Aspek | Behaviorisme | Kognitivisme | Konstruktivisme |
| Fokus Pengajaran | Berfokuskan pembentukan tingkah laku pelajar | Berfokus kepada transmisi proses pemikiran pelajar | Berfokuskan pembinaan mental realiti pelajar. |
| Instruksi & Manipulasi | Pengajar memanipulasikan perubahan tingkah laku dengan pengukuhan terpilih | Pengajar memanipulasikan proses pemikiran pelajar dengan membekalkan model mental yang perlu diikuti oleh pelajar. | Pengajar fasilitasikan pemodelan konseptual pelajar. Pengajar mesti memahami struktur kognitif sedia ada pada pelajar dan membekalkan aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk membantu pelajar membina pengetahuannya. Menggunakan konteks dan strategi yang benar serta coaching. Mencipta pelbagai persekitaran untuk pelajar agar ia dapat melatih berfikir dengan berbagai-bagai kaedah. Hasilnya ialah pelajar yang lebih bersedia untuk menangani situasi berbeza-beza. |
| Realiti Yang dipromosikan | Realiti pelajar adalah konvergen - semua realitinya dipusatkan kepada satu realiti yang sama. Pengajaran berpusatkan realiti tersebut | Realiti pelajar adalah konvergen. | Realiti pelajar adalah divergen. Pelajar digalakkan untuk memajukan realiti yang berbeza-beza. |