|
Penyelidikan Tindakan:
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Bab ini menjelaskan proses penyelidikan tindakan yang meliputi EMPAT PERINGKAT. Disebabkan penyelidikan tindakan adalah satu proses berputar (cyclic) (lihat Rajah 2) semua peringkat itu haruslah dilihat secara keseluruhan dan juga secara berperingkat-peringkat. Proses yang diterangkan di sini sekadar panduan, sekurang-kurangnya untuk memungkinkan penyelidikaii keci1-kecilan dijalankan berasaskan tema yang dipilih. Proses ini harus juga dilihat dari segi keupayaannya membawa perubahan yang memerlukan TINDAKAN untuk menyelidik dan mengubahsuai tindakan. Kerjasama dan kerja bersama-sama dalam pasukan yang sama minat adalah amat perlu ke arah pembaharuan melalui pengubahsuaian tindakan dalam proses itu. Cara satu-satu kumpulan pengkaji merangka tindakan kajian boleh saja bermula di mana-mana peringkat, tetapi cara yang lebih teratur bermula dengan TINJAUAN. Di peringkat inilah, tumpuan tema ditetapkan, sebelum bergerak ke peringkat PERANCANGAN, PELAKSANAAN dan RENUNGAN.
Rajah Aliran Dalam Lingkaran Penyelidikan Tindakan
Proses Penyelidikan Tindakan bermula di peringkat ini dengan meneroka dan mengenalpasti isu-isu dan idea-idea berkaitan dengan tumpuan tema (thematic concern). Proses asas yang amat penting ini haruslah terbuka; dilihat dari berbagai-bagai sudut. Di peringkat ini juga dibuat andaian dalam mengenalpasti tumpuan tema. Temalah yang menjadi asas dalam proses penyelidikan. Pastikan tumpuan tema jelas; khusus, konkrit dan praktikal. Berdasarkan tema, mulakan perancangan untuk membawa perubahan dalam iklim pendidikan. Untuk tujuan tersebut harus difaham benar-benar
Dengan memahami semua keperluan itu, rumuskan tema yang dapat menerangkan
Sehubungan dengan tema dan semua keperluan itu, langkah seterusnya ialah membina KERANGKA KERJA menurut aspek-aspek berikut;
Pelan Proses Penyelidikan Tindakan
2.1 ASPEK UNGKAPAN DAN WACANA: Aspek ini merujuk kepada pemahaman idea utama iaitu bagaimana ia dihuraikan, dijelaskan dan dibuat justifikasi. 2.2 ASPEK AKTIVITI DAN AMALAN: Aspek ini merujuk kepada aktiviti-aktiviti yang utama di dalam situasi. Segala hasil aktiviti yang melibatkan penggunaan bahan, sumber dan kemahiran yang dipraktikkan bolehlah diselidik. 2.3 ASPEK HUBUNGAN SOSIAL DAN BENTUK ORGANISASI Aspek ini merujuk kepada hubungan-hubungan utama seperti hubungan formal, informal, sikap, pasukan, persatuan dan keutuhan perhubungan. Fahami dan terokai bagaimana perhubungan bersangkut-paut dengan pola-pola kerja dan sebarang usaha serta ganjaran dari situasi yang berlainan. Di dalam kerangka kerja yang dihasilkan berdasarkan tiga aspek itu, fikir juga dari segi PENENTANGAN dan INSTITUTIONALISASI. Penentangan adalah pendapat yang berbeza mengenai istilah, idea dan nilai, tujuan dan aktiviti, dan hubungan sosial di antara individu dengan kumpulan. Institutionalisasi pula dilihat, sebagai proses di mana
2.4 HASIL TINJAUAN Secara keseluruhannya, fungsi peringkat tinjauan ini adalah
3. PERINGKAT PERANCANGANPada amnya, dalam perancangan perlu difikirkan apakah yang patut dilakukan dengan tujuian;
Peringkat perancangan pun, perlu dilihat dalam tiga aspek seperti pada peringkat TINJAUAN. 3.1 ASPEK UNGKAPAN DAN WACANA Sediakan satu pelan tindakan (lihat rajah 3) bertujuan untuk menjawab soalan: "Siapa buat apa?" dan "Bila?" supaya dapat mengurangkan keadaan kurang faham- keraguan, konflik tentang peranan, sumbangan ahli-ahli dalam pasukan, serta sasaran kajian. Bagi aspek ini ambilkira pandangan, teori, hipotesis, hasi1 perbincangan, dapatan kajian-kajian sedia ada yang berkaitan. sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung; dengan tema yang dikaji dan kehendak ahli-ahli dalam pasukan. 3.2 ASPEK AKTIVITI DAN AMALAN Dalam perancangan aspek ini, kenalpasti tindakan yang perlu dibuat. Bagi tujuan ini, pertimbangkan aktiviti dan amalan pada masa lalu dan masa kini. Juga, tindakan itu perlulah dapat menjadikan aktiviti lebih berunsur dan memberi penekanan kepada tindakan yang jelas dan khusus. Penyelidik perlu mengambil kira bagaimana melakukan tindakan yang telah dikenalpasti. kesan terhadap orang lain, kejanggalan serta masalah yang mungkin timbul daripadanya. Perlu juga dipertimbangkan tentang kesediaan orang lain untuk menerima aktiviti dan amalan baru. Rancangkan aktiviti bagi sesuatu tindakan yang boleh memupuk dan membuka peluang kepada perubahan yang dapat diterima. Ubahkan hubungan aktiviti dan amalan di antara ahli-ahli kumpulan penyelidikan tindakan dengan orang lain yang terlibat dan yang terpengaruh dengannya. Ini memerlukan penyelidik memikirkan reaksi sesama ahli kumpulan dan juga dengan oiang lain. Perundingan diperlukan untuk memboleh-kan mereka melibatkan diri dalam perubahan. 3.3 ASPEK HUBUNGAN SOSIAL DAN BENTUK ORGANISASI SOSIAL Mengenalpasti corak perhubungan sosial dan organisasi. Timbangkan perkara-perkara berikut:
3.3.1 Menukar diri sendiri dalam hubungan sosial dan organisasi: Perlu ditimbamgkan bagaimana boleh diubah pendirian, peranan, kecenderungan serta pemikiran diri sendiri dalam hubungan dengan kumpulan penyelidikan tindakan dan orang-orang yang terlibat. Menibangkan kesesuaian dengan aspek-aspek ungkapan dan wacana serta aktiviti dan amalan. 3..3.2 Perancangan mengutip data dan mengesan: Bagi mengutip data perkara-perkara berikut perlu diper-timbangkan:
Semasa merancang pengutipan data, perlu juga difikirkan tentang pengesanan. Pengesanan bertujuan memberi maklumat bahawa perancangan dapat dilaksanakan, dan juga melihat sama ada kesan yang diingini telah berlaku atau sebaliknya. 3.4 HASILAN PERANCANGAN Setelah meneliti dengan mendalam apakah yang dapat dan tidak dapat dilaksanakan untuk mengubah serta memperbaiki sesuatu situasi, barulah dirancang idea-idea yang praktikal, penting dan berguna, yang akan dijalankan dalam penyelidikan. Kemudian tuliskan idea-idea tersebut sejelas dan secepat mungkin dalam satu rangka kasar. Rangka kasar (draft) pelan yang telah disiapkan seterusnya perlu dibincang bersama dengan rakan-rakan penyelidikan tindakan dan dikaji semula untuk mendapat timbal balik atau respon-respon supaya satu pelan yang diterima oleh semua dapat dihasilkan. Seberapa yang boleh, libatkan mereka secara langsung dalam kerja ini. Pelan akhir perlu mempunyai ciri-ciri berikut:
4. PERINGKAT-PELAKSANAAN DAN PEMERHATIAN (Melaksanakan rancangan dan memerhati)Selepas pelan aktiviti yang hendak dilaksanakan dirancang, semua aktiviti berkenaan hendaklah dijalankan dan dibuat pemerhatian. Di antara perkara penting yang perlu diambilkira dan dipastikan sebelum aktiviti-aktiviti ini dilaksanakan ialah Jadual Pelaksanaan, cara data dikumpul, tugas dan tanggungjawab ahli-ahli penyelidik, siapa yang akan bertanggungjawab untuk menganalisa data yang diperolehi dan melapor dapatan. Kelicinan perjalanan penyelidikan ini dan kesahan dapatan bergantung kepada perancangan yang telah difikirkan dengan terperinci. Semasa merancang jadual pelaksanaan, faktor tempoh dan kekerapan pemerhatian hendaklah diambilkira. 4.1 JADUAL PELAKSANAAN Jadual Pelaksanaan yang telah dirangka hendaklah dilaksanakan dengan mengambilkira dua aspek penting, iaitu;
Dari segi tempoh, perlu ditimbangkan sama ada boleh atau tidak dijelaskan, masa tiap-tiap lingkaran, sesi, pemerhatian dan sebagainya, untuk dilaksanakan. Dari segi kekerapan pula hendaklah dipertimbangkan sama ada ia dapat atau tidak menentukan berapa kali lingkaran, sesi, pemerhatian akan dibuat. 4.2 PENGUMPULAN DATA
Tugas dan tanggungjawab ahli-ahli yang terlibat dalam sesuatu penyelidikan hendaklah disenaraikan, seperti:
4.3 KESIMPULAN: Kejayaan sesuatu penyelidikan yang dijalankan bukan sahaja bergantung kepada pelaksanaan yang telah difikirkan dengan teliti, tetapi juga bergantung kepada penyelarasan dan pengawasan setiap aktiviti dengan baik. 5. PERINGKAT RENUNGANRenungan merangkumi tindakan-tindakan menganalisa membuat sintesis, menginterpretasi, membuat huraian dan kesimpulan. Perkara-perkara yang perlu diberi pertimbangan semasa memikirkan semula tumpuan tema ialah apa yang mendorong dan menghalang perubahan; pencapaian dan kekurangan dan kesan-kesan sampingan. Semua ini harus dilihat dari aspek-aspek teminologi dan wacana, aktiviti dan amalan, dan perhubungan sosial dan bentuk organisasi. Juga perlu dilihat dari sudut penentangan dan institutionalisasi. Matlamat kita di sini ialah menggariskan beberapa rumusan bagi setiap aktiviti yang telah berlaku dalam proses perlaksanaan yang dijalankan itu. Penganalisaan data-data yang telah dikumpulkan itu boleh dikait dengan penemuan-penemuan yang telah dibuat oleh pihak lain (educational literature). Untuk membuat RENUNGAN dengan lebih berkesan soalan-soalan berikut boleh membantu:
Kesimpulannya, di akhir peringkat RENUNGAN, kita sepatutnya boleh membuat keputusan. Apakah yang akan kita lakukan selepas ini? Adakah kita akan membuat pengubahsuaian kepada tumpuan tema? Adakah kita perlu memikirkan semula tentang peringkat TINJAUAN? Adakah menjadi sesuatu yang lumrah untuk membuat perubahan-perubahan tertentu di peringkat awal seperti dalam lingkaran yang pertama itu? Jawapan bagi soalan-soalan tersebut menjadi maklumat sebagai titik tolak untuk membuat tindakan susulan. Akhirnya, kita mempunyai arah yang lebih jelas dalam penyelidikan yang dijalankan. 6. PENUTUPSegmen ini telah menerangkan EMPAT PERINGKAT dalam proses penyelidikan tindakan dan ASPEK-ASPEKnya. Contoh-contoh sebenar yang diberikan dalam segmen berikut akan menjelaskan lagi proses penyelidikan kita.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Jabatan
Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Sandakan Beg Berkunci No. 31, 90009 Sandakan, Sabah. Tel: 089-218610 Faks: 089-213814 |
Disediakan
oleh: Ng Kim Choy (M.Tech.Mgt.,B.A. (Hons.), Dip.Ed.), Ketua Jabatan, Jabatan Ilmu Pendidikan, MPSS. 18 Oktober 2000 http://www.teachersrock.net |