-
Kenal
pasti bidang yang diminati. Pastikan penyelidik jelas dan faham mengenai
tumpuan tema yang dipilih.
-
Jadikan
diri sendiri sebagai model dalam kumpulan penyelidikan tersebut.
-
Libatkan
orang lain yang berminat
dan tubuhkan satu kumpulan kecil.
-
Sentiasa
bersikap optimis , bertolak ansur dan berfikiran terbuka dalam semua
urusan.
-
Tentukan
tugas dan tanggungjawab dikalangan ahli-ahli kumpulan.
-
Jadikan
kumpulan itu satu komuniti pembelajaran yang sentiasa perlu
berkolaborasi untuk meningkatkan pengetahuan.
-
Pastikan
penyelidikan dijalankan secara sistematik,
-
Langkah-langkah
da1am penyelidikan per1ulah ditetapkan dengan tempoh masa yang
bersesuaian.
-
Dapatkan
pandangan pakar-pakar atau orang luar yang berminat dalam bidang yang
dikaji.
-
Pastikan
perubahan hanya ditumpukan kepada proses dan bukan kepada hasil sahaja.
-
Rekod
segala hasil pemerhatian dari pelbagai sumber dengan sistematik.
-
Pendekatan
dalam Penyelidikan Tindakan boleh diubahkan jika pcrlu.
-
Dapatan-dapatan
individu dan kumpulan perlulah laporkan secara bertulis atau lisan. Ini
akan lebih menyakinkan masyarakat dari segi keperluan penyelidikan
tindakan bagi perkembangan pendidikan.
-
Elakkan
renungan yang dibuat secara tergesa-gesa.
-
Lakar
dan tuliskan idea-idea yang timbul semasa membuat renungan.
-
Seseorang
harus sentiasa peka dan responsif terhadap bukti-bukti yang
mungkin boleh mengubah dapatan.
-
Seseorang
perlu bertukar-tukar fikiran dengan rakan-rakan penyelidik untuk
menyakinkan hasil-hasil renungan itu.
-
Seseorang
harus bersedia menerima segala kesan positif dan negatif daripada
penyelidikan.
-
Hasil
renungan itu tidak muktamad dan sentiasa perlu diperbaiki serta
diubahsuai mengikut keadaan dan masa.