|
|
Banding & Beza Di Antara Pembelajaran Koperatif Dan Pembelajaran
Kolaboratif

|
|
Sumber: Matthews, Roberta S.; Cooper, James L.; Davidson,
Neil; Hawkes, Peter. Building bridges between cooperative and collaborative
learning
Pembelajaran kolaboratif adalah berasaskan pembelajaran
koperatif. Untuk mewujudkan bilik darjah kolaboratif, cara yang mudah adalah
dengan menjalankan pembelajaran koperatif di mana guru dapat mengawal lebih
banyak pembolehubah dalam kelas. Apabila pelajar-pelajar membiasakan diri
dengan cara bekerjasama, saling bergantung antara satu sama lain untuk
memperoleh ilmu, mereka akan berkembang untuk menjadi pelajar-pelajar
kolaboratif.
Jadual berikut merumuskan persamaan dan perbezaan di
antara pembelajaran koperatif dan pembelajaran kolaboratif.
Persamaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran
Kolaboratif
 | Kedua-dua strategi mementingkan pembelajaran aktif |
 | Dalam kedua-dua situasi, guru berperanan sebagai
fasilitator. |
 | Dalam bilik darjah koperatif dan kolaboratif,
pengajaran dan pembelajaran dialami oleh guru dan murid. |
 | Kedua-dua strategi memantapkan kemahiran kognitif
beraras tinggi. |
 | Dalam kedua-dua situasi, pelajar dikehendaki memikul
tanggungjawap atas pembelajaran diri sendiri. |
 | Kedua-dua bentuk pembelajaran menghendakkan pelajar
menyampaikan idea dalam kumpulan kecil. |
 | Kedua-duanya membangunkan kemahiran sosial dan
pembinaan pasukan. |
 | Kedua-dua pembelajaran telah menolong meningkatkan
kejayaan pelajar dan ingatan pengetahuan. |
 | Kedua-duanya menggunakan kepelbagaian pelajar. |
Perbezaan Antara Pembelajaran Koperatif dan Pembelajaran
Kolabaratif
| Dalam Pembelajaran
Koperatif... |
Dalam Pembelajaran
Kolaboratif |
 | Pelajar menerima latihan dalam
kemahiran berkumpulan dan sosial. |
|
 | Adalah dipercayai bahawa pelajar telah
memiliki kemahiran sosial yang dikehendaki. Mereka
dikehendaki membangunkan kemahiran sedia ada untuk
mencapai matlamat pembelajaran. |
|
 | Aktiviti distrukturkan di mana setiap
pelajar memainkan peranan spesifik. |
|
 | Pelajar-pelajr merunding dan
mengorganisasi usaha sendiri. |
|
 | Guru memantau, mendengar dan mencampur
tangan kegiatan kumpulan jika perlu. |
|
 | Aktiviti kumpulan tidak dipantau oleh
guru. Jika timbul persoalan, soalan itu dijawab oleh
kumpulan itu sendiri. Guru cuma membimbing pelajar ke
arah penyelesaian persoalan. |
|
 | Pelajar dikehendai menghantar kerja di
akhir pelajaran untuk dinilai. |
|
 | Pelajar menyimpan draf kerja untuk
kerja-kerja lanjutan. |
|
 | Pelajar-pelajar menilai prestasi
individu dan kumpulan dengan dibimbing oleh guru. |
|
 | Pelajar-pelajar menilai prestasi
individu dan kumpulan tanpa dibimbing oleh guru. |
|
|

|
Jabatan
Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Sandakan
Beg Berkunci No. 31,
90009 Sandakan, Sabah.
Tel: 089-218610
Faks: 089-213814 |
|
Disediakan oleh:
Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.),
Ketua Jabatan,
Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS.
13 Mei 2000
http://www.teachersrock.net |