 | Pelbagai perspektif dan representasi konsep dan isi
kandungan didedah dan digalakkan |
 | Matlamat dan objektif diperoleh oleh pelajar atau dalam
perundinan dengan guru atau sistem |
 | Guru memainkan peranan sebagai pembimbing, pemantau,
jurulatih, tutor dan pemudahcara |
 | Aktiviti, kesempatan, alat dan persekitaran dibekalkan
untuk menggalakkan metakognisi, anlisis-, kawalan-, refleksi- dan
penyedaran kendiri. |
 | Pelajar memainkan peranan utama dalam mengantara dan
mengawalkan pembelajaran |
 | Situasi pembelajaran, persekitaran, kemahiran, isi
kandungan dan tugasan adalah relevan, realistik, autentik dan mewakilkan
kompleksiti semula jadi dunia sebenar |
 | Sumber-sumber data primer digunakan untuk memastikan
ketulenan dan kompleksiti dunia sebenar |
 | Pembinaan pengetahuan dan bukan reproduksi fakta
diutamakan |
 | Proses pengetahuan ini berlaku dalam konteks individu
dan melalui rundingan, kolaborasi dan pengalaman sosial. |
 | Sikap, kepercayaan dan pembinaan pengetahuan yang lalu
diambilkira dalam proses pembinaan pengetahuan semasa |
 | Penyelesaian masalah, kemahiran berfikir aras tinggi
dan pemahaman mendalam ditegaskan |
 | Kesilapan pelajar merupakan peluang untuk memahami
pembinaan pengetahuannya yang lalu |
 | Penerokaan adalah pendekatan pilihan untuk menggalakkan
pelajar mencari pengetahuan secara berdikari dan mengurus pencapaian
matlamatnya |
 | Pelajar diberi peluang untuk pembelajaran bersifat
latihan perantisan; di mana tugasan, kemahiran dan pengetahaun bertambah
kompleks. |
 | Kompleksiti pengetahuan dicerminkan dalam saling
hubungan konsep dan pembelajaran antara disiplin |
 | Pembelajaran koperatif dan kolaboratif diketengahkan
agar pelajar didedahkan kepada pandangan alternatif |
 | Tetangga (scaffolding) digunakan untuk membantu pelajar
mencapai di seberang (beyond) had kebolehannya |
 | Penilaian adalah autentik dan dianyamkan dengan
pengajaran |