Antara sebab-sebab grid repertori digunakan demi mengkaji konstruk seseorang adalah untuk mengatasi masalah-masalah dan kesan sampingan yang dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti temuduga atau borang penyelidikan tinjauan. Mengikut Stewart (1997), tiga masalah besar yang dimaksudkan ialah “interviewer bias”, “specificity” dan “over-dependence on the expert”. Teknik grid repertori membantu seseorang memahami diri sendiri tentang sesuatu perkara tanpa pengaruh atau prasangka penemuduga. Penemuduga tidak bertanya sebarang soalan yang mempunyai kepentingan diri sendiri. Justeru itu orang yang ditemuduga tidak perlu memberi jawapan yang difikirkan 'betul' dan memuaskan hati penemuduga. Dengan demikian, bias penemuduga dapat diminimumkan. Masalah "specificity" sering dikaitkan dengan tinjauan yang menggunakan instrumen yang direka untuk sesuatu tujuan yang umum. Oleh sebab setiap orang mempunyai konstruk dan pemahaman yang unik, alat temuduga atau instrumen yang sedia ada tidak dapat mencungkil sepenuhnya pemikiran setiap subjek. Grid repertori adalah bebas dari segi kandungan di mana elemen dan konstruk boleh diperoleh secara bebas daripada orang yang ditemuduga sendiri. Salah satu cara yang tepat baik untuk mengetahui masalah dan pandangan seseorang adalah dengan menyoal dan menemuduga orang berkenaan. Kaedah temuduga yang biasa sering mengadapi masalah-masalah seperti bias pemerhati dan peranan pakar. Selain sebab-sebab yang telah dinyatakan, grid repertori adalah berlandaskan satu teori yang utama iaitu teori konstruk peribadi yang diasaskan oleh George Kelly. Antara andaian-andaian teori ini ialah: 1. Proses pemikiran seseorang disalurkan oleh cara-cara di mana ia meramalkan bagaimana peristiwa-peristiwa berlaku (postulat asas). Ini bermakna seseorang berorientasikan diri terhadap masa akan datang dan bukan masa-masa lalu. Pendekatan seseorang terhadap cara ia membuat ramalan tentang peristiwa akan datang akan menentukan apa yang dilakukannya sekarang. Postulat ini menganggap setiap individu sebagai seorang ‘ahli sains’ yang sentiasa menerokai dunianya. Justeru itu, tujuan grid repertori sepatutnya adalah untuk membantu individu (bukan penyelidik) memahami diri sendiri. Mengikut Esterby-Smith dan Thorpe, grid repertori bersifat sebuah ‘cermin psikologi’. Manusia diibaratkan sebagai pengguna pengetahuan yang aktif dan bukan penerima yang pasif. 2. Setiap individu berbeza daripada orang lain dalam konstruksi peristiwa-peristiwa (korolari individualiti). Kesimpulan ini menyatakan bahawa walaupun dua orang berada dalam suatu keadaan yang sama tetapi mereka akan bertindak balas terhadap keadaan itu dengan cara-cara yang berbeza. Lantaran itu, grid repertori amat peka akan perbezaan individu yang tidak dapat diuji dengan ujian-ujian psikologi dan temuduga yang sedia ada. Selain itu, andaian di sini ialah pengetahuan seseorang individu tidak boleh dianggap sebagai betul atau salah secara objektifnya tetapi hanya dianggap sebagai bermakna kepada individu berkenaan. 3. Setakat mana seseorang dapat membina pengalaman dengan cara yang serupa dengan orang lain, maka proses psikologi mereka adalah sama (korolari komunaliti). Ini bererti sekiranya dua orang dapat membina pengalaman dunia dengan cara yang sama, maka dua orang berkenaan tidak unik sepenuhnya. Ini boleh dikaitkan dengan perasaan empati di mana jika seseorang ingin berempati dengan orang lain ia mesti mempunyai konstruk yang serupa dengan orang berkenaan. 4. Sistem konstruk seseorang berubah apabila ia melakukan konstruksi peristiwa-peristiwa secara berterusan (korolari pengalaman). Pada asasnya ini bermakna manusia belajar dan berkembang berdasarkan pengalaman hidup. Ini juga bererti apabila manusia berkembang ia bukan sahaja menambah pengalaman baru malah pandangannya terhadap pengalaman baru juga akan turut berubah. Dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan grid repertori boleh mengatasi kelemahan kaedah temuduga dan tinjauan soalselidik. Tambahan lagi, grid repertori mampu mengoperasikan refleksi seseorang dari kaca mana orang itu sendiri. 5. Bagaimana Menggunakan Grid Repertori?Untuk menghasilkan suatu grid repertori yang lengkap, seorang penemuduga harus melalui beberapa langkah yang mudah. Langkah-langkah ini adalah begitu mudah sehingga ia boleh dibuat dengan menggunakan perisian komputer yang berbentuk interaktif. Contoh perisian komputer yang bertujuan untuk membina dan menginterpretasikan grid repertori adalah seperti Gridstat, Repgrid, Circumgrids, Webgrid, Windgrid, Omnigrid dan sebagainya. Bagaimanapun jika grid repertori diperoleh oleh seorang penemuduga, maka grid repertori itu akan menjadi lebih bererti dan mendalam implikasinya. 6. Langkah-langkah Membina Grid Repertori6.1 Langkah 1: Fokus GridSetiap grid repertori yang dihasilkan adalah untuk meninjau sistem konstruk seseorang tentang sesuatu perkara atau domain. Fokus ini perlu dijelaskan kepada orang yang ditemuduga agar ia dapat menumpukan perhatian kepada persoalan yang ingin diterokai. Contohnya, guru pelatih ingin meneliti pemahamannya tentang murid-murid atau aktiviti dan tugas sekolah semasa menjalankan praktikum. 6.2 Langkah 2: Pemilihan ElemenElemen-elemen merupakan sampelan item-item daripada domain yang ingin dikaji. Contoh-contoh elemen adalah seperti guru, murid, aktiviti ketika menjalankan praktikum, dan pekerjaan. Mengikut Stewart (1999), pemilihan elemen yang salah akan menyebabkan grid repertori tidak dapat digunakan dengan baik. Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan ketika memilih elemen ialah: 1. Elemen-elemen mestilah konkrit dan diskret. Selain itu, elemen seharusnya berbentuk homogen di mana setiap elemen membawa wajaran yang sama. 2. Jangan menggunakan hujung konstruk sebagai elemen. Contohnya jika kita ingin mengkaji ciri-ciri guru yang berkesan, elemen yang diambilkira mestilah guru-guru dan bukan kemimpinan, pengurusan dan motivasi. 3. Elemen tidak boleh saling bertindih. Contohnya jika kita bertujuan meninjau persepsi pelatih tentang tugas semasa praktikum maka elemen seperti “mengawal disiplin murid” dan “mengajar” adalah tidak sesuai kerana kedua-dua aktiviti itu saling bertindih dan tidak bebas dari satu sama lain. Terdapat tiga strategi untuk pemilihan elemen: penemuduga boleh sediakan senarainya sendiri, orang yang ditemuduga memberi senarai elemen, atau cantuman elemen daripada penemuduga dan orang yang ditemuduga. Sesungguhnya strategi pertama mempunyai bias penemuduga yang lebih daripada strategi-strategi yang lain. 6.3 Langkah 3: Mencungkil KonstrukTujuan langkah ini adalah untuk mencungkil konstruk subjek tentang elemen-elemen yang telah didapati dalam langkah kedua. Dalam langkah ini, tiga elemen diambil dan ditujukan kepada subjek. Nama elemen ditulis secara berasingan pada kertas dan disusun dalam bentuk segi tiga. Subjek diminta mengumpulkan dua elemen atas sifat atau sebab yang sama tetapi bertentangan atau berbeza dengan elemen yang lain. Perbandingan dan perbezaan di sini mestilah merujuk kepada tujuan grid repertori dibuat. Contohnya jika kita ingin mencungkil konstruk berdasarkan nama-nama pensyarah sebagai elemen, maka subjek akan diminta memikirkan konstruk yang berkaitan dengan keberkesanan pengajaran pensyarah dalam bilik kuliah. Sifat atau sebab bagi kedua-dua elemen yang dikumpulkan dianggap sebagai polar emergent manakala sifat atau sebab bagi elemen yang dianggap berbeza dinamakan sebagai polar implisit atau kontrast. Konstruk (polar emergent dan implisit) direkod dan proses ini diulang sehingga subjek tidak lagi dapat memberi apa-apa konstruk yang baru. Selepas itu, tiga lagi elemen ditujukan kepada subjek dan proses pencungkilan konstuk diulang sehingga semua kombinasi elemen telah ditujukan kepada subjek. Contohnya jika terdapat 6 elemen, jumlah kombinasi kelompok bertiga ialah 20. Bagaimanapun ini tidak bererti subjek semestinya membuat perbandingan dan perbezaan bagi semua kombinasi. Pencungkilan boleh berhenti apabila dirasakan bahawa bilangan konstruk telah memadai. Seterusnya, subjek diminta menyemak nama-nama konstruk dan membuat perubahan jika perlu. Adakalanya subjek akan mengumpulkan semula konstruk yang dicungkilkan atau menambahkan konstruk-konstruk lain yang belum dimasukkan. Stewart (2000) telah menyenaraikan beberpa petua untuk mencungkilkan konstruk yang lebih berkesan. Antaranya ialah a) Konstruk hendaklah dwi-polar. Sesuatu konstruk merupakan satu skala di mana semua elemen boleh dipangkat atau dimarkatkan. Justeru itu ia mesti mempunyai dua polar yang jelas. Adalah tidak begitu sesuai jika konstruk berbentuk peramah dan tak peramah sebab peramah mempunyai kontrast yang berbagai-bagai seperti serius, pendiam, sombong dan kata-kata lain mengikut pemahaman subjek. Subjek boleh disoal untuk menghuraikan polar yang berbeza dan tidak semestinya memberi satu perkataan sahaja. b) Konstruk hendaklah menepati matlamat Supaya konstruk menepati focus grid repertori, subjek mesti diminta untuk membuat perbandingan dengan merujuk kepada isu yang ingin dikaji. c) Penyusunan secara fizikal adalah penting Adalah penting supaya subjek diberi peluang menyusun elemen-elemen secara fizikal. Elak daripada menyenaraikan tiga elemen dan menyuruh subjek membuat perbandingan. d) Konteks penuh Salah satu cara untuk mendapat konstruk ialah mempamerkan semua elemen di atas meja dan subjek diminta mencari dua yang mempunyai persamaan. Selepas itu, subjek diminta memilih satu elemen yang paling berbeza dengan kedua-dua elemen yang dipilih. 6.4 Langkah 4: Mengaitkan Konstruk kepada ElemenUntuk menghasilkan grid repertori yang lengkap, elemen-elemen ditulis sebagai barisan manakala konstruk-konstruk dicatatkan sebagai nama lajur pada suatu hamparan. Selepas itu, subjek diminta memangkatkan elemen-elemen bagi setiap konstruk. Contohnya jika terdapat 8 elemen, pangkat 1 diberi elemen yang paling sama dengan polar emergent manakala pangkat 8 diberikan kepada polar implisit. Semua elemen diatur di antara dua polar bagi setiap konstruk. Contohnya ialah Jadual 7-1 dan Jadual 7-2. Grid repertori juga boleh dihasilkan dengan memarkatkan semua elemen bagi setiap konstruk. Skala markat Likert boleh berbentuk 5 mata atau 7 mata. Ini bererti subjek boleh memberi markat 1 hingga 5 untuk menunjukkan kekuatan sesuatu elemen pada paksi konstruk. 6.5 Langkah 5: Menganalisa GridTerdapat banyak cara dan perisian komputer khas untuk menganalisa grid repertori. Salah satu cara yang mudah ialah analisis kluster hieraki dengan menggunakan perisian SPSS. Angkubah pada lajur pertama ialah elemen diikuti dengan nama-nama konstruk. Semasa mendefinisikan lajur elemen, tetapkannya sebagai ‘string’. Semua data dari jadual grid repertori dimasukkan dalam hamparan SPSS seperti rajah berikut: Hasil analisis kluster heiraki SPSS akan menghasilkan dendrogram seperti Rajah 7-1, Rajah 7-2, Rajah 7-3 dan Rajah 7-4. Analisis grid sebaik-baiknya dibuat bersama-sama dengan subjek. Tugas penemuduga bukan membuat interpretasi terhadap hasil grid repertori tetapi membantu subjek memahami sesuatu isu. Dendrogram ditunjukkan kepada subjek agar ia dapat mengenelpasti tema atau corak yang wujud. Selain itu, subjek juga diminta memikirkan sebab-sebab wujudnya gugusan konstruk dan elemen. 7. Contoh-contoh Grid Repertori Dalam Refleksi PraktikumBerikut dihuraikan dua contoh bagaimana grid repertori digunakan untuk membantu pelatih melakukan refleksi tentang aspek-aspek praktikum. Kedua-dua contoh melibatkan pelatih semester 4 yang telah menamatkan Praktikum Fasa I. 7.1 Aktiviti PraktikumSebaik sahaja tamatnya praktikum, Noranis mengadu bahawa ketika menjalankan praktikum, ia terlalu dibebankan dengan tugas-tugas sekolah. Maka untuk membantunya mengoperasikan refleksinya tentang tugas dan aktiviti yang telah dilakukannya semasa praktikum, satu grid repertori diperoleh selepas temuduga yang memakan masa selama 45 minit. Elemen-elemen yang diberikan oleh pelatih ini adalah mengajar, memimpin perhimpunan, bertugas sebagai guru ganti, membuat alat bantu mengajar, menghasilkan bahan bacaan, dan menulis rancangan pengajaran harian manakala 14 konstruknya ialah .(1) diri guru pelatih/semua guru, (2) ikut jadual sekolah/kepentingan praktikum, (3) berhadap murid/tambah pengalaman mengajar, (4) libat kos/libat tenaga sahaja, (5) untuk pelajar/untuk guru pelatih, (6) bukan tugas praktikum/tugas praktikum, (7) tertekan/gembira, (8) tidak mencapai pengajaran dan pembelajaran/mencapai pengajaran dan pembelajaran, (9) setiap hari/setiap minggu, (10) berkait pengajaran/tidak berkait pengajaran, (11) kurang penting/penting, (12) tak libat pelajar/libat pelajar, (13) susah/senang, dan (14) kawal murid/berfikir sendiri. Jadual berikut menunjukkan grid repertori yang lengkap dengan elemen-elemen, konstruk-konstruk serta pangkatan yang dicunkilkan daripada Noranis. Jadual 7-1 Grid Repertori Noranis Tentang Aktiviti Semasa Praktikum
Analisis kluster dengan menggunakan SPSS bagi elemen menghasilkan dendrogram seperti rajah berikut: Rajah 7-1 Dendogram Yang Menggunakan Pautan Purata (Antara Kelompok) – Elemen Rescaled Distance Cluster Combine C A S E 0 5 10 15 20 25 Label Num +---------+---------+---------+---------+---------+ 4 abm 4 тытттттттттттттттттттттттттш 6 rph 6 тч щтттттттттттттттттттттш 1 mengajar 1 тттттттттттттттттттттттттттч у 2 perhimpunan 2 тттытттттттттттттттш у 3 guru ganti 3 тттч щтттттттттттттттттттттттттттттч 5 bahan bacaan 5 тттттттттттттттттттч
Secara amnya, bagi subjek ini, aktiviti menyediakan alat bantu mengajar dan rancangan pengajaran harian mempunyai persamaan yang paling kuat dan merupakan satu kluster yang jelas. Begitu juga tugas sebagi guru pengganti dan guru penyelia perhimpunan. Kesemua aktiviti praktikum boleh dibahagikan kepada dua kelompok iaitu satu kluster yang berkaitan secara langsung dengan pengajaran seperti menyediakan alat bantu mengajar, menulis rancangan mengajar serta mengajar dan satu lagi kluster yang terdiri daripada tugas guru gantian, guru penyelia perhimpunan dan membuat bahan bacaan. Dengan menggunakan perisisan yang sama, satu dendrogram bagi konstruk diperoleh dan ditunjukkan seperti rajah berikut: Rajah 7-2 Dendogram Yang Menggunakan Pautan Purata (Antara Kelompok) – Konstruk Rescaled Distance Cluster Combine C A S E 0 5 10 15 20 25 Label Num +---------+---------+---------+---------+---------+ TERTEKAN 7 тш SUSAH 13 тфтш BUK_PRAK 6 тчщтттш JADUAL_S 2 тттч щтттттттттш HADAP_M 3 тытш у у KRG_PTG 11 тчщтттч щтттттттттш T_C_PNP 8 тттч у у KAWAL_M 14 тттттттттттттттттч щтттттттттттттттттттттш L_KOS 4 тттытттттттттш у у U_PLJR 5 тттч щтттттттттттттч у T_L_PLJR 12 тттттттттттттч у | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||