|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||
oleh Ruth V. Small
|
| [A]ttention / Perhatian - strategi untuk memberangsang dan mengekalkan rasa ingin tahu dan minat | |
| [R]elevance / Perkaitan - strategi untuk menghubungkan keperluan, minat dan motif pelajar. | |
| [C]onfidence / Keyakinan - strategi untuk membantu pelajar membangunkan jangkaan positif untuk kejayaan pencapaian pembelajaran; dan | |
| [S]atisfaction / Kepuasan - strategi untuk membekalkan pengukuhan ekstrinsik dan instrinsik. (Keller, 1983) |
Keller (1987) membahagikan keempat-empat komponen ARCS kepada tiga sub-komponen stragegik. Penerangan sub-komponen stragegik dan contoh yang releven dengan instruksi adalah seperti berikut.
![]()
![]()
| Perangsangan Persepsi: menyediakan novelti, kehairanan, ketakkongruenan (incongruity) atau ketidakpastian. Contoh: Guru menunjukkan gambar yang tidak lengkap atau kotak yang tertutup dan dihiaskan dengan tanda soal kepada murid-murid. |
| Perangsangan Inkuiri: stimulasikan rasa ingin tahu dengan mengajukan soalan atau masalah untuk diselesaikan. Contoh: Guru menyampaikan satu senario tentang seseuatu masalah dan mengarahkan murid melukan percambahan idea (brainstorm) penyelesaian yang munasabah berasaskan apa yang telah dipelajari dalam kelas. |
| Kepelbagaian: memasukkan beraneka jenis kaedah dan media untuk memenuhi kehendak-kehendak pelajar yang berbeza-beza. Contoh: Selepas menyampai dan meneliti isi pelajaran di OHP, murid-murid menjalankan perbincangan dan latihan dalam kumpulan koperatif. |
![]()
![]()
Orientasi Matlamat: menerangkan objektif dan
tujuan berkaitan dengan instruksi dan kaedah-kaedah spesifik untuk
pencapaian berjaya. Contoh: Guru menjelaskan objektif dan kepentingan
objektif pelajaran.
| Pemadanan Motif: memadankan objektif dengan
keperluan dan motif pelajar. Contoh: Guru membenarkan pelajar
menyampaikan hasil projek dalam bentuk bertulis, lisan atau grafik demi
menyesuaikan gaya dan keperluan pembelajaran yang berbeza-beza di
kalangan muridnya. | Kebiasaan: menyampaikan isi kandungan dengan
cara yang mudah difaham dan boleh berkatian dengan pengalaman dan nilai
pelajar. Contoh: Murid-murid diminta memberi contoh tentang pengalaman
diri sendiri yang berkaitan dengan konsep yang telah diterima dalam
kelas. | |
![]()
![]()
Prasyarat Pembelajaran: memaklumkan pelajar
tentang prasyarat pembelajaran dan prestasi serta kriteria taksiran.
Contoh: Guru menyediakan pelajar dengan senarai kriteria taksiran
tentang projek penyelidikan yang ditugaskan. Selain itu, juga diedarkan
contoh-contoh baik projek-projek yang lalu.
| Kesempatan Berjaya: menyediakan kesempatan
mencabar dan bererti untuk pembelajaran berjaya. Contoh: Sebelum
memulakan projek penyelidikan, murid-murid dibenarkan untuk berlatih
mencungkil dan merumuskan maklumat dari berbagai-bagai sumber. Usaha
murid diberi maklumbalas agar murid berasa yakin tentang tugasan yang
akan dilakukannya. | Tanggungjawapan Kendiri: mengaitkan kejayaan
pembelajaran kepada usaha dan kebolehan peribadi pelajar. Contohnya:
Guru menulis maklum balas tentang kualiti prestasi pelajar dan
memperakukan dedikasi dan kesungguhan pelajar. | |
![]()
![]()
Pengukuhan Intrinsik: menyokong dan
menggalakkan nikmat intrinsik akibat pengalaman pembelajaran. Contoh:
Guru menjemput bekas pelajar untuk memberi perakuan tentang kepentingan
kemahiran belajar dalam kerja rumah dan projek kelas.
| Gangaran Eksrintik: memberi pengukuhan positif
dan maklum balas bermotivasi. Contoh: Guru menganugerahkan sijil kepada
murid apbila murid telah menguasai satu set kemahiran yang lengkap. | Equiti: memastikan piawaian dan akibat yang
konsisten untuk kejayaan. Contoh: Selepas tamatnya projek kumpulan, guru
memberi maklum balas berdasarkan kriteria yang telah diedarkan terlebih
dahulu. | |
![]()
![]()
Model ARCS dalam desain motivasi adalah pendekatan yang mudah digunakan untuk meningkatkan tarikan motivasi dalam instruksi. ARCS menyediakan kerangka yang kuat untuk mereka dan meningkatkan mutu motivasi dalam berbagai-bagai entiti seperti pengajaran di bilik darjah, penyediaan bahan di internet, dan bahan pengajaran dan pembelajaran.
![]()
![]()
Chemotti, J.T. (1992, June). From nuclear arms to Hershey's kisses: Strategies for motivating students. School Library Media Activities Monthly, 8(10), 34-36. (EJ 446 223)
Keller, J.M.(1983). Motivational design of instruction. In C.M. Reigeluth (Ed.). Instructional design theories and models: An overview of their current status. Hillsdale, NJ: Erlbaum.
Keller, J.M. (1987a, Oct.). Strategies for stimulating the motivation to learn. Performance and Instruction, 26(8), 1-7. (EJ 362 632)
Keller, J.M. (1987b). IMMS: Instructional materials motivation survey. Florida State University.
Keller, J.M. & Keller, B.H. (1989). Motivational delivery checklist. Florida State University.
Porter, L.W. & Lawler, E.E. (1968). Managerial attitudes and performance. Homewood, IL: Dorsey Press.
Schamber, L. (1994). Relevance and information behavior. Annual Review of Information Science and Technolgy, Medford, NJ: Learned Information, Inc. (EJ 491 620)
Small, R.V. (1992, Apr.). Taking AIM: Approaches to instructional motivation. School Library Media Activities Monthly, 8(8), 32-34.
Small, R.V. (1997). Assessing the motivational quality of world wide websites. ERIC Clearinghouse on Information and Technology. (ED number pending, IR 018 331)
Taylor, R.S. (1986). Value-added processes in information systems. Norwood, NJ: Ablex. (ISBN: 0-89391-273-5)
Vroom, V.H. (1964). Work and motivation. New York: Wiley.
Wlodkowski, R.J. (1981). Making sense our of motivation: A systematic model to consolidate motivational constructs across theories. Educational Psychologist, 16(2), 101-110.